KEK MENTEGA TRADISI
kek yang dah masak
sliced cake
Sebenarnya pelbagai kek mentega telah dicuba & di antaranya resipi ini menarik perhatian saya untuk mencubanya semenjak 2007 lagi. Saya dapat resipi ni dari majalah Rasa keluaran September 2007 & kali pertama mencubanya pada tahun lepas untuk makan-makan sahaja bersama keluarga suami. Kek ini beratnya lebih kurang 1.5 kg & very moist. Sebenarnya saya kurang minat dengan kek yang terlalu lembab, sederhana je......anyway kena try dulu kalo nak tahu tekstur kek ni.
BAHAN-BAHAN:
280 gm mentega
200 gm marjerin
40 gm krimwell
(jarang ada bahan ni dalam kek mentega)
15 gm susu tepung
280 gm gula kastor
8 biji telur gred A
380 gm tepung kek / superfine
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan gula, mentega, marjerin & krimwell & garam, pukul kembang.
2. Masuk telur satu persatu & pukul lagi hingga kembang.
3. Masuk tepung & susu tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga sebati.
4. Masuk dalam loyang, bakar 170 C 35-40 minit @ sehingga masak.
No comments:
Post a Comment