Saturday, February 4, 2012

Pancake Pertama

Pancake - sumber Hajar

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya teringin sangat nak makan pancake yang gebu & sedap. Alhamdulillah, cuti sekolah tahun lepas sampai juga hajat membuatnya.....nah kita persembahkan my very first pancake. Sumber resipi, maaf teringat catat blog siapa. Yang saya ingat beliau ada menulis sumbernya dari yang bernama Hajar. Puan Hajar, maaf tak ambil nama penuh, anyway tq so much for this wonderful recipe of yours.

Bahan-bahan:

6 sudu besar butter - dicairkan (saya guna buttercup je)

2 biji telur

2 1/2 cawan tepung self raising

2 sudu teh baking powder

2 sudu besar gula kastor

2 cawan susu segar

2 sudu besar jus lemon - optional

secubit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan & gaul sebati.

2. Biarkan sebentar dalam masa 10 minit.

3. Masak pancake seperti biasa hingga habis & hidang panas.

@@@@SELAMAT MENCUBA@@@@

Tuesday, January 24, 2012

Tempahan Kek Cream Cheese

Assalamualaikum & salam bahagia,


Sedar tak sedar dah 24 hari kita meniti hari tahun 2012, dan selama 2 bulan lebih banyak cerita tak update lagi dalam blog.....banyak gambar2 kek ditempah, kehadiran ke kelas kek dan lain-lain belum sempat lagi dimuatkan dalam paparan tahun lepas. Walaubagaimanapun akan dimuatkan dalam entri akan datang. Sebenarnya laptopku genap setahun dah, tiba2 je ada masalah besar, masih belum dihantar untuk baiki, sekarang ni pinjam orang punya. Anyway, rindu sangat nak khabarkan berita untuk sesiapa je.......alhamdulillah bulan November lepas ada terima tempahan Kek Cream Cheese dari sahabat lama Ainei Hj Ramelan sempena hari jadi, untuk Raya Haji & makan2 katanya. Selain itu beliau ada juga tempah Custard Layered Cake (Kek Karamel), alhamdulillah. Ainei, jangan serik ya.....selepas ni bolehlah promote dengan rakan2 lain.....thank you.

Kek Cream Cheese Custard Layered Cake

Wednesday, November 9, 2011

Custard Layer Cake

Alhamdulillah, walaupun dah setahun belajar buat kek ni dari sifu Kak As di Sabah baru kali rasa rajin yang tidak terhingga untuk mencubanya setelah ada tempahan dari rakan lama di UITM sempena untuk hari jadi anaknya pada 3 November lepas. Mau tak mau memang Allah telah mengizinkan kek ni menjadi & harapan akan disukai oleh beliau dan keluarganya. Alhamdulillah saya mendapat maklumbalas yang amat2 menggalakkan.....saya menerima tempahan kedua & ketiga pada 6 & 7 November lepas. Di samping itu beliau tidak ketinggalan untuk tempah 1 biji kek Cream Cheese sebagai tambahan kek untuk Hari Raya Aidil Adha . Selain itu kita buatkan juga untuk anak2 & nampaknya kek ini amat diminati.......Ada juga rakan facebook tempah Kek Lumut tapi sayangnya bateri kamera dah weak & tak kesampaianlah nak tangkap gambarnya. Takpe, yang penting homemade cakes saya telah mendapat tempat di hati rakan lama, rakan fb & semoga sentiasa mendapat tempahan lagi di masa-masa akan datang.......amin. Selepas ni nak praktis buat tart & roti bun.....bila?......tak tau lagi, insya Allah.

Inilah keknya.......gebu kan? Cuma marblenya masih perlu diperbaiki lagi
......dihias dengan buah pic & bluberry di tengahnya..........

Tuesday, November 8, 2011

Kelas Kek Lapis Sarawak & Biskut

Assalamualaikum & selamat berbahagia,

Sebenarnya dalam bulan September lepas bersama Chef Rashid Hassan, selain Kelas Kek Cheese pada paginya, petang pulak saya tak mahu ketinggalan untuk ikut serta Kelas Kek Lapis Sarawak & biskut beliau. Alhamdulillah bertambahlah ilmu kek lapis Sarawak bercorak & juga biskut, insya Allah mudahan dapat menjana pendapatan di masa2 akan datang. Kata chef, kek lapis ni mendapat sambutan yang amat menggalakkan semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu & oleh itu tidak rugi kepada yang hadir ke kelas ini. Selain itu kita juga dapat resipi bonus Kek Lapis Awan Nano.....ni kena cuba buat di masa2 akan datang, insya Allah. Practice makes perfect....

