Showing posts with label Kek Harijadi. Show all posts
Showing posts with label Kek Harijadi. Show all posts

Sunday, April 21, 2013

Happy Birthday Muhammad Haziq

 Soft Japanese Cotton Cheesecake
- dihias dengan freshcream, blueberry filling & buah pic.
 Ha....anak bujangku yang ke4- Muhammad Haziq Jahran
 rupanya setelah dingap....
Gambar2 kek harijadi anak kelima Muhammad Haziq di atas dah lama simpan tapi tertinggal untuk diupdate dalam blog.  Hari tu kita buat Soft Japanese Cotton Cheesecake untuk harijadinya yang ke 11 tahun.  Walaupun belated tapi will not be missed.  

Friday, April 19, 2013

Harijadi Muhammad Hamzah

my youngest dah 7 tahun (08.01.2013)
 senyumanmu menyejukkan hati umi.......
sliced cake....belum perfect lagi
Alhamdulillah pejam celik anak bongsuku dah 7 tahun januari lepas.  Anak minta kek sebiji seperti kek anniversary umi & abahnya. Umi buat Sponge Almond Cake sebab takda stok ground hazelnut......yg ada serbuk almond. As a mom, kita rasa seronok sangat bila anak tersenyum2 je bila dapat kek & hadiah. Senyuman anak bole menyejukkan hati walaupun dalam apa keadaan sekalipun.  Alhamdulillah he's very happy.....

Thursday, October 18, 2012

KEK HARIJADI ANAK

KEK KEJU COKLAT DINGIN

Kek ini khas untuk satu-satunya puteri saya Qurratu'aini Majdah yang menyambut harijadinya yang ke9 26 Julai lalu.  Memandangkan hari tersebut dalam bulan Ramadhan saya buat lewat sikit......belated birthday.  Kek ini pilihannya sendiri dari buku resipi Kompilasi Hidangan Kek tulisan Puan Noraini Zakaria (http://resipinoraini.blogspot.com).  Jadi, kita bentangkan  juga resipinya sekiranya ada sesiapa yang ingin mencuba.  The cake was marvellous......
BAHAN KEK SPAN COKLAT:
200 gm tepung kek (saya guna tepung Hong Kong)
200 gm gula kastor
110 gm mentega cair/minyak masak (saya guna minyak masak)
100 gm air
40 gm serbuk koko
20 gm ovalette
6 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat
CARA MEMBUAT:
1. Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.  Lapik dengan kertas serap minyak.  Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2.  Satukan gula kastor, ovalette, tepung kek, serbuk penaik & telur dalam mangkuk adunan.  Pukul hingga pekat & gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3.  Perlahankan kelajuan & masukkan air, emulco coklat & serbuk koko.  Pukul lagi selama 5 minit.
4.  Tuangkan mentega cair & gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.  Tuang adunan ke dalam acuan.  Bakar selama 45 minit.
BAHAN INTI KEJU:
250 gm krim keju
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - dicairkan
250 gm krim putar (dairy whipping cream)
50 gm air
15 gm gelatin halal
CARA MEMBUAT:
1. Krim putar dipukul sehingga kembang & gebu.  Simpan di dalam peti sejuk.
2.  Pukul krim keju & gula kastor hingga berkrim.  Masukkan krim putar & coklat masakan yang telah dicairkan.  Pukul sebati adunan tersebut.
3.  Gelatin dicampurkan dengan air & panaskan secara double boiler hingga cair & hancur.
4.  Tuangkan gelatin ke dalam adunan keju tadi & pukul hingga sebati.
5.  Kek span coklat dihiris dua.  Masukkan satu bahagian ke dalam acuan springfoam bulat berukuran 8 inci.  Tuangkan adunan keju.  Dinginbekukan selama 4 jam @ semalaman.


Saturday, October 6, 2012

TEMPAHAN KEK HARIJADI

 CHOCOLATE MOIST CAKE - ANGRY BIRD
- dihias dengan coklat ganache, buttercream
SOFT JAPANESE COTTON CHEESECAKE
- decoration :  fresh cream 

Terima kasih kepada kak Salmah dari OBYU Holdings yang telah menempah kek2 harijadi Chocolate Moist & Soft Japanese Cheesecake untuk anak perempuannya.  Inilah kali pertama buat deco angry bird, tak berapa menjadi sangat, kebetulan bila nak deco hari tu pewarna merah takda dlm stok pulak, kerana kesuntukan masa guna warna pink.  Mudah-mudahan tidak mengecewakan ya.....practice makes perfect, selepas ni kena sentiasa berlatih, berlatih untuk mendapat kek yang lebih cantik, insya Allah.

Wednesday, October 3, 2012

KEK HARIJADI

NAPOELIAN CHEESE CAKE
 Muhammad Siddiq Uthman - seronok sangat bila nak potong kek
 dihias dengan freshcream, coklat ganache & blueberry filling
sliced cake - kita boleh nampak 3 lapis
 
13 Jun lepas, anak ketiga saya Muhammad Siddiq Uthman menyambut hari lahirnya yang ke 12.  Tahun lepas Oreo Cheesecake menjadi pilihan, tahun ni pulak Napoelian Cheese Cake, dah ada taste sendiri sejak uminya dah ada sedikit peningkatan dalam bidang baking2 ni.  Resipi kek kali ini diperolehi dari  kelas Chef Rashid Hassan di Akademi Ria Matang, Kuching.  Seperti biasa resipinya tidak mengecewakan & sedap.............kek 3 lapis ini amat sesuai untuk apa-apa je majlis.  Siapa nak cuba kek ni silakan ya......
 
BAHAN KEK SPAN (UNTUK BASE)
300 gm tepung sponge mix / optima
3 biji telur
80 gm air
100 gm minyak masak / butter dicairkan
sedikit vanilla (optional)
 
CARA MEMBUAT:
Pukul tepung sponge mix, telur & air hingga kembang.  Lepas itu masukkan minyak, gaul rata. Masukkan ke dalam acuan & bakar dengan suhu 150 C selama 45 minit.
 
BAHAN CHEESE:
500 gm cream cheese
110 gm gula halus(kastor)
5 biji kuning telur (dipukul kembang)
5 biji putih telur (dipukul berasingan)
200 gm fresh cream
4 sudu makan tepung jagung
50 gm almond serbuk
50 gm tepung ais krim vanilla
40 gm coklat cip
20 gm serbuk coklat / serbuk koko
 
CARA MEMBUAT:
1.  Pukul cream cheese & gula sehingga sebati. 
2.  Masukkan kuning telur, fresh cream, coklat cip & tepung jagung & serbuk almond.
3.  Akhir sekali masukkan putih telur yang telah dipukul berasingan hingga kembang. 
4.  Gaul rata & bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampur serbuk coklat & satu lagi dibiar plain sahaja.
5.  Tuang bahagian coklat atas kek span yang telah masak tadi & tabur coklat cip, bakar secara steam bath selama 30 minit dengan suhu 130 - 140 C.
6.  Lepas itu tuang adunan plain & bakar lag selamat 30 minit cara sama dengan suhu 130 C-140 C.
7.  Setelah masak, biarkan sejuk dahulu & hiaslah ikut citarasa, simpan dalam peti sejuk.
 
NOTA:
1.  Saya guna loyang 9" x  9"
2.  Boleh guna resipi span lain. Yang ni agak tebal sedikit.
3.  Selain kek span sebagai base, bole guna base lain ya.

SELAMAT MENCUBA.......

Tuesday, October 25, 2011

Kek Span untuk Harijadi

Tempahan kali ketiga untuk anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib diterima, saya dimaklumkan bahawa pada malam sambutan, pihak pengurusan juga ada menganjurkan program Ramah Tamah Aidil Fitri, 2 in 1 katanya....... apa-apa pun seperti biasa Kek Span berperisa vanilla & pandan menjadi pilihan.

Sponge Cake (vanilla flavour) with butttercream decoration
Layan je gambar.....sudut berbeza Sponge Cake di atas

Sponge Cake (Pandan flavour) with buttercream decoration

Sponge Cake (Pandan flavour)........

Friday, September 30, 2011

Kek harijadi anak (Julai-September 2011)

Sebelum bermulanya lembaran baru bulan Oktober 2011, kita layan je gambar2 anak2ku bersama kek harijadi mereka dari bulan Julai hingga September 2011. Alhamdulillah, kesemua kek harijadi anak adalah hasil air tangan sendiri, takde lah Taka Bakery @ Mita Cake House @ pa2 je bakery di sekitar bandaraya Kuching ni. Walaupun banyak lagi perlu dipelajari & diperbaiki dalam bidang bakery ni, syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan kemahiran yang sedikit ini untuk menggembirakan hati anak-anak. Mudahan mereka semua menjadi anak2 yang soleh & solehhah & sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t.

Muhammad Haziq - 10 tahun (28.09.2011)

Kek Sponge duoberry cheese cake with cream cheese frosting untuk toppingnya
Muhammad Abdullah Firdaus - 15 tahun (14.09.2011)
Soft Cotton Cheesecake - dihias freshcream saja.

