Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

BINGKA CHEESE


Assalamualaikum, 
Ramai yang melayari blog bertanyakan tentang resipi Bingka Cheese yang menjadi bingka 'hot' di beberapa tempat di Sarawak satu ketika dulu.  Resipi ni very special kerana bingka pertama saya buat & menjadi pulak tu, alhamdulillah, tq once again to my sifu on phone Ayudi. Di sini saya bentangkan resipi dari rakan blog http://sue-hasue.blogspot.com.

 Bingka Cheese Sarawak

Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok) saiz medium
1 ½ cawan tepung hong kong - saya guna tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon (saya omit ni)

Cara membuatnya:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika. (saya buat step ni paling last)
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju.
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven). 


Note  :  Saya bakar cara "steam-bath" 150 C selama 1 jam 15 minit guna api atas & bawah.  Lima minit terakhir guna api atas sahaja.
Sebelum memotong, masuk peti sejuk dahulu beberapa jam ya.




SELAMAT MENCUBA..... 

Sunday, June 16, 2013

Biskut Night Dome

Assalamualaikum,
Kita sekarang di ambang bulan Ramadhan kurang dari sebulan lagi & sana sini dalam fb diiklankan  perniagaan biskut & kek dari usahawan2 yang dah lama dalam pasaran & tidak lupa yang masih baru lagi setahun jagung seperti saya ini.  Alhamdulillah Jumaat lepas, puasa sudah diqada'kan selama 5 hari berturut2.   
Tidak dapat dinafikan persaingan perniagaan biskut di Sarawak amat sihat, menggalakkan & sejak 2 tahun lepas sentiasa ada resipi baru untuk diterokai termasuk resipi Biskut Night Dome ni.....agak ganjil namanya, bahan2 tidak jauh dari Biskut Snow Almond yang diketengahkan sebelum ini.  Memang tak jauh beza ya, bila dimakan je baru tau beza rasanya je.....Tq kepada Kak As untuk resipi ni.
Sumber resipi  :  Kak As (sifu dari Sabah)
Sumber asal  :  Sham's Homemade Cakes & Cookies

BAHAN-BAHAN: 
250 gm butter
100 gm gula perang 
350 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad
1 biji telur
1 sudu teh orange paste/lemon paste
HIASAN  :  Coklat masakan, breadcrumbs kuning & putih (asal putih je)

CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul butter, gula, kuning telur, orange paste sekadar rata sahaja.
2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung & tepung kastad sekadar rata sahaja, terap dengan acuan pilihan (saya guna yg square je) & bakar.
3.  Bila dah sejuk, celup dalam coklat masakan & golek cepat2 dalam breadcrumbs.  Bila dah keras, simpan dalam bekas air tight.
TIP:  1.  Biskut jangan gaul lama, nanti jadi terlalu rapuh.
2.  Pukul 2-3 minit, uli dengan tangan jadikan doh.

SELAMAT MENCUBA

Monday, June 10, 2013

Biskut Snow Almond

Assalamualaikum & salam bahagia,
Musim perayaan dah tiba.....selain memikirkan melakukan ibadah dengan jayanya bermulalah iklan sana sini mempromosikan pelbagai barangan untuk mencari pendapatan lebih termasuklah yang berniaga kek & biskut.   Just untuk share dengan teman2, biskut ni sebenarnya satu ketika dulu amat popular di Semenanjung tapi belum lagi mendapat tempat di Sarawak.  Last year kita buat market test, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan sehingga ada yang agak keciwa kerana dah kesuntukan masa untuk menyiapkannya.  Sumber resipi dari Kak Asmah, sifu yang tinggal di Sabah.

BAHAN-BAHAN:
250 gm butter
100 gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh pasta oren
30 gm tepung kastad 
60 gm tepung jagung
350 gm tepung gandum
100 gm serbuk badam
1/2 sudu teh emplex
HIASAN  :  Cooking chocolate & kelapa kering

CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul butter, gula, kuning telur, pasta oren sekadar rata.
2.  Masukkan tepung kastad, tepung jagung, emplex & tepung gandum.  Gaul sekadar rata @ sebati.
3.  Terap guna acuan square @ rectangular @ ikut citarasa masing2 bakar hingga masak ikut oven masing2.
4.  Bila dah masak, celup dalam cooking chocolate & golekkan dalam kelapa kering.  Simpanlah dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA......

