Showing posts with label Kelas. Show all posts
Showing posts with label Kelas. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

KELAS TERAKHIR 2013-ROTI, BUN, DONAT & PIZZA

DONAT 
 BUN ROTI MANIS 
 ROTI KASUR 
 PIZZA DESSERT - APPLE FILLING 
DONAT 
PIZZA DESSERT - STRAWBERRY FILLING 

PELBAGAI ROTI  
BERSAMA RAKAN SEKELAS
 
Assalamualaikum & salam bahagia,
Alhamdulillah, setahun lamanya menyepi diri dari arena penulisan blog......baru hari ni berkesempatan untuk mula lagi update cerita-cerita dari NeenaKekSarawak....
Tahun baru.....2015
tahun penuh pengharapan untuk meningkatkan lagi ilmu kek & pastry, meningkatkan perniagaan dari rumah ke peringkat yang lebih tinggi lagi...insyaa Allah, semoga Allah permudahkan semua urusan...amin.
Untuk permulaannya, gambar2 di atas adalah kelas terakhir tahun 2013 bersama Chef Hawa, pengganti Chef Pak Agus untuk kelas Roti, Bun, Donat & Pizza pada akhir Disember 2013 yang telah saya hadiri di Kota Kinabalu, Sabah.  Sesungguhnya kelas ini memberi banyak ilmu & tip untuk memahirkan diri dalam pembuatan pastry. Kelas ni juga telah memberi saya keyakinan untuk berani buat roti untuk diri sendiri pada permulaannya & seterusnya mengedarnya ke kantin2 sekolah & kepada rakan terdekat. Semoga tahun 2015 roti keluaran NeenakekSarawak akan melangkah lebih jauh dari yang sedia ada....insyaa Allah. 
Sesiapa nak menempah, boleh hubungi saya di talian
014-5841869 @
pm di facebook NeenakekSarawak.

Wednesday, June 5, 2013

Biskut baru 2013

 Biskut Mellow Brownies
 Biskut Luscious Hazelnut Oat
  Biskut Frambozen Kenari
  Tapau.....

Assalamualaikum & salam bahagia
3 biskut terbaru yang dipelajari dari kelas anjuran Akademi Ria Matang bersama chef Rashid Hassan.  Semua biskut ni sedap......yummy......Kalo ada nak tempah untuk Raya ni, bole buat demikian, sila sms @ just call me 014-5841869.

Monday, May 6, 2013

Kelas Kek Continental

 Red Velvet Cake
 Butterscotch Cheese Cake
Indulgence Chocolate Cake
Alhamdulillah, 9 Februari 2013 lalu, sekali lagi saya hadir ke kelas Chef Rashid Hassan untuk belajar Kek Continental. Dah lama sangat nak belajar kek ni, ramai di kalangan rakan2 blogger & fb kata kek ni sedap & tentunya saya tak nak ketinggalan.....tq Chef di atas tunjuk ajar anda.  Ketiga-tiga kek memang yummy.......my favourite of course Indulgence Chocolate Cake.  So this year, bertambahlah resipi kek untuk birthday anak-anak.  Saya puas hati sangat, mudah-mudahan boleh menjana pendapatan di masa hadapan. 

Friday, March 8, 2013

KELAS WESTERN FOOD

Assalamualaikum & salam bahagia,
Inilah saja kelas yang dihadiri pada tahun lepas bersama Chef Rashid Hassan, Kelas Western Food.  Dah lama nak ikut kelas ni memandangkan anak2 suka sangat makan Western Food di Pizza Hut, cuma uminya saja belum lagi mencubanya.  Alhamdulillah, kelas ni banyak manfaatnya kerana ada juga rakan2 telah menempah untuk "small party".  Thank you ya....  Mudah-mudahan dengan pertambahan ilmu akan memberi lebih manfaat untuk meningkatkan pendapatan keluarga, insya Allah.
 Shepherd Pie
 Garlic Bread-menunggu utk dibakar
 Shepherd Pie
 Garlic bread - dah masak
Beef Lasagna
 Beef Lasagna - dipotong
Garlic Bread - dipotong & disapu mentega 
& ditabur daun parsley.  Memang sedap.... 
Yang termiss gambar Mushroom soup

Tuesday, November 8, 2011

Kelas Kek Lapis Sarawak & Biskut

Assalamualaikum & selamat berbahagia,

Sebenarnya dalam bulan September lepas bersama Chef Rashid Hassan, selain Kelas Kek Cheese pada paginya, petang pulak saya tak mahu ketinggalan untuk ikut serta Kelas Kek Lapis Sarawak & biskut beliau. Alhamdulillah bertambahlah ilmu kek lapis Sarawak bercorak & juga biskut, insya Allah mudahan dapat menjana pendapatan di masa2 akan datang. Kata chef, kek lapis ni mendapat sambutan yang amat menggalakkan semasa Hari Raya Aidil Fitri yang lalu & oleh itu tidak rugi kepada yang hadir ke kelas ini. Selain itu kita juga dapat resipi bonus Kek Lapis Awan Nano.....ni kena cuba buat di masa2 akan datang, insya Allah. Practice makes perfect....

Kek Lapis MerongMahawangsa
.....layan je gambar dari sudut lain.