Muhammad Luqman - 13 tahun (13.08.2011)

Soft Cotton Japanese Cheesecake-dihias dengan freshcream juga

Qurratu'aini Majdah-8 tahun (25.07.2011)

- the only girl minta Sponge Cake - deco freshcream & buttercream pink roses

Sebenarnya inilah kek pertama yang berbunga ros selepas berguru dengan Milla tahun lepas, walaupun tidak halus kita kena make the attempt untuk meningkatkan kemahiran. Insya Allah, masa2 akan datang diharapkan lebih baik & cantik lagi.

Sunday, September 18, 2011

Kek Harijadi Lagi......

Lantaran kesibukan 3 bulan lalu, baru sempat nak upload gambar kek2 harijadi yang telah ditempah sepanjang bulan Jun & Julai 2011 yang lepas....tarikh tak ingat lagi dah. Alhamdulillah, terima kasih kepada yang telah mengode ni....pelanggan setia di Kuching ni. Dengan adanya tempahan2 ini, harapan semoga dapat mempertajamkan lagi kemahiran & pertambahan rezeki di masa-masa akan datang, insya Allah. Semoga Allah permudahkan.....amin. Cotton Soft Japanese Cheesecake

- sekali lagi rakan fb Gee Av peminat kek cheese menempah kek ni untuk anak saudaranya, kek dihias dengan freshcream & blueberry filling, ditabur dengan sedikit chocolate rice.
Cotton Soft Japanese Cheesecake
- ditempah oleh Gee juga, untuk makan2 saja katanya. Hanya dihias dengan freshcream & blueberry filling. Sponge Cake with buttercream decoration
- ditempah untuk anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib

Sponge Cake with buttercream decoration
- juga untuk anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Laila Taib


Sponge Cake with buttercream decoration

- untuk anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Laila Taib

Tuesday, September 13, 2011

Selamat Hari Jadi Siddiq - 11 tahun

Assalamualaikum & selamat sejahtera.....lama tak bersua dalam halaman blog ni. Harap tak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Alhamdulillah banyak perkara suka & duka berlaku selama dua bulan yang lepas, yang baik jadikan teladan & tidak baik jadikan sempadan. Bulan Ramadhan dah 2 minggu meninggalkan kita & semoga Allah mempertemukan kita lagi pada Ramadhan yang akan datang.....semoga panjang umur & murah rezeki ya....insya Allah.

Kali ni cuma nak upload gambar anak ketiga saya Muhammad Siddiq Uthman yang menyambut hari lahirnya ke 11 pada 13 Jun 2011.....kali ini uminya buat Kek Cheese Oreo (baked). Resipinya diperolehi dari kelas bersama Chef Rashid Hassan pada Jun lepas. Alhamdulillah anak suka sangat walaupun tak sempat nak deko fresh cream. Bawahnya lapisan coklat bersama crushed oreo tanpa dibuang creamnya....
....belum sempat nak letak kek atas cake board...takpe janji gambar diambil untuk kenangan. Mudahan Siddiq menjadi anak yang soleh, bijaksana & memiliki akhlak yang baik...insya Allah.

Sunday, March 20, 2011

Kek harijadi untuk anak2 yatim PERYATIM

3 biji kek telah ditempah sempena menyambut harijadi bulan Mac, anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Laila Taib, Kuching sebelum cuti sekolah minggu lepas. Kek Span dihias dengan buttercream telah menjadi pilihan serta Moist Chocolate Cake. Untuk pengetahuan Kompleks ini menempatkan lebih kurang 140 orang anak-anak yatim di sekitar Kuching, Kota Samarahan & kawasan berdekatan. Sesiapa yang ingin menderma bolehlah menghubungi talian 082-446955.
Kek Span Perisa Vanilla - deco buttercream + edible image princess
Kek Span perisa coklat - deco buttercream sahaja

Moist Chocolate Cake
- toppingnya chocolate ganache ditabur chocolate rice + dihias sedikit dengan buttercream.

Monday, May 17, 2010

Kek Birthday Untuk Siti Nur 'Afifah

Untuk mahir sesuatu bidang nasihat guru, perlulah banyak berlatih..berlatih & berlatih. Sebagai persediaan untuk lebih mahir lagi, inilah kek birthday ke2 tahun ni yang dibuat hari Jumaat lepas (14.05.2010) bersama adik (http://gerairizqi.blogspot.com/) untuk anaknya Siti Nur "Afifah. Kek birthday ini menggunakan kek span berperisa chocolate emulco. Belum halus lagi..tapi kena cuba juga supaya tidak keras tangan mengguna noozle. Satu percubaan supaya lebih yakin di masa akan datang....