Showing posts with label Juadah Minum Petang / Koleksi Buku. Show all posts
Showing posts with label Juadah Minum Petang / Koleksi Buku. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Kek Chiffon Coklat

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Seminggu lalu anak sulung saya menduduki ujian PMR & sementara menunggu beliau di rumah, rasa teringin pulak mencuba resipi yang baru untuk hidangan minum petang bersama suami dan anak-anak. Selain Kek Span Pandan yang telah diketengahkan sebelum ini, sambil membelek2 buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Puan Amaruszati Noor Rahim, Kek Sifon Coklat yang ada dalam buku tu mendapat perhatian saya untuk mencubanya. Resipinya akan kita sertakan sebentar lagi..........sebelum tu terima kasih kepada penulis kerana telah memberi keizinannya untuk share resipi di sini & saya amat berbesar hati. Sesiapa yang baru menceburi bidang baking2 ni atau nak tambah koleksi, amat digalakkan untuk memilikinya kerana banyak ilmu & manfaat boleh dipelajari darinya.

Kek Sifon Coklat
....nah inilah bukunya in case nak tau ye.......tq Puan Amaruszati

KEK SIFON COKLAT
Bahan A:
4o gm koko
40ml air panas (bancuh koko dengan air panas dulu, baru tambah susu segar)
80 ml susu segar (saya guna susu cair ditambah sedikit air)
4 kuning telur
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
60 gm minyak jagung
1 sudu kecil vanila
Bahan B:
4 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
Kaedah Membuat:
1. Panaskan oven 170 darjah celcius.
2. Pukul bahan A sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur & cream of tartar sampai berbuih.
4. Masukkan gula & pukul sehingga menjadi meringue.
5. Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaul perlahan.
6. Masukkan ke dalam loyang 9"
7. Bakar selamat 40 minit @ ikut suhu oven masing.
8. Apabila masak, terus telangkupkan atas redai.

Friday, January 28, 2011

Kek Mentega

Inilah koleksi buku terbaru saya tahun ini, ditulis oleh Puan Amaruszati Noor Rahim. First time nampak kat kedai terus grab & no regrets buying that book. Indeed, banyak ilmu dapat dicedok darinya especially for those beginners I really suggest you have one because you are given the basics of cake decorating. Mulanya saya attend kelas dengan sifu Nina, saya masih belum lagi memahami asas buat deko kek & pembuatan kek itu sendiri. Datang2 je terus deco tanpa belajar bagaimana nak bancuh cupcake & kek span. Rasa upset jugalah kerana tidak puas dengan ilmu diperolehi, anyway melalui buku ini if you are a beginner you know where to start, if you are a teacher you must know your student's background of cake baking, a must question for sifu.....Buku ini menjawab hampir semua dari what I want to know about cake decoration. Worth buying......

KEK MENTEGA

Inilah percubaan pertama untuk buat Kek Mentega. Resipi diperolehi dari buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D'hati. Hakcipta terpelihara, jadi tak bole publish kat sini, kena hormati hak penulisnya kan? Kek mentega untuk juadah minum petang, satu hari je dah habis....walaupun texture kek belum lembut seperti diinginkan, kena cuba lagi dapatkan texture lebih lembut dari ini. Agaknya kalo guna tepung superfine boleh dapatkan kek sedemikian kot.....