Friday, December 31, 2010

Kelas Deko Barbie Doll Cake

Kelas Deco Barbie Doll Cake adalah kelas terakhir saya bersama sifu Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com/) sebelum berangkat ke Kuching, Sarawak 27 November lepas. Sebelum ini memang teringin sangat nak pandai buat deco barbie doll. Alhamdulillah tercapai juga hajat. Keknya adalah chocolate moist cake dihiasi dgn buttercream. Once again thank you Milla for being a very good teacher. Seminggu sebelum belajar deco ni, sempat juga saya belajar Talam Tokyo & Custard Layered Cake bersama dengan sifu Kak As yang tinggal di apartment universiti tapi since tak bawa kamera tak dapatlah publish dlm ni. Anyway once dapat gambar dari Kak As, belated je lah. Pengalaman bersama Kak As was so wonderful too, dihidangnya kuih kosoi, makan tengahari yg istimewa sangat. Thank you so much Kak As, you are really so kind hearted. Tak tahu bila lagi akan berjumpa Milla & Kak As ya...I will miss Sabah so much.


Staying kat Sabah really banyak mengajar erti persahabatan, I really make a lot of friends through baking classes, observe perserverence people working hard to support their family (foreigners) & paling ketara budaya yang mereka adopt. Saya akan rindu Putatan, pantainya, Giant & Survey tempat shopping tiap bulan, pelanggan yang banyak beri dorongan & keyakinan yang saya boleh juga berjaya dalam bidang baking ni.



Insya Allah untuk masa-masa akan datang sekiranya warga Sabah teringin nak buat tempahan Kek Lapis Sarawak bolehlah buat on line ya. Just call 016-5790871 atau 082-610720. Kosnya akan bertambah sedikit kerana semua tempahan akan diposlajukan.



Kepada sesiapa nak buat tempahan oven harga baru akan diberitahu paling lewat pertengahan Januari 2011.