Biskut Pretty Strawberry

Monday, October 17, 2011

Kelas Kek Cheese

Assalamualaikum & bersua lagi......tak cukup dengan kelas Kek Cheese bulan Jun lepas, kali ini tak ketinggalan untuk turut serta kelas bersama Chef Rashid lagi untuk 3 resipi baru kek cheese pada 17 September 2011. Jadi kita layan je apa yang dipelajari hari tersebut. Sekali lagi, chef tq di atas ilmu yang diberi.... SNICKERS CHEESE CAKE

- base mengguna biskut marie & mentega

- fillingnya selain cream cheese & bahan asas lain yang nampak polka dot tu ialah coklat nutella & peanut butter yang telah dipaipkan sebelum adunan cream cheese dicurahkan ke atasnya bersama dengan kacang tanah......memang yummy......

NAPOELIAN CHEESE CAKE

- base mengguna kek span

- atasnya dua layer adunan cream cheese, coklat & plain.

- sedapnya...........

LEMON CRUNCHY CHEESE CAKE

- basenya menggunakan kek span

- atasnya terdiri dari adunan kek cheese yang dicurah berlapis2 dengan biskut roti marie coklat, sementara paling atasnya menggunakan konyaku jelly.

- memang tak rugi belajar kek ni....sedap sekali.......

Friday, September 16, 2011

Kelas Kek Cheese

Kesinambungn dari Kelas Biskut bersama Chef Rashid Hassan bulan Jun lepas, saya sempat juga mengikuti satu lagi Kelas Kek Cheese anjuran beliau. Di antaranya......

Kek Cheese Triple Nutty

- one of my fovourite, kek cheese chilled...
Sliced Kek Cheese Triple Nutty

Kek Cheese Palova

- kek ni selain bahan asas menggunakan tepung aiskrim vanilla & strawberry & pasta coklat.

Kek dipotong ready untuk dibahagi antara pelajar


Kek Cheese Smoked Delight

Monday, July 25, 2011

Kelas Biskut

Sambungan dari 18 Jun 2011, keesokan harinya diteruskan dengan kelas biskut bersama Chef Hassan lagi. Ramainya datang ke kelas ni, maklumlah bila diberitahu resipi terbaru biskut untuk 2011. Alhamdulillah, kami diajar 4 resipi & 1 resipi bonus. Biskut Dolphin
Biskut Ice Nestum-resipi bonus
Biskut yang paling popular dibuat chef tahun lepas & masih juga untuk tahun ni. Melts in the mouth. Saya juga tidak ketinggalan telah menerima banyak tempahan untuk biskut ni tahun ni, insya Allah. Nak tempah bole kontek saya 016-5790871.
Harganya : 80 keping / RM35
Biskut Winter Sonata


Strawberry Colatta Cookies

Biskut Oat Delight

Tuesday, July 19, 2011

Kelas bersama Chef Rashid lagi....

Alhamdulillah, tahun ini belum sampai setahun balik ke Sarawak, saya amat bersyukur kerana Allah izinkan saya dapat mengikuti banyak kursus baking & sekali lagi bersama dengan Chef Rashid Hassan pada 18 Jun 2011 di Akademi Ria, Matang. Hajat hati untuk belajar frozen food tercapai juga.....sebanyak 5 jenis frozen food telah diajar pada hari tersebut iaitu Donut, Sardin Roll, Karipap Pusing, Pai Daging & Spring Roll / Samosa. Mudah-mudahan Allah permudahkan saya untuk dapat meluaskan rezeki dengan ilmu yang diperolehi pada hari tersebut.

Sardin Roll
Donut

Pai Daging

Karipap Pusing

Wednesday, June 15, 2011

Kelas Pastry (Hari Terakhir)

17 Mei lalu, hari terakhir untuk Kelas Pastry anjuran Pusat Giat Mara untuk Program 1Malaysia. Alhamdulillah semua kami amat gembira kerana dapat menghadiri program seumpama ini & hopefully there will another one coming soon untuk program lanjutan. Tak sabar lagi nak hadir kelas lagi ni. Chef Rashid, terima kasih sekali ya.....

Biskut Coklat Cadbury - so sedap.....
Mexican Bun

Bun......enaknya

Traditional Sponge Cake

Kek Coklat Extragavanza

Monday, June 6, 2011

Kelas Pastry I (Hari Kedua)

Sambungan dari Kelas Pastry bersama Chef Rashid anjuran Pusat Giat Mara, modul kelas hari kedua menggabungkan 2 kelas sekaligus & sebanyak 3 jenis biskut & 1 kek lapis bercorak telah dipelajari. Alhamdulillah walaupun ianya merupakan ulangan bagi saya tapi ada je sesuatu ilmu dipelajari pada hari tersebut. Lebih2 lagi sentiasa ada je resipi baru dikongsi oleh chef kepada pelajarnya.......mudahan murah & luas rezeki chef kerana tak lokek ilmu... Biskut Ice Nestum- my favourite, crunchy & melts in the mouth...
Kek Lapis Pucuk Rebung.....hanya sempat rakam gambar kek disusun dalam loyang. Pas ni kena buat, otherwise lupa.....Biskut Cheese Fingers - belum dibakar lagi

Biskut Almond London
- hanya ditabur manik2 warna je. Nampak tak coklatnya belum beku lagi......takpe, penting dapat tangkap gambar untuk rujukan.