Sunday, September 19, 2010

Cheese Cake with Blueberry Filling

Basenya-roti marie, mentega & coklat masakan dicairkan dan ground almond

Inilah kek cheese pertama khas untuk harijadi anak sulung saya Muhammad Abdullah Firdaus yang ke 14. Masa ambil gambar ni serius je mukanya. Dia minat sangat makan kek cheese, so cuba buat jugak. Alhamdulillah seronok buat kek untuk anak, 2 hari dah abis dah....bukan Muhammad saja yang suka, umi, abah & adik2 lain pun tumpang sama. At least dah boleh buat sendiri, air tangan ummi, tapi perlu halus lagi pembikinannya. In the near future, cuba buat bagus lagi dari ini...practice makes perfect. Alhamdulillah, yang penting anak suka.

Friday, September 10, 2010

SALAM AIDIL FITRI

Di antara kek lapis terbaru yang diceduk dari buku Dayang Kek Sarawak. Kek ini dibuat khas untuk dihantar ke Mini Market Ridwan's di Putatan sebagai percubaan untuk test market. Semua kek ini dijual dalam bentuk potongan kecil. Alhamdulillah ada sambutan tapi tak menang tangan kerana masa begitu singkat untuk mengambil tempahan dari tuan punya mini market.
Kek Lapis Pudina Chip
Kek Lapis Tiga Rasa

Bold Kek Lapis Tembikai

Kek Lapis Pandan


Pejam celik2 dah pun Syawal, seakan baru semalam je mula berpuasa...setiap tahun pasti ada perbezaan, cubaan dan dugaan, pelbagai kerenah diri, anak2 dan persekitaran. I really miss waktu berbuka bersama anak2 dan suami...and I think that's how my parents really feel without anak2 di samping mereka. Being full time wife & mom I really wanted to treasure all those wonderful moments & experience. Semasa bekerja, semuanya rushing sini, rushing sana...kehidupan yang terkejar2 (tak semua wanita experience ni kan?)

Anyway, all the rushing, stress datang jua tahun ni, as I went advance dengan menerima tempahan Kek untuk Hari Raya. Penat.....tak cukup tidur, tapi berbaloi juga. Yang paling penting ENJOY...dapat buat kek lapis baru & belajar untuk mengolah resipi sendiri kalo ada yang tak kena.... Pengalaman menggunakan hand mixer begitu mencabar (sekarang ni sedang kumpul dana untuk beli mixer besar...insya Allah) Mudahan Allah kabulkan permintaan hambanya ini...amin
SALAM AIDIL FITRI


ditujukan khas kepada mereka yang telah membuat tempahan seperti berikut:
1. Wanie - 4 biji kek lapis
2. Jason (dari Kudat) - 2 biji kek lapis
3. Isteri bos Siti Zahrin - 1 biji kek lapis
4. Siti Mariam (adik) - 2 biji kek potong (1 kek lapis & 1 kek buah)
5. Adi - 4 biji kek lapis
6. Kawan sepejabat Wanie - 4 biji kek lapis
7. Aleeza - 5 biji kek lapis & 1 biji chocolate moist cake
8. Murada - 2 biji kek lapis
9. Mini Market Ridwan's - 27 pax kek lapis potong
10. Dayang - 1 biji Chocolate Moist Cake
11. Roslan - 5 biji kek lapis
12. Hamzah - 4 biji kek lapis
13. Suhaina - 1 biji kek lapis
14. Aminah (dari Papar)- 2 biji kek lapis
15. Abdullah - 2 kek lapis potong
16. Sintia - 1 biji Kek Lumut & 1 biji kek lapis potong
17. Kak Aisyah (Lahad Datu) - 3 biji kek lapis & 1 biji Kek Hati Parik
18. Nazam - 2 biji kek lapis
19. Reduan - 2 biji kek lapis
Terima kasih di atas tempahan anda semua ya...
Just untuk info, di antara kek paling popular ditempah tahun ini ialah Kek Lapis Evergreen, Masam Manis, Chocolate Cheese, Coklat Cadbury (Lapis India), Chocolate Peppermint, Aiskrim Blueberry & Strawberi. Alhamdulillah pengalaman tahun ini banyak mengajar erti kesabaran, perbaiki kualiti kek & banyakkan berdoa, berzikir dalam membuat kek ni. Semoga ianya terus menjadi pendorong untuk berusaha lebih lagi di masa akan datang.