Saturday, June 1, 2013

Tat Telur


 Setelah sekian lama barulah ada kekuatan untuk mengambil tempahan Tat Telur buat pertama kalinya untuk  sahabat lama Kamariah. 

Sumber resipi : pastrinya dari buku Puan Hajjah Noraini, filling dari sifu Nina Mahdar.  Next kita akan ketengahkan resipi Tat Cheese Bluberry pulak, insyaa Allah.

Bahan-pastri:

450 gm tepung gandum

250 gm mentega

100 gm gula kastor

1 biji telur

2 sudu teh air

1 sudu teh vanilla

Cara membuat:

1.  Putar mentega, gula & esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur & air. Putar lagi hingga adunan berkrim.

2.  Kemudian masukkan tepung gandum & kacau rata hingga menjadi doh.

3.  Tekan sedikit doh dalam acuan tat & bakar selama 20 minit sehingga masak.

Inti telur

200 gm fresh milk / susu cair

4 biji telur (grade B)

140 gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu makan tepung jagung

Pewarna kuning

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan & pukul guna whisk, tapis.  Masukkan dalam acuan tat,bakar selama 10 minit pada suhu 170 darjah celcius @ sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA.....

Saturday, May 4, 2013

TAT NENAS GULUNG

 ready untuk dihantar kepada pelanggan
Assalamualaikum & salam bahagia,
gambar ni dah lama kita upload dalam facebook, alhamdulillah baru nak paparkan dalam blog bersama dengan resipinya.  Sumber resipi dari buku Citarasa Biskut Popular tulisan Puan Hajjah Noraini Zakaria (http://resipinoraini.blogspot.com).  Untuk makluman inilah antara biskut paling popular sempena Raya 2012 & insyaa Allah masih lagi sehingga kini.  Tat Nenas dalam gambar di atas ditempah oleh rakan adik ipar, terima kasih.  Kita teruskan dengan resipinya ya....
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastad
20 gm susu tepung
30 gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem nenas

UNTUK GLIS:
1 biji kuning telur
1 sudu kecil air
sedikit pewarna kuning telur

CARA MEMBUATNYA:
1.  Mentega, gula & garam dipukul hingga kembang.  Masukkan telur & esen vanila & pukul sebati.
2.  Tepung gandum diayak bersama tepung kastad, serbuk penaik & susu tepung.
3.  Gaulkan campuran tepung bersama adunan mentega hingga menjadi adunan yang lembut (agak lembik).
4. Sediakan acuan semperit.  Masukkan adunan ke dalam acuan & tekan di atas sehelai plastik.  Pastikan corak yang berjalur terletak di bahagian bawah.
5.  Potong sepanjang 2 inci-3 inci.  Bulatkan jem nenas & letakkan di bahagian pangkal.  Gulung adunan tersebut.  Susun atas dulang pembakar.  Buatlah cara yang sama sehingga semua adunan habis.
6.  Untuk menyapu glis pada biskut, ambil satu biji kuning telur & campurkan dengan 1 sudu kecil air & pewarna kuning telur.
7.  Dengan menggunakan berus pastri, sapukan pada permukaan biskut.  Sapu perlahan-lahan supaya corak jalur tidak terjejas.
8.  Bakar selama 20 minit @ sehingga masak mengikut oven masing2.  Sejukkan sebelum disimpan.

Tuesday, October 4, 2011

Resipi Red Velvet Cake

Sliced Red Velvet Cake
Kek yang telah masak
Alhamdulillah, dengan izin Allah kita kembali ke ruangan ini just to share resipi yang kita dapat dari http://myhappyoven.blogspot.com dengan izin beliau. Kek ni yang agak popular satu ketika dalam tahun ni jugak turut mendapat perhatian saya untuk mencubanya pada Mac lepas sempena harijadi suami & juga telah ditempah oleh rakan blogger Kedai Ummie untuk harijadi anaknya.
BAHAN A:
2 1/2 cawan tepung superfine (all purpose flour)
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk koko (saya guna 1 sudu besar)
BAHAN B:
1 1/2 cawan minyak sayur @ mana2 minyak makan pun bole
*1 cawan buttermilk
2 biji telur (gred A)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:

1. Ayak Bahan A bersama, ketepikan sebentar.

2. Satukan dalam mangkuk lain Bahan B, lepas itu sebatikan guna whisk.

3. Tuangkan Bahan A ke dalam Bahan B, gunakan mixer dengan medium speed, gaulkan hingga sebati.

4. Selepas tu, tuang dalam 2 loyang 9" bulat @ 1 loyang sahaja, ikut mana2 yang anda rasa mudah.

5. Oven hendaklah dipanaskan dahulu 175 darjah celcius selama 10-15 minit & barulah bakar adunan tadi pada suhu sama selama 30-35 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing. Bila dah masak, keluarkan dari oven & biarkan sejuk sebelum kita hias cream cheese frosting atasnya.

BUTTERMILK

1 cawan susu + 1 sudu makan cuka, biar 10 minit.

CREAM CHEESE FROSTING

250 gm cream cheese

1 cawan gula aising

1 1/2 cawan butter

Satukan guna mixer medium speed sampai kembang 1x ganda.

################SELAMAT MENCOBA#####################

Friday, September 23, 2011

Resipi Cotton Soft Japanese Cheesecake

Dah lama tak masukkan resipi dalam blog, kali ini Cotton Soft Japanese Cheesecake menjadi pilihan kerana selain sponge cake & cheesecake yang ditempah oleh rakan2, alhamdulillah kek ni mendapat sambutan juga pada tahun ini. Pertama kali buat, saya teramatlah suka dengan rasanya, teksturnya. Yang bestnya, tekstur kek lebih lembut lagi dari sponge cake & mouth watery bila dimakan. Lebih2 lagi bila dihias dengan fresh cream atau just letak blueberry filling atasnya. Penggunaan jus lemon menambahkan lagi kesedapan kek ni. Resipi ni diperolehi dari Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com/). Katanya sumber resipi ni dari yang bernama ALMA.




BAHAN A:

250 gm cream cheese

50 gm butter

100 ml susu segar

(kalo takde bole guna susu cair yg telah ditambah sedikit air)

6 biji kuning telur

1 sudu besar jus lemon

1/4 sudu kecil garam

60 gm tepung kek / tepung superfine

20 gm tepung jagung

BAHAN B:

140 gm gula (granulated sugar)

6 biji putih telur

3/4 sudu kecil jus lemon

CARA MEMBUATNYA:


1. Adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon. Gaul sebati dgn spatula @ senduk kayu saja.




2. Adunan B: Dalam bekas yang lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Lepas tu tambahkan gula & pukul sampai bertanduk (soft peak).




3. Campurkan adunan B yang dah gebu tu ke dalam adunan A & gaul hingga sebati. Sediakan loyang bulat 8" (saya guna 9"), griskan bawahnya & tepi disalut dgn kertas baking.




4. Bakar dalam kira2 sejam 160 darjah celcius menggunakan cara double boiler @ bain-marie (steam bath).




SELAMAT MENCUBA.....

Monday, March 21, 2011

Resipi Kek Span & Buttercream

Untuk tatapan
...topping buttercream kat atas memang dibiarkan tak smooth....
Memandangkan lebihan buttercream untuk menghias kek tempahan pelanggan masih banyak lagi.....daripada dibazirkan begitu sahaja lebih baik buat kek span dua lapis, dua rasa iaitu perisa vanilla & coklat emulco. 6" je kek ni, itulah husband & anak2 berebut2 makan....kesian...Tengah kek disapukan buttercream jugak tapi ditambah dengan blueberry filling untuk tambah sedap kek. Mungkin itu yang buat anak2 suka....
Anyway, saya cuma nak kongsi resipi yang sering saya guna untuk kek span & buttercream. Sebenarnya banyak lagi dalam simpanan tapi saya lebih selesa guna yang ini.
KEK SPAN
(sumber dari internet, maaf tak ingat dari mana)
  • 280 gm sponge mix
  • 5 biji telur gred A
  • 60 gm air
  • 80 gm mentega cair / minyak masak
  • 1 sudu teh vanilla

