Wednesday, May 26, 2010

Kelas Kek Lapis Sarawak

Sebenarnya semasa giat aktif dalam bidang baking ni terutama sekali Kek Lapis Sarawak, tak pernah terfikir untuk memanjangkan lagi bidang ini kepada mengajar pulak. Atas permintaan rakan facebook & jiran, maka dengan rendah diri buat juga mengikut kemampuan...alhamdulillah semua dengan izin Allah, semoga ilmu sedikit ini dapat berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh yang mengikutinya. Sekiranya ada kekurangan, akan diperbaiki & ditambah di masa akan datang.

22.05.2010 (Sabtu)

Telah diadakan di rumah Janira Abu Bakar (tiada dalam gambar). Dihadiri seramai 3 orang, Janira (surirumah buat biz kek dari rumah), Sue (guru) & Farrah (bakal graduan UMS Oktober ni). Oleh kerana julung kali diadakan, banyak aksi terlupa untuk ambil, tapi alhamdulillah Kek Lapis Aiskrim Blueberry yang diajar dapat siap.
Kek Lapis Aiskrim Blueberry - hasil Janira, Sue & Farrah
Sue-khusyuk melapis
Farrah-khusyuk menimbang adunan
23.05.2010 (Ahad)
Hari berikutnya di rumah jiran Linda dan Ros. Sebenarnya Linda dah lama minta saya ajar kek lapis, alhamdulillah Ahad lepas, hajatnya kesampaian. Dengar cerita dah buat lagi hari seterusnya untuk adik beliau bawa balik Terengganu.

seronoknya kek dah siap
Ros..seorang guru
Linda - jiran
Kek Lapis Aiskrim Blueberry-hasil Ros & Linda

2 comments:

  1. very nice blog........if time permits visit my blog........http://lets-cook-something.blogspot.com/


    regards
    viju

    ReplyDelete
  2. Callmeasviju, thank u so much for visiting my blog..I really appreciate it..

    ReplyDelete