Showing posts with label Moist Chocolate Cake. Show all posts
Showing posts with label Moist Chocolate Cake. Show all posts

Saturday, May 11, 2013

Tempahan-Chocolate Moist Cake

 Tempahan dari sepupu, Hartini Zaidi
Tempahan dari Azie, Melaka

Assalamualaikum & salam bahagia,
Alhamdulillah, kek ini sentiasa menjadi kek diminati oleh pelanggan lama & terbaru dari Azie yang tinggal di Melaka.  Kek tempahan pertama beliau berbentuk Love khas ditempah untuk seorang teman istimewa, katanya yang tinggal di Kuching, Sarawak.  Thank you Azie.  Looking forward for your next order in future.

Thursday, March 24, 2011

Moist Chocolate Cake lagi.....

Moist Chocolate Cake dihias dengan buttercream

Assalamualaikum & salam bahagia kepada anda,
N3 kali ini ialah kek yang telah ditempah oleh sepupu suami untuk 19.03.2011, Ain namanya. Katanya Moist Chocolate Cake ini untuk dikongsi bersama yang istimewa, sebab itulah berbentuk LOVE.......atas permintaan beliau ingin kek dibahagi 2 warna hitam & pink, tapi masa decorate hari itu entah kenapa warna hitam tak menjadi.......sapa2 kat luar sana boleh tunjukkan saya macamana nak dapat warna hitam.......
Anyway, setiap kali buat kek mesti ada suatu yang baru dapat dipelajari, kan? Harapan semoga Ain suka & begitu juga.....yang istimewa tu. Thank you Ain.

Saturday, March 19, 2011

Kek Harijadi anak saudara

Moist Chocolate Cake
Tempahan kali ini diterima dari mak mertua untuk cucunya Fikri yang menyambut harijadi yg ke 5 tahun pada 11 Mac lalu. Sekali lagi Moist Chocolate Cake menjadi pilihan dihias dengan topping chocolate ganache dan edible image Ben 10 & buttercream untuk border. Inilah kali pertama guna edible image. Alhamdulillah, mendapat feedback yang baik dari para tetamu, itulah yang diperolehi dari ipar. Once again, thanks Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com), your recipe is superb!
Layan......another angle of this cake....

Wednesday, February 16, 2011

Resipi Moist Chocolate Cake

Juadah Minum Petang
Lagi2 kek coklat.....Moist Chocolate Cake kali ini resipinya diceduk dari buku seorang chef tidak asing lagi Puan Zubaidah bt Chepa, buku cetakan ke6 beliau "STEAMED CAKE" terbitan One Publisher. Buku ni saya beli di Popular Bookstore, yang menariknya buku ni diletak di rak buku tulisan Cina & tanpa fikir panjang sudah menjadi milik tuan rumah KEK WARISAN BONDA.
Sebelum publish kat sini dah minta kebenaran Puan Zubaidah sendiri....thank you Puan, semoga sentiasa dikurniakan rezeki berpanjangan. This cake is very moist seperti nama originalnya KEK COKLAT KUKUS BASAH. Seperti biasa husband & anak2 amat menyukainya.....alhamdulillah.
BAHAN-BAHAN:
  • 200 gm tepung superfine (saya guna tepung supreme)
  • 100 gm serbuk koko
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 3 biji telur B
  • 200 gm gula kastor
  • 250 gm susu pekat manis
  • 250 ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
  • 250 ml air panas

CARA-CARA:

  1. Ayak tepung, soda, serbuk penaik & serbuk koko.
  2. Di bekas yang lain pukul minyak, telur, susu pekat manis & gula.
  3. Masukkan tepung yang diayak & kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan air panas & kacau rata.
  5. Sapu acuan 8" bulat dgn minyak, lapikkan kertas plastik (saya guna kertas grease).
  6. Kukus selama 1 - 1 1/2 jam.
  7. Hiaskan ikut selera masing-masing. Saya hias dengan topping coklat ganache & ditabur dgn manik warna-warni di atas kek. Tepinya just hias manik berbentuk hati. Nak sukakan hati anak perempuan saya......

SELAMAT MENCUBA......

Saturday, January 22, 2011

Kek Harijadi

Moist Chocolate Cake (Kukus)
Inilah tempahan pertama untuk 2o11, ditempah oleh adik ipar untuk anaknya Adib, 2 tahun, 15 Januari 2011. Seperti biasa resipi Mylla (bakewithmilla.blogspot.com) menjadi pilihan kerana rasa keknya yang lembab & sedap. Thanks again Mylla. Kek dihias dengan chocolate ganache, resipi dari buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Amaruszati Noor Rahim (http://zatidhaticakes2u.com/) & dihias dengan buttercream, ditabur coklat rice, coloured rice & chocolate chip. Mulanya risau juga kerana di Kuching kita belum tahu sambutan terhadap kek sedemikian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang majlis harijadi anak saudara suami & ada di antara tetamu bertanyakan maklumat tentang kek & pembuatnya.......something interesting & insya Allah ada lagi semoga ada sambutan seterusnya. Mylla, once again kak doakan anda sentiasa dikurniakan rezeki yang tidak putus2.
You are a good sifu....