Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kek Lapis. Show all posts

Sunday, May 16, 2010

KEK LAPIS LAGI...

KEK LAPIS AISKRIM BLUEBERRY

Inilah kek lapis yang telah dipelajari dari kelas sifu Nina (http://nina-bakehouse.blogspot.com/). Cuma bezanya, saya telah menggunakan loyang bulat 8" sebab untuk makan diri sendiri & rakan2. Yang bestnya resipi ni menggunakan tepung aiskrim, horlicks & filling blueberry untuk disapu atas lapisan ungu...


KEK LAPIS EVERGREEN

Kali ini menggunakan resipi dari Dayang Kek Sarawak (http://dayangkek.blogspot.com/). Kek ini ditempah dari rakan ipar dari Tawau, Sabah. Keunikan rasanya disebabkan adunan santan & susu pekat yang memberi tekstur yang lembut & lembab.
KEK LAPIS MASAM MANIS
Seperti biasa resipi Rozzan menjadi pilihan (http://rozzan.blogspot.com/) Cuma kali ini saya gantikan warna rose pink untuk warna merah, apple green dan biarkan plain untuk lapisan ketiga. Kek ini juga ditempah oleh rakan ipar dari Tawau, Sabah. Terima kasih ye...

Saja-saja nak bagi chance kek berposing...he....he

Wednesday, March 10, 2010

Lagi...lagi Kek Lapis

Kek Lapis Strawberi

Resipi ni saya dapat dari buku Variasi Kek Lapis ditulis oleh Noraini Zakaria..sapa2 nak resipi belilah buku ni. Buku ni adalah buku pertama saya beli mengenai teknik membuat kek lapis dan saya bangga memilikinya kerana banyak petua dibagi untuk menghasilkan kek yang cantik dan sedap. Puan Noraini, you really inspire me to take a step to start making Kek Lapis. Tahun lalu, kek ini menjadi favourite kepada penggemar kek di Sabah. I'm happy I did fulfill one of my wish list to be able to bake Kek Warisan Bonda. Thanks to my mom, who also gave some tips and not forgetting my sister Norafiza staying in KL and Ayudi, a dearest friend whom I admire because she has a steady Kek Lapis business in KL too. I'm still a baby in this business, lots more to learn.......

Wednesday, March 3, 2010

PROMOSI KEK LAPIS SARAWAK

Lantaran minat yang mendalam untuk lebih mahir dalam membuat kek khususnya Kek Lapis Sarawak bulan Mac ini tercetuslah keinginan untuk memperkembangkan bakat membuat Kek Lapis Sarawak dan membuat promosi kecilan di kalangan rakan pejabat suami di Kota Kinabalu, cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekitar Putatan, Sabah. Walaupun masih baru dalam bidang ini, tetapi kita kena bermula dengan langkah pertama dan melihat bagaimana sambutan dan komen peminat Kek Lapis Sarawak kemudian. Dari situ, harapan agar Kek Lapis Sarawak diterima ramai dan langkah perkembangan seterusnya berlaku.

(1) KEK LAPIS MASAM MANIS
Menggunakan resipi Rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

sebelum dan selepas dipotong



(2) KEK LAPIS EVERGREEN

Kek ni amat bermakna kerana dapat resipi daripada orang lama di Kuching, Sarawak semasa balik cuti tahun lepas. Namanya makcik Lily, jiran yang tinggal di Kampung Malaysia Jaya, Petra Jaya semenjak 1978. She's a wonderful and nice lady. Terima kasih, makcik, you're such an inspiration! Kali pertama buat ikut resipi beliau. Seronok jugak kerana kek walaupun dibakar menggunakan oven letrik, ianya tidak menghampakan, tetap moist and soft.

sebelum dan selepas dipotong


(3) KEK LAPIS MILO DAN HORLICKS
menggunakan resipi dalam blog rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

Kek ni kali kedua dibuat tahun ni. Ist time untuk Kak Aisyah pada 24 Februari yang lalu khas untuk sambutan harijadi orang tersayang, cuma kek tak ada deko dan tak sempat tangkap gambar. Selepas dapat noozle dari cifu NINA (http://sweetlillykitchen.blogspot.com/), akan cuba buat kek lapis with deco. I think it would be a good try, see if it works later on. Anak-anak saya suka sangat kek ni, mungkin rasa milo dan horlicks kot. Budak-budak kan suka manis!

sebelum dan selepas dipotong


(4) KEK LAPIS ICE CREAM SODA

menggunakan resipi rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

Lebihan rasa esen ice cream soda menjadikan kek ini menjadi pilihan anak-anak dan sesiapa saja yang meminati pelbagai warna dalam adunan lapisan kek. Saya masih lagi dalam proses belajar dan diharapkan kek yang seterusnya akan lebih cantik lagi.


Tuesday, March 2, 2010

Kek Lapis Chocolate Cheese


Sebelum hadir kelas cupcake bersama Sweetlilly Kitchen,sempatlah mencuba resipi Kek Lapis Chocolate Cheese yg saya dapat dari website Nomie Cakes(http://www.keklapis.com). Saya suka rasa lapisan cheesenya yg menggunakan pasta lemon. Mencabar jugak buat kek ni, kerana lapisan pertama a little bit spoilt kerana loyang tak rata. Anyway, husband kata sedap, but kena improve on texture,tak moist. Sekarang ni tengah tunggu jawapan pakar (Nomie Cakes)kenapa kek jadi macam tu. Teruskan mencuba untuk dapat hasil yang baik.