Showing posts with label Kek Ulangtahun Perkahwinan/Walnut Carrot Cake. Show all posts
Showing posts with label Kek Ulangtahun Perkahwinan/Walnut Carrot Cake. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Kek Ulangtahun Perkahwinan

Assalamualaikum, lama rasanya tak bercerita dalam blog. 2 Jun yang lalu kita buat sedikit jamuan sempena Ulangtahun Perkahwinan ayah & mak yang ke 55 tahun....alhamdulillah. Saya amatlah bersyukur walapun di usia saya sendiri sedang menghampiri usia emas juga tapi masih mempunyai kedua ibu bapa. Adik saya Norafiza yang balik bercuti sempena cuti sekolah dengan waktu yang terbatas dengan pelbagai program, kesempatan meraikan kedua mak & ayah menyambut ulangtahun perkahwinan memang kita tunggu. Di antara lauknya, nasi minyak (kegemaran ayah), daging lembu masak hitam (antara dish favourite orang Sarawak), ayam masak kari, satay dll.

Semoga mak & ayah sentiasa sihat & dilindungi & dijaga oleh Allah s.w.t. serta dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Untuk tatapan teman2, dalam keseronokan ada juga berita sedihnya....mak kena ragut seminggu selepas tu. Alhamdulillah jiran kami yang ada bersama ketika itu sempat juga membantu melawan ckit2 tapi apakan daya tenaga wanita.....keduanya wargaemas. Alhamdulillah, kedua2nya tidak cedera. pelbagai hidangan...meriah juga...

Mak & ayah....masih romantik lagi....memotong kek....

Sponge Blueberry Cheese Cake.......air tangan NEENA

Saturday, January 1, 2011

Kek Ulangtahun Perkahwinan

Kek Lobak Merah Walnut (Cream Cheese Frosting)

cream cheese frosting diberi 2 warna, oren & warna asal

Inilah kali pertama buat kek anniversary perkahwinan untuk diri sendiri selepas 14 tahun ye...alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan kami berdua, sentiasa harmoni dalam melayari bahtera rumahtangga hingga akhir hayat, dikurniakan anak2 yang soleh solehhah, sentiasa dikurniakan kesihatan & rezeki yang berpanjangan...amin. Balik pada kek,nilah 1st time buat walnut carrot cake with cream cheese frosting, resipinya boleh jenguk link sahabat yg pernah tinggal sama di Putatan, Maria namanya (http://salamdariborneo.blogspot.com). Menurut Maria, kek ni adalah sangat popular di kalangan rakannya. Ya......memang sedap. Resipinya akan disiarkan kemudian setelah mendapat kebenaran tuanpunya ya. Thank you Maria.
Walaupun belum mahir lagi buat kek ni, saya amat gembira that my husband & children teramatlah suka dengan rasanya yang sedap. Sekurang2nya saya amat bersyukur dapat buat sesuatu untuk anniversary kami, alhamdulillah.