Showing posts with label Juadah Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Juadah Minum Petang. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

JUADAH MINUM PETANG

KEK MENTEGA TRADISI
 kek yang dah masak
sliced cake
Sebenarnya pelbagai kek mentega telah dicuba & di antaranya resipi ini menarik perhatian saya untuk mencubanya semenjak 2007 lagi.  Saya dapat resipi ni dari majalah Rasa keluaran September 2007 & kali pertama mencubanya pada tahun lepas untuk makan-makan sahaja bersama keluarga suami.  Kek ini beratnya lebih kurang 1.5 kg & very moist.  Sebenarnya saya kurang minat dengan kek yang terlalu lembab, sederhana je......anyway kena try dulu kalo nak tahu tekstur kek ni. 
BAHAN-BAHAN:
280 gm mentega
200 gm marjerin
40 gm krimwell
(jarang ada bahan ni dalam kek mentega)
15 gm susu tepung
280 gm gula kastor
8 biji telur gred A
380 gm tepung kek / superfine
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1.  Masukkan gula, mentega, marjerin & krimwell & garam, pukul kembang.
2.  Masuk telur satu persatu & pukul lagi hingga kembang.
3.  Masuk tepung & susu tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga sebati.
4. Masuk dalam loyang, bakar 170 C 35-40 minit @ sehingga masak.

Thursday, October 6, 2011

Juadah Minum Petang

Kek Span Pandan

sedia untuk dihidang.....

Kek yang baru keluar dari oven


Kek ni kita buat dua hari lepas 5 Oktober untuk juadah minum petang......suami & terutama sekali anak bongsu saya minat sangat dengan kek span asalkan takde krim atasnya. Kalau ada pasti kena buang dulu baru dimakannya......lain dari abang2nya walaupun guna fresh cream, dia akan menolak juga. Jadi uminya kena buat kek tambahan untuk buat dia happy & tak tertanya2 lagi...bila mau buat kek harijadi saya....walaupun dah lepas lama dah.....budak2 kan, manalah dia nak faham. Alhamdulillah, dapat resipi dari rakan blog http://aries08.blogspot.com/. Terima kasih banyak, menjadi kek saya ni, alhamdulillah.

KEK SPAN PANDAN


500 gm sponge mix

8 biji telur (gred A)

100 gm santan (saya guna krim santan dlm kotak je)

100 gm butter (dicairkan)-kalo takde bole guna minyak masak 120 ml

30 ml pandan paste (2 sudu makan)

1. Sponge mix, telur, santan - dipukul kembang & ringan.


2. Masuk butter cair, gaul sebati & akhir sekali pandan paste.


3. Bakar 150 darjah celcius (30-45 minit) ikut oven masing-masing.


4. Guna loyang 9"x9" / 10" bulat.

Tuesday, February 1, 2011

Juadah Minum Petang

Simple Lapis Roti Cheese (chilled)
Resipi ini saya dapat dari kakak ipar, Rogayah Hj Rabaiee dari Bandar Sri Aman. Ceritanya dia dapat dari saudara yang buat kenduri yang menghidangkan kek ini. Inilah kali pertama buat, tak menjadi sangat agaknya, perlu tanya kakak ipar lagi.... Walaupun tak berapa nak menjadi, masukkan juga dalam slot juadah minum petang. Anak-anak yang suka makan ni.....rasa manis masin roti cheese,
Bahan-bahannya:
A
5oo gm cream cheese philadelphia (saya guna Tatura yg ada dalam stok)
1/2 tin susu pekat (saya guna susu gold coin je-yg ada dalam stok)

B
Roti Cheese (jenama Khong Guan)
Cheddar Cheese (diparut)

Cara Membuatnya:
  1. Bahan A dipukul sampai berkrim (Bahagi 4 bahagian).
  2. Lapis pertama - susun roti dalam loyang spring foam atau "mousse ring" 7" diletak atas cake board (saya guna square 8" dilapik guna cake plastik je mcm yg lapik utk kuih talam tu.
  3. Lapik kedua - Masukkan a portion of Bahan A. Tabur cheddar cheese parut (Resipi asal hanya lapis terakhir saja, saya tabur setiap lapis)
  4. Ulangi proses 2 & 3 sampai habis.
  5. Akhir sekali, masuk dalam peti sejuk semalaman, barulah boleh dipotong.

Inilah hasilnya..........kena cuba lagi le ni.

Monday, May 24, 2010

Lagi...kek untuk juadah minum petang

CHOCOLATE MOIST CAKE

Semasa belajar kek bersama sifu Milla, kami dihidangkan Chocolate Moist Cake, yang sangat sedap. Selapas makan teringat2 macam orang gila bola. Tak tahan hati, sms sifu minta resipi. Sifu yang amat baik hati tak keberatan, pakai sms je resipi tu...oleh kerana demam buat kek menjadi2 ni...buat juga..hasilnya.....

Tq Milla, menjadi kek akak ni...seronok betul!!!! Hasil hari tu untuk minum petang & juga untuk Hari Guru...Anak-anak & guru pun happy dapat sama-sama merasakannya. sebahagian kek chocolate moist ini untuk anak bagi kat guru sempena Hari guru

Kek sebelum dituang topping coklat & taburan coklat rice

CHOCOLATE MOIST CAKE
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
3 biji telur (gred A)
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung (boleh gunakan marjerin / butter dicairkan-lebih enak lagi)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
Cara membuatnya:
1. Hancurkan gula dengan air panas atas api kecil sampai hancur.
2. Masukkan minyak, koko, susu pekat, gaul hingga sebati.
3. Bancuh telur dalam mangkuk berasingan hingga berbuih, tak payah guna mixer, sudu sudah memadai. Kemudian masukkan dalam adunan gula tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tepung, soda bicarbonate, baking powder sedikit demi sedikit, gaul sebati.
5. Masukkan dalam loyang & tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus pada air mendidih dengan api perlahan...selama 1 jam 30 minit.
RESIPI DARI BAKE WITH MILLA (Tq izinkan kak publish cni)

Saturday, May 22, 2010

Juadah Minum Petang

Ini adalah Kek Span dari resipi Noraini (http://resipinoraini.blogspot.com/) berperisa Yam. Tahun ini adalah paling sibuk mencuba pelbagai resipi span dari internet dan buku. At least buat sesuatu yang baru untuk peningkatan diri dalam bidang pembuatan kek & yang paling penting suami & anak2 gembira makan dari air tangan sendiri..alhamdulillah

Simple Banana Cake menjadi pilihan sekali kerana mudah & tak banyak kerenah, taburan Walnut menjadikan kek pisang lebih sedap lagi untuk dimakan.

Sapa ni? Permata hatiku...
Selingan kejap...si comel ingin posing pakai topi buatan kulit kayu