Showing posts with label Cream Cheese Cake. Show all posts
Showing posts with label Cream Cheese Cake. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Kek Cream Cheese

Assalamualaikum & salam bahagia,
Apabila mula memasuki dunia baking, Kek Cream Cheese  adalah kek cheese kedua dipelajari melalui mulut sahaja melalui seorang rakan yang tinggal di Kuala Lumpur, bukannya attend kelas gitu. Belajar cara begini kita akan melalui proses trial & error kerana kita tak tahu hasilnya bagaimana.  Alhamdulillah walaupun masih banyak yang perlu dipelajari, ada jugak yang telah menempahnya.  Terima kasih ya.
 Dari E'in-untuk birthday husband katanya
- base menggunakan roti marie, mentega cair & almond nib
- bahan2 untuk kek cheese: cream cheese, mentega, gula & telur (agak ringkas, kan?)
- dibakar secara steam bath 
- dihias dengan blueberry filling, fresh cream & buah strawberi

Saturday, April 9, 2011

Cream Cheese Cake

Kek harijadi

Assalamualaikum,

Kali kedua menerima tempahan dari bekas teman sepejabat dulu. Beliau bersama suaminya tempah Cream Cheese Cake ini khas untuk harijadi seorang rakan pada 29 Mac lepas yang belum diupdate dalam blog. Alhamdulillah nampaknya kek cheese ini ada peminatnya sendiri. Deco atasnya blueberry filling & dihias dengan buttercream sekeliling. Cuma wording je tak berapa menyerlah, itu komen pelanggan, ya kan, asyik warna putih je......tukarlah warna lain nanti....insya Allah. Thank you Rosanah.