Friday, September 28, 2012

Biskut Suji Brunei
 

 
Alhamdulillah, biskut terbaru keluaran NeenaKekSarawak ni mendapat sambutan hangat untuk Hari Raya lepas terutama dari kakitangan Sarawak Energy.  Tq kepada sifu saya Nina dari Nina Bake House kerana resipinya yang sedap & mendapat perhatian dari warga Kuching tahun ni.  Insya Allah mudah-mudahan akan terus mendapat tempat di hati mereka pada tahun-tahun akan datang.  Kita share resipinya untuk sapa2 yang ingin mencoba ya, guarantee menjadi &.....yummy!!!!
 
Bahan-bahannya:
200 gm minyak sapi
100 gm shortening
180 gm gula halus
1 biji kuning telur
80 gm tepung semolina (suji)
80 gm tepung jagung
100 gm cornflakes (dikisar halus)
Tepung gandum secukupnya (lebih kurang 370 gm)
 
Bahan salut:
Nestum - dikisar halus
Susu tepung secukupnya
sedikut gula aising (optional)
 
1.  Putar minyak sapi, shortening & gula halus hingga rata.  Masuk kuning telur & putar lagi sebati & rata.
2.  Slow speed, masuk tepung suji, tepung jagung, cornflakes kisar & tepung gandum sedikit2 hingga dapat doh lembut.
3.  Ambil sedikit adunan, gentel hujung jari, susun dalam loyang, bakar 180 celcius - lebih kurang 20 minit.
4.  Sejuk atas dulang pembakar, perlahan2 salut, isi dalam paper cup.
 
SELAMAT MENCUBA........
 


No comments:

Post a Comment