Sunday, September 30, 2012

MUFFIN

Mufin Blueberi
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Walaupun banyak mengumpul resipi mufin tapi tak pernah cuba kerana rasa lebih rasa seronok buat kek  biskut & kuih talam. Pernah beli kat bakery tapi tak suka rasanya yang keras sedikit.  Jadi muffin pertama ni saya ambil dari buku Kompilasi Hidangan Kek tulisan Puan Noraini Zakaria (my favourite cakes author).  Anda bole juga layari blog beliau http://resipinoraini.blogspot.com untuk mengenalinya lebih dekat lagi.  Mudah-mudahan beliau sentiasa mendapat rahmat & murah rezeki....amin. Walaupun belum puas hati lagi dengan hasil air tangan saya kerana sedikit keras, tapi at least kita telah mencuba sebaik mungkin. So, kita layan resipinya ya....
 
Bahan-bahannya:
250 tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
150 gm minyak masak
150 gm susu segar / UHT
120 gm gula kastor
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A
Inti blueberi secukupnya

Cara membuat:
1.  Telur dipukul dengan garpu hingga sebati.  Ketepikan.
2.  Satukan minyak masak, susu segar, gula kastor, garam & telur.  Gunakan pemukul telur & pukul adunan hingga gula larut.
3.  Ayak tepung gandum & serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.  Tuangkan adunan telur tadi.  Gaul hingga sebati tetapi masih kelihatan berketul.  Terlebih gaul (overmixing) akan menyebabkan mufin keras.
4.  Sediakan tin mufin.  Alaskan dengan cawan kertas.  Tuangkan adunan sehingga 1/2 bahagian cawan.  Letakkan 1/2 sudu inti blueberi.  Tutup dengan sedikit adunan lagi hingga 1/4 penuh.  Bakar selamat 25 minit hingga masak.


No comments:

Post a Comment