Showing posts with label Sponge Cheese Cake. Show all posts
Showing posts with label Sponge Cheese Cake. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

TEMPAHAN SPONGE CHEESE CAKE

Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Dah lama tak update cerita, ada sedikit masalah dengan kamera....apa-apapun I'm back with the latest story from NeenaKekSarawak's kitchen.  Sepanjang saya berkecimpung dengan dunia baking2 ni, selain daripada CHOCOLATE MOIST CAKE, SPONGE CHEESE CAKE lah yang sentiasa mendapat tempat di hati rakan2, rakan2 fb & alhamdulillah sentiasa ada pelanggan baru yang telah diperkenalkan oleh pelanggan.  So kita layan beberapa gambar kek ditempah sepanjang November sehingga terkini.
 ....lantaran terlalu lama tak update tak ingat pulak sapa tempah ni....tq kpd yg mengode.
 kek harijadi anak sulung saya Muhammad Abdullah Firdaus - 16 tahun
- kek belated, takpe yang penting ada kek untuk meraikan anak
 tempahan....dari siapa....maaf tak ingat...
 ....tempahan...sama juga, tak ingat siapa menempahnya.
...hadiah untuk jiran sebelah.....baru berpindah Disember ni.

Monday, January 24, 2011

Juadah minum petang

Sponge Cheese Cake
Sponge Cheese Cake ni dah banyak kali buat tapi baru ada kesempatan untuk publish dalam blog. Ni salah satu kek favorite anak & suami. Kali ni buat untuk mak mertua bawa untuk ke program bacaan Yaasin beramai-ramai di rumah guru Al-Quran beliau. Ada komen memberangsangkan, alhamdulillah. Sesiapa nak cuba, dipersembahkan resipi seperti berikut:
Bahan-bahannya:
Kek Span (sumber : dari internet, tak ingat dari mana)
280 gm tepung sponge mix
5 biji telur (grade A)
60 gm air
80 gm mentega cair / minyak masak (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh vanilla
Cara membuatnya:
1. Pukul tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul speed perlahan untuk sebatikan telur dan tepung. Kemudian tukar speed maksima dan pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air dan vanilla & pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat & gebu.
4. Masukkan minyak @ mentega cair & gaul perlahan2 dgn senduk @ whisk.
5. Griskan tin pembakar 9" bulat @ 8" square & alas dgn kertas minyak & tuangkan adunan de dalamnya.
6. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius & bakar selama 50 minit hingga masak.
7. Setelah masak segera keluar dari loyang & tanggalkan kertas minyak.
Cream cheese topping-resipi dari (http://salamdariborneo.blogspot.com/):
Putar hingga sebati
65 gm philadelphia cream cheese (yang lain pun bole juga)
125 gm susu pekat
1 sudu besar susu cair (optional)
Hiasan:
65 gm cheddar cheese (diparut halus)
Last but not least, bila kek sejuk, curahkan cream cheese topping ke atas kek, ratakan & hiaskan dengan cheddar cheese yang telah diparut halus tadi.
Selamat mencuba....