Kek Lapis MerongMahawangsa
.....layan je gambar dari sudut lain.


Biskut Pretty Strawberry

Tuesday, October 25, 2011

Kek Span untuk Harijadi

Tempahan kali ketiga untuk anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib diterima, saya dimaklumkan bahawa pada malam sambutan, pihak pengurusan juga ada menganjurkan program Ramah Tamah Aidil Fitri, 2 in 1 katanya....... apa-apa pun seperti biasa Kek Span berperisa vanilla & pandan menjadi pilihan.

Sponge Cake (vanilla flavour) with butttercream decoration
Layan je gambar.....sudut berbeza Sponge Cake di atas

Sponge Cake (Pandan flavour) with buttercream decoration

Sponge Cake (Pandan flavour)........

Monday, October 17, 2011

Kelas Kek Cheese

Assalamualaikum & bersua lagi......tak cukup dengan kelas Kek Cheese bulan Jun lepas, kali ini tak ketinggalan untuk turut serta kelas bersama Chef Rashid lagi untuk 3 resipi baru kek cheese pada 17 September 2011. Jadi kita layan je apa yang dipelajari hari tersebut. Sekali lagi, chef tq di atas ilmu yang diberi.... SNICKERS CHEESE CAKE

- base mengguna biskut marie & mentega

- fillingnya selain cream cheese & bahan asas lain yang nampak polka dot tu ialah coklat nutella & peanut butter yang telah dipaipkan sebelum adunan cream cheese dicurahkan ke atasnya bersama dengan kacang tanah......memang yummy......

NAPOELIAN CHEESE CAKE

- base mengguna kek span

- atasnya dua layer adunan cream cheese, coklat & plain.

- sedapnya...........

LEMON CRUNCHY CHEESE CAKE

- basenya menggunakan kek span

- atasnya terdiri dari adunan kek cheese yang dicurah berlapis2 dengan biskut roti marie coklat, sementara paling atasnya menggunakan konyaku jelly.

- memang tak rugi belajar kek ni....sedap sekali.......

Tuesday, October 11, 2011

Kek Chiffon Coklat

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Seminggu lalu anak sulung saya menduduki ujian PMR & sementara menunggu beliau di rumah, rasa teringin pulak mencuba resipi yang baru untuk hidangan minum petang bersama suami dan anak-anak. Selain Kek Span Pandan yang telah diketengahkan sebelum ini, sambil membelek2 buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Puan Amaruszati Noor Rahim, Kek Sifon Coklat yang ada dalam buku tu mendapat perhatian saya untuk mencubanya. Resipinya akan kita sertakan sebentar lagi..........sebelum tu terima kasih kepada penulis kerana telah memberi keizinannya untuk share resipi di sini & saya amat berbesar hati. Sesiapa yang baru menceburi bidang baking2 ni atau nak tambah koleksi, amat digalakkan untuk memilikinya kerana banyak ilmu & manfaat boleh dipelajari darinya.

Kek Sifon Coklat
....nah inilah bukunya in case nak tau ye.......tq Puan Amaruszati

KEK SIFON COKLAT
Bahan A:
4o gm koko
40ml air panas (bancuh koko dengan air panas dulu, baru tambah susu segar)
80 ml susu segar (saya guna susu cair ditambah sedikit air)
4 kuning telur
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
60 gm minyak jagung
1 sudu kecil vanila
Bahan B:
4 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
Kaedah Membuat:
1. Panaskan oven 170 darjah celcius.
2. Pukul bahan A sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur & cream of tartar sampai berbuih.
4. Masukkan gula & pukul sehingga menjadi meringue.
5. Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaul perlahan.
6. Masukkan ke dalam loyang 9"
7. Bakar selamat 40 minit @ ikut suhu oven masing.
8. Apabila masak, terus telangkupkan atas redai.