ready untuk dihantar kepada pelanggan
Assalamualaikum & salam bahagia,
gambar ni dah lama kita upload dalam facebook, alhamdulillah baru nak paparkan dalam blog bersama dengan resipinya. Sumber resipi dari buku Citarasa Biskut Popular tulisan Puan Hajjah Noraini Zakaria (http://resipinoraini.blogspot.com). Untuk makluman inilah antara biskut paling popular sempena Raya 2012 & insyaa Allah masih lagi sehingga kini. Tat Nenas dalam gambar di atas ditempah oleh rakan adik ipar, terima kasih. Kita teruskan dengan resipinya ya....
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastad
20 gm susu tepung
30 gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem nenas
UNTUK GLIS:
1 biji kuning telur
1 sudu kecil air
sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMBUATNYA:
1. Mentega, gula & garam dipukul hingga kembang. Masukkan telur & esen vanila & pukul sebati.
2. Tepung gandum diayak bersama tepung kastad, serbuk penaik & susu tepung.
3. Gaulkan campuran tepung bersama adunan mentega hingga menjadi adunan yang lembut (agak lembik).
4. Sediakan acuan semperit. Masukkan adunan ke dalam acuan & tekan di atas sehelai plastik. Pastikan corak yang berjalur terletak di bahagian bawah.
5. Potong sepanjang 2 inci-3 inci. Bulatkan jem nenas & letakkan di bahagian pangkal. Gulung adunan tersebut. Susun atas dulang pembakar. Buatlah cara yang sama sehingga semua adunan habis.
6. Untuk menyapu glis pada biskut, ambil satu biji kuning telur & campurkan dengan 1 sudu kecil air & pewarna kuning telur.
7. Dengan menggunakan berus pastri, sapukan pada permukaan biskut. Sapu perlahan-lahan supaya corak jalur tidak terjejas.
8. Bakar selama 20 minit @ sehingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan sebelum disimpan.