Wednesday, October 3, 2012

KEK HARIJADI

NAPOELIAN CHEESE CAKE
 Muhammad Siddiq Uthman - seronok sangat bila nak potong kek
 dihias dengan freshcream, coklat ganache & blueberry filling
sliced cake - kita boleh nampak 3 lapis
 
13 Jun lepas, anak ketiga saya Muhammad Siddiq Uthman menyambut hari lahirnya yang ke 12.  Tahun lepas Oreo Cheesecake menjadi pilihan, tahun ni pulak Napoelian Cheese Cake, dah ada taste sendiri sejak uminya dah ada sedikit peningkatan dalam bidang baking2 ni.  Resipi kek kali ini diperolehi dari  kelas Chef Rashid Hassan di Akademi Ria Matang, Kuching.  Seperti biasa resipinya tidak mengecewakan & sedap.............kek 3 lapis ini amat sesuai untuk apa-apa je majlis.  Siapa nak cuba kek ni silakan ya......
 
BAHAN KEK SPAN (UNTUK BASE)
300 gm tepung sponge mix / optima
3 biji telur
80 gm air
100 gm minyak masak / butter dicairkan
sedikit vanilla (optional)
 
CARA MEMBUAT:
Pukul tepung sponge mix, telur & air hingga kembang.  Lepas itu masukkan minyak, gaul rata. Masukkan ke dalam acuan & bakar dengan suhu 150 C selama 45 minit.
 
BAHAN CHEESE:
500 gm cream cheese
110 gm gula halus(kastor)
5 biji kuning telur (dipukul kembang)
5 biji putih telur (dipukul berasingan)
200 gm fresh cream
4 sudu makan tepung jagung
50 gm almond serbuk
50 gm tepung ais krim vanilla
40 gm coklat cip
20 gm serbuk coklat / serbuk koko
 
CARA MEMBUAT:
1.  Pukul cream cheese & gula sehingga sebati. 
2.  Masukkan kuning telur, fresh cream, coklat cip & tepung jagung & serbuk almond.
3.  Akhir sekali masukkan putih telur yang telah dipukul berasingan hingga kembang. 
4.  Gaul rata & bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampur serbuk coklat & satu lagi dibiar plain sahaja.
5.  Tuang bahagian coklat atas kek span yang telah masak tadi & tabur coklat cip, bakar secara steam bath selama 30 minit dengan suhu 130 - 140 C.
6.  Lepas itu tuang adunan plain & bakar lag selamat 30 minit cara sama dengan suhu 130 C-140 C.
7.  Setelah masak, biarkan sejuk dahulu & hiaslah ikut citarasa, simpan dalam peti sejuk.
 
NOTA:
1.  Saya guna loyang 9" x  9"
2.  Boleh guna resipi span lain. Yang ni agak tebal sedikit.
3.  Selain kek span sebagai base, bole guna base lain ya.

SELAMAT MENCUBA.......

No comments:

Post a Comment