CARA MEMBUATNYA:

1. Masukkan tepung sponge mix & telur ke dalam mangkuk adunan.

2. Pukul speed perlahan utk sebatikan telur & tepung, kemudian tukarkan speed maksima & pukul 5 minit hingga kembang.

3. Masukkan air & vanilla & pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat & gebu.

4. Masukkan minyak @ mentega cair & gaul perlahan2 dgn senduk @ whisk.

5. Griskan tin pembakar 9" & alas dgn kertas minyak & tuangkan adunan ke dlmnya.

6. Masukkan ke dlm ketuhar yg telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius & bakar selama 40-50 minit hingga masak.

Tips: Anda boleh menambah perisa kopi, pandan, strawberi, oren ke dalam adunan basic ini, jgn guna esen vanilla. Campurkan perisa pilihan anda dgn air dlm resipi ini.

RESIPI BUTTERCREAM

(sumber sifu Milla http://bakewithmilla.blogspot.com/)

300 gm shortening

200 gm krimwell

300 gm susu pekat

sedikit vanilla

Pukul shortening, krimwell sehingga kembang & putih. (5 minit cam tu). Masukkan vanilla, susu pekat & putar hingga sebati sahaja.

SELAMAT MENCUBA.....

Friday, February 4, 2011

Resipi

Walnut Carrot Cake (with cream cheese frosting)
Sumber Resipi : http://salamdariborneo.blogspot.com

First time makan kek ni di rumah Maria......sedap sangat. Jadi, resipi terus dapat dari blog beliau dan nak share bersama siapa sahaja yang ingin mencubanya.
BAHAN-BAHAN:
A
4 biji telur
3/4 cawan minyak jagung (emergency bole guna minyak makan)
350 gm gula halus

B
250 gm tepung gandum (tepung Hong Kong pun bole)
3/4 sudu kecil bicarbonate of soda - diayak
1 1/2 sudu kecil baking powder

C
400 - 420 gm lobak merah (diparut)
80 gm walnut (dicincang)

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul telur hingga pekat, masukkan gula & pukul lagi hingga kembang.
  2. Masuk minyak & pukul hingga rata.
  3. Masuk B ke dalam bahan adunan telur tadi.
  4. Akhir sekali masuk bahan C dan gaul sehingga sebati.
  5. Masuk dalam loyang, bakar ikut suhu oven masing2.
  6. Sejukkan dan hiaskan dengan Krim Keju.

KRIM KEJU

125 gm cream cheese, 50 gm mentega, 75 gm gula aising, 1 sudu besar pati oren (sunquick pun bole, tapi saya guna lemon paste)

CARA MEMBUATNYA:

Pukul keju hingga berkrim. Masukkan mentega, gula & pati oren pukul lagi hingga sebati. Hiaskan atas kek yang telah sejuk tadi.

Monday, April 12, 2010

Resipi Simple Banana Cake

Memandangkan stok pisang berangan masih banyak lagi yang telah dibeli di Pasar Tamu, Putatan, teringin pulak buat Kek Pisang untuk minum petang suami dan anak-anak. First time buat tu, pisangnya diblend, kali ini hanya dihancurkan menggunakan garpu. Hasilnya....




SIMPLE BANANA CAKE




A. 500 gm sponge cake mix


8 biji Telur (B)


Sedikit perasa pisang


B. 500 gm pisang berangan (dihancurkan)

C. 100 ml minyak masak




Cara:


1. Adunkan (A) hingga kembang. - High speed


2. Masuk (B) dalam (1) hingga sebati. - Medium speed

3. Akhir sekali masuk (C), adun hingga sebati. - Low speed

4. Masuk dough dalam acuan, hiaskan dengan walnut.


5. Bakar pada 180 C selama 25 minit pertama.