Showing posts with label Kek Lapis / Resipi. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis / Resipi. Show all posts

Saturday, April 24, 2010

Kek Lapis Masam Manis

Semalam saya terima tempahan Kek Lapis Masam Manis dari Sue Anne (http://travelborneotours.com/) untuk kenalannya pelancong dari luar negera untuk majlis Hari Jadi. Saya tak dapat nak ambil gambar kerana tiada kamera tapi rupanya.....sebiji seperti gambar di atas. Di atas permintaan kenalan Sue Anne kek tu tak ada deco kerana beliau mahu yang original...

Anyway untuk info, resipi ni saya ceduk dari saudara Rozzan (http://rozzan.blogspot.com/), tapi sedikit je perubahan kerana masih ada stok bahannya. Next, mungkin saya akan tambah tepung ais krim untuk rasa lebih lemaknya. Tak rugi mencuba sesuatu yang beza kan?... So, here's the resipi for you.


KEK LAPIS MASAM MANIS
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis (kecil)
50 gm jem raspberry (saya gunakan strawberry)
250 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
Secukup Haw Flakes (49 keping setiap lapisan merah)

CARA:

1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji2, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah, saja untuk ratakan bahannya atau boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masuk tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan rendah) atau dikacau hingga sebati.

4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna.

(a) Merah (saya guna merah jambu)
(b) Hijau (saya guna apple green)
(c) Kuning (saya biarkan plain saja)

5. Loyang 8" x 8" telah digunakan. Kalau nak kurang tebal boleh gunakan 9" x 9". Bakar berlapis-lapis plain, hijau, dan begitulah seterusnya sehingga habis. Susun haw flakes pada setiap lapisan merah atau mengikut kreativiti masing-masing.

"SELAMAT MENCUBA"

Saturday, April 10, 2010

Kek Lapis Chocolate Cheese


Sekali lagi ingin mencuba resipi "hot" ini, diceduk dari Nomie Cakes (http://keklapis.com/) serta mendapat izin untuk publish dalam blog KEK WARISAN BONDA. Untuk info rakan baik saya, Ayudi di Kuala Lumpur alhamdulillah mendapat banyak tempahan untuk kek ini sejak saya emel akhir Mac lepas. Jadi, worth juga mencuba resipi ni........

The first time buat, a little bit keras, after berbalas-balas emel dengan cifu Nomie Cakes, saya buat juga experimen ubah sedikit dari resipi asal (hanya gunakan 10 biji telur ayam, tak asingkan telur), tapi I think the small change was not successful & I decided to stick to the original recipe then. Anyway, saya turunkan resipi asal untuk tatapan peminat Kek Lapis. Dah bersedia............here it goes !!!!


KEK LAPIS CHOCOLATE CHEESE

Bahan A


12 biji kuning telur

6 biji putih telur

360 gm gula halus

300 gm tepung Hong Kong

2 sudu makan ovalette


Bahan B

Untuk Cheese

250 gm cream cheese

4 sudu makan susu pekat

1 sudu teh lemon paste


Untuk Coklat

250 gm butter

4 sudu makan susu pekat

150 gm cooking coklat - dicairkan

1 sudu makan coklat paste


CARA:

1. Pukul Bahan A sampai kembang. Bahagi 2 dengan berat yang sama. Cheese dipukul sehingga berkrim, begitu juga adunan untuk coklat. Butter & susu pekat manis dipukul putih. Masukkan ke dalam adunan A yang telah dibahagi 2 tadi. Coklat yang dicairkan tadi masukkan ke dalam adunan tadi dan akhir sekali masukkan coklat paste.

2. Sediakan loyang 9"x9"x3". Bakarkan adunan kek ini berlapis-lapis, coklat, cheese, coklat, cheese sampai habis.

3. Dah siap sejukkan dalam peti sejuk, biar semalaman, barulah dipotong.

NOTES:
Apabila guna mixer industri untuk mengadun Bahan A boleh dipukul sekali, kalau guna hand mixer, masuk tepung paling akhir.