Selamat datang ke laman Kek Warisan Bonda. Keinginan untuk mempelajari seni pembuatan kek telah lama terpendam. Harapan dari pelancaran laman ini dapatlah kita berkongsi resipi, idea untuk memperkembangkan kemahiran dunia masakan terutama seni pembuatan kek. Bersedia untuk menerima tempahan Kek Lapis Sarawak, kek buah, kek cheese, kek coklat dan yang akan menyusul kemudian. Untuk menempah hubungi saya di talian 014-5841869 atau email neenahapiza@yahoo.com.
Friday, March 26, 2010
Bacaan Ayat-ayat Al Quran untuk luas rezeki
Tuesday, March 23, 2010
Bingka Cheese
Sunday, March 21, 2010
My First Birthday Cake
1 cawan serbuk koko (diayak)
- Campurkan serbuk koko, air dan gula dan panaskan atas api kecil hingga pekat. Biarkan sejuk.
- Pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
- Masukkan essen vanilla dan tepung sedikit demi sedikit.
- Akhir sekali masukkan cecair koko yang sudah disejukkan tadi dan gaul.
- Bakar adunan dalam oven sederhana (360oF) selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.
- Untuk membuat topping, pukul semua bahan-bahannya sampai sebati dan licin.
- Potong ke tadi di tengah-tengah dan sapukan sebahagian topping tadi. Topping yang selebihnya tuangkan di bahagian atas dan tepi kek tadi.
Peringatan : Simpan kek di dalam peti sejuk supaya topping tidak cepat cair. Keluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum dihidang.
Wednesday, March 10, 2010
Kursus Membuat Kek Berkrim (Fresh Cream)
Demo mendeco kek
bersama Cik Nadia, peserta kursus
Untuk next wish list tahun ni, saya bertekad untuk membuat kek harijadi sendiri untuk all my children, husband and not forgetting myself... How about that? So, saya enroll lagi mengikuti Kursus 12 jenis Kek Berkrim pada 6 Mac 2010 (Sabtu) dengan Mrs. Lim School of Cooking and Baking di Pusat Latihan Kemahiran Sincere, Kota Kinabalu.
Banyak dipelajari, best...seronok. Cikgu nampak garang tapi ok punya. Most memorable words from her, ...ada fahamkah?....many, many times disebut. She shared lots of tips but paling penting balik, practice...practice...and practice till you get it right.
The first thing demo membuat cara-cara membuat kek span.Walaupun ada resipi depan mata tapi sometimes a beginner like me needs to be shown how to do it. So, the rest of the cakes, cara membancuh lebih kurang sama cuma bezanya dari bahan-bahan digunakan. There are 12 cakes altogether and each cake with 2 different deco. Throughout I observed that colour white is the theme colour and that's why whatever decorations would uplift the beauty of the cake. Paling seronok, tapau........jgn ada terlebih sudah...faham2 je.
Lagi...lagi Kek Lapis
Wednesday, March 3, 2010
PROMOSI KEK LAPIS SARAWAK
Kek ni amat bermakna kerana dapat resipi daripada orang lama di Kuching, Sarawak semasa balik cuti tahun lepas. Namanya makcik Lily, jiran yang tinggal di Kampung Malaysia Jaya, Petra Jaya semenjak 1978. She's a wonderful and nice lady. Terima kasih, makcik, you're such an inspiration! Kali pertama buat ikut resipi beliau. Seronok jugak kerana kek walaupun dibakar menggunakan oven letrik, ianya tidak menghampakan, tetap moist and soft.
sebelum dan selepas dipotong
Kek ni kali kedua dibuat tahun ni. Ist time untuk Kak Aisyah pada 24 Februari yang lalu khas untuk sambutan harijadi orang tersayang, cuma kek tak ada deko dan tak sempat tangkap gambar. Selepas dapat noozle dari cifu NINA (http://sweetlillykitchen.blogspot.com/), akan cuba buat kek lapis with deco. I think it would be a good try, see if it works later on. Anak-anak saya suka sangat kek ni, mungkin rasa milo dan horlicks kot. Budak-budak kan suka manis!
sebelum dan selepas dipotong
Lebihan rasa esen ice cream soda menjadikan kek ini menjadi pilihan anak-anak dan sesiapa saja yang meminati pelbagai warna dalam adunan lapisan kek. Saya masih lagi dalam proses belajar dan diharapkan kek yang seterusnya akan lebih cantik lagi.
Tuesday, March 2, 2010
Kek Lapis Chocolate Cheese
Sebelum hadir kelas cupcake bersama Sweetlilly Kitchen,sempatlah mencuba resipi Kek Lapis Chocolate Cheese yg saya dapat dari website Nomie Cakes(http://www.keklapis.com). Saya suka rasa lapisan cheesenya yg menggunakan pasta lemon. Mencabar jugak buat kek ni, kerana lapisan pertama a little bit spoilt kerana loyang tak rata. Anyway, husband kata sedap, but kena improve on texture,tak moist. Sekarang ni tengah tunggu jawapan pakar (Nomie Cakes)kenapa kek jadi macam tu. Teruskan mencuba untuk dapat hasil yang baik.
Monday, March 1, 2010
Kelas Cupcake dan Cartoon Artwork (Birthday Cake)
Pada 20 dan 21 Februari 2010 saya telah mengikuti kelas cupcake dan kelas cartoon artwork (birthday cake) yang dianjurkan oleh http://www.sweetlillykitchen.blogspot.com/ di Kampung Warisan, Inanam. Memang excited sungguh, maklumlah nak buat sesuatu, kenalah mencari ilmu dan berguru. Cikgu Nina was very helpful, oleh kerana kita ni 1st timer nak pegang tools pun rasa takut. Anyway, lihatlah hasil 2 hari tu. Thank you Cikgu Nina, you really inspire me. Practice! Practice! Practice! I'll get better each day.