Tuesday, June 18, 2013

BINGKA CHEESE


Assalamualaikum, 
Ramai yang melayari blog bertanyakan tentang resipi Bingka Cheese yang menjadi bingka 'hot' di beberapa tempat di Sarawak satu ketika dulu.  Resipi ni very special kerana bingka pertama saya buat & menjadi pulak tu, alhamdulillah, tq once again to my sifu on phone Ayudi. Di sini saya bentangkan resipi dari rakan blog http://sue-hasue.blogspot.com.

 Bingka Cheese Sarawak

Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok) saiz medium
1 ½ cawan tepung hong kong - saya guna tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon (saya omit ni)

Cara membuatnya:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika. (saya buat step ni paling last)
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju.
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven). 


Note  :  Saya bakar cara "steam-bath" 150 C selama 1 jam 15 minit guna api atas & bawah.  Lima minit terakhir guna api atas sahaja.
Sebelum memotong, masuk peti sejuk dahulu beberapa jam ya.




SELAMAT MENCUBA..... 

1 comment: