Saturday, April 24, 2010

Kek Lapis Masam Manis

Semalam saya terima tempahan Kek Lapis Masