Friday, March 26, 2010

Bacaan Ayat-ayat Al Quran untuk luas rezeki

Siapa yang tak kenal penceramah motivasi Dato' Dr. Fadzillah Kamsah. Ini adalah sedikit catatan daripada salah satu ceramahnya dalam TV yang saya nak share. Untuk mendapat luas rezeki di antara ayat dan surah yang boleh dibaca setiap hari adalah:
1. Surah Al-Waqiah
2. Ayat Seribu Dinar
3. Surah Al-Fatihah 41x
4. Surah Al Kautsar
Walaupun nampak ringkas, tetapi hakikatnya dek kesibukan kerja amat payah melakukan tapi apabila kita sentiasa ingat bahawa Allahlah tempat kita meletakkan setinggi pengharapan dan pertolongan dengan membaca ayat-ayatnya hati akan tenang dan fikiran akan lapang.
JUST A THOUGHT FOR THE DAY!!!!

Tuesday, March 23, 2010

Bingka Cheese





Bingka Cheese adalah percubaan resipi bingka terbaru tahun ni. Resipi ini saya dapat dari kawan baik yang tinggal di Taman Setia Wangsa, Kuala Lumpur, Ayudi, yang juga aktif dalam membuat Kek Lapis Sarawak. Untuk sapa2 berdekatan dengannya bolehlah ode di talian 017-2488597. Katanya bingka ni mendapat sambutan especially untuk kenduri dan apa2 je majlis kerana amat sesuai dihidangkan sebagai dessert. Adik saya tiap kali call mesti cakap rugi kalau tak cuba resipi ni, dia bagi tau belum sempat masuk peti sejuk dah licin pinggan oleh anak-anaknya. So, experimen ini nampaknya menjadi kat saya! Anak tak renti-renti buka fridge minta kek dipotong, makan sehingga menjilat jari.....ni aksi anak bongsu!

Yang bestnya kali pertama guna oven Noxxa Breadmaker yang dibeli tahun 2007.....perasmian lah. Tak sangka begitu mudah menggunakannya...he..he....

Sunday, March 21, 2010

My First Birthday Cake


A week ago I challenged myself to bake a birthday cake and I did last Friday (19.03.2010). It was for my husband's birthday. Congrats me!! Supermoist Chocolate Cake, indeed the theme deco was for the children because everyone was so...excited. I lost count of my youngest son visiting the fridge just to look at the deco, colorful sweets. To cut story short....everyone love the taste of chocolate....yummy...! Small victory indeed... for a beginner....at least I'm happy my first goal achieved this month....No recipe will be attached here....property of Mrs. Lim School of Baking and....but anyway not to disappoint any one I'll attach one of the Kek Warisan Bonda chocolate cake recipe. Pernah buat kek ni, tapi belum menjadi. Thanks to my mom-in-law for the recipe given when my husband and I were still engaged...nostalgia bah..


SPECIAL CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya:
1 cawan serbuk koko (diayak)
1 cawan air
1/2 cawan gula kasar
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur
360 gm gula halus
1 sudu teh essen vanilla
250 gm mentega
Adunan topping
1 tin susu pekat (kecil)
1 cawan serbuk koko
1/3 cawan minyak jagung
Secubit garam
2 sudu besar essen vanilla

Cara-cara membuatnya:
  1. Campurkan serbuk koko, air dan gula dan panaskan atas api kecil hingga pekat. Biarkan sejuk.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
  3. Masukkan essen vanilla dan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Akhir sekali masukkan cecair koko yang sudah disejukkan tadi dan gaul.
  5. Bakar adunan dalam oven sederhana (360oF) selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
  6. Untuk membuat topping, pukul semua bahan-bahannya sampai sebati dan licin.
  7. Potong ke tadi di tengah-tengah dan sapukan sebahagian topping tadi. Topping yang selebihnya tuangkan di bahagian atas dan tepi kek tadi.

Peringatan : Simpan kek di dalam peti sejuk supaya topping tidak cepat cair. Keluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum dihidang.

Wednesday, March 10, 2010

Kursus Membuat Kek Berkrim (Fresh Cream)

....di antara kek yang dipelajari....

wow....cantik kan.....


Demo mendeco kek

bersama Cik Nadia, peserta kursus


Untuk next wish list tahun ni, saya bertekad untuk membuat kek harijadi sendiri untuk all my children, husband and not forgetting myself... How about that? So, saya enroll lagi mengikuti Kursus 12 jenis Kek Berkrim pada 6 Mac 2010 (Sabtu) dengan Mrs. Lim School of Cooking and Baking di Pusat Latihan Kemahiran Sincere, Kota Kinabalu.


Banyak dipelajari, best...seronok. Cikgu nampak garang tapi ok punya. Most memorable words from her, ...ada fahamkah?....many, many times disebut. She shared lots of tips but paling penting balik, practice...practice...and practice till you get it right.


The first thing demo membuat cara-cara membuat kek span.Walaupun ada resipi depan mata tapi sometimes a beginner like me needs to be shown how to do it. So, the rest of the cakes, cara membancuh lebih kurang sama cuma bezanya dari bahan-bahan digunakan. There are 12 cakes altogether and each cake with 2 different deco. Throughout I observed that colour white is the theme colour and that's why whatever decorations would uplift the beauty of the cake. Paling seronok, tapau........jgn ada terlebih sudah...faham2 je.



