Monday, May 24, 2010

Lagi...kek untuk juadah minum petang

CHOCOLATE MOIST CAKE

Semasa belajar kek bersama sifu Milla, kami dihidangkan Chocolate Moist Cake, yang sangat sedap. Selapas makan teringat2 macam orang gila bola. Tak tahan hati, sms sifu minta resipi. Sifu yang amat baik hati tak keberatan, pakai sms je resipi tu...oleh kerana demam buat kek menjadi2 ni...buat juga..hasilnya.....

Tq Milla, menjadi kek akak ni...seronok betul!!!! Hasil hari tu untuk minum petang & juga untuk Hari Guru...Anak-anak & guru pun happy dapat sama-sama merasakannya. sebahagian kek chocolate moist ini untuk anak bagi kat guru sempena Hari guru

Kek sebelum dituang topping coklat & taburan coklat rice

CHOCOLATE MOIST CAKE
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
3 biji telur (gred A)
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung (boleh gunakan marjerin / butter dicairkan-lebih enak lagi)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
Cara membuatnya:
1. Hancurkan gula dengan air panas atas api kecil sampai hancur.
2. Masukkan minyak, koko, susu pekat, gaul hingga sebati.
3. Bancuh telur dalam mangkuk berasingan hingga berbuih, tak payah guna mixer, sudu sudah memadai. Kemudian masukkan dalam adunan gula tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tepung, soda bicarbonate, baking powder sedikit demi sedikit, gaul sebati.
5. Masukkan dalam loyang & tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus pada air mendidih dengan api perlahan...selama 1 jam 30 minit.
RESIPI DARI BAKE WITH MILLA (Tq izinkan kak publish cni)

No comments:

Post a Comment