WHAT'S NEXT???????????



TUNGGU.........



SELF CHALLENGE : JUST BAKE ONE!!!!!!!!

Lagi...lagi Kek Lapis

Kek Lapis Strawberi

Resipi ni saya dapat dari buku Variasi Kek Lapis ditulis oleh Noraini Zakaria..sapa2 nak resipi belilah buku ni. Buku ni adalah buku pertama saya beli mengenai teknik membuat kek lapis dan saya bangga memilikinya kerana banyak petua dibagi untuk menghasilkan kek yang cantik dan sedap. Puan Noraini, you really inspire me to take a step to start making Kek Lapis. Tahun lalu, kek ini menjadi favourite kepada penggemar kek di Sabah. I'm happy I did fulfill one of my wish list to be able to bake Kek Warisan Bonda. Thanks to my mom, who also gave some tips and not forgetting my sister Norafiza staying in KL and Ayudi, a dearest friend whom I admire because she has a steady Kek Lapis business in KL too. I'm still a baby in this business, lots more to learn.......

Wednesday, March 3, 2010

PROMOSI KEK LAPIS SARAWAK

Lantaran minat yang mendalam untuk lebih mahir dalam membuat kek khususnya Kek Lapis Sarawak bulan Mac ini tercetuslah keinginan untuk memperkembangkan bakat membuat Kek Lapis Sarawak dan membuat promosi kecilan di kalangan rakan pejabat suami di Kota Kinabalu, cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekitar Putatan, Sabah. Walaupun masih baru dalam bidang ini, tetapi kita kena bermula dengan langkah pertama dan melihat bagaimana sambutan dan komen peminat Kek Lapis Sarawak kemudian. Dari situ, harapan agar Kek Lapis Sarawak diterima ramai dan langkah perkembangan seterusnya berlaku.

(1) KEK LAPIS MASAM MANIS
Menggunakan resipi Rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

sebelum dan selepas dipotong



(2) KEK LAPIS EVERGREEN

Kek ni amat bermakna kerana dapat resipi daripada orang lama di Kuching, Sarawak semasa balik cuti tahun lepas. Namanya makcik Lily, jiran yang tinggal di Kampung Malaysia Jaya, Petra Jaya semenjak 1978. She's a wonderful and nice lady. Terima kasih, makcik, you're such an inspiration! Kali pertama buat ikut resipi beliau. Seronok jugak kerana kek walaupun dibakar menggunakan oven letrik, ianya tidak menghampakan, tetap moist and soft.

sebelum dan selepas dipotong


(3) KEK LAPIS MILO DAN HORLICKS
menggunakan resipi dalam blog rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

Kek ni kali kedua dibuat tahun ni. Ist time untuk Kak Aisyah pada 24 Februari yang lalu khas untuk sambutan harijadi orang tersayang, cuma kek tak ada deko dan tak sempat tangkap gambar. Selepas dapat noozle dari cifu NINA (http://sweetlillykitchen.blogspot.com/), akan cuba buat kek lapis with deco. I think it would be a good try, see if it works later on. Anak-anak saya suka sangat kek ni, mungkin rasa milo dan horlicks kot. Budak-budak kan suka manis!

sebelum dan selepas dipotong


(4) KEK LAPIS ICE CREAM SODA

menggunakan resipi rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

Lebihan rasa esen ice cream soda menjadikan kek ini menjadi pilihan anak-anak dan sesiapa saja yang meminati pelbagai warna dalam adunan lapisan kek. Saya masih lagi dalam proses belajar dan diharapkan kek yang seterusnya akan lebih cantik lagi.


Tuesday, March 2, 2010

Kek Lapis Chocolate Cheese


Sebelum hadir kelas cupcake bersama Sweetlilly Kitchen,sempatlah mencuba resipi Kek Lapis Chocolate Cheese yg saya dapat dari website Nomie Cakes(http://www.keklapis.com). Saya suka rasa lapisan cheesenya yg menggunakan pasta lemon. Mencabar jugak buat kek ni, kerana lapisan pertama a little bit spoilt kerana loyang tak rata. Anyway, husband kata sedap, but kena improve on texture,tak moist. Sekarang ni tengah tunggu jawapan pakar (Nomie Cakes)kenapa kek jadi macam tu. Teruskan mencuba untuk dapat hasil yang baik.

Monday, March 1, 2010

Kelas Cupcake dan Cartoon Artwork (Birthday Cake)




Pada 20 dan 21 Februari 2010 saya telah mengikuti kelas cupcake dan kelas cartoon artwork (birthday cake) yang dianjurkan oleh http://www.sweetlillykitchen.blogspot.com/ di Kampung Warisan, Inanam. Memang excited sungguh, maklumlah nak buat sesuatu, kenalah mencari ilmu dan berguru. Cikgu Nina was very helpful, oleh kerana kita ni 1st timer nak pegang tools pun rasa takut. Anyway, lihatlah hasil 2 hari tu. Thank you Cikgu Nina, you really inspire me. Practice! Practice! Practice! I'll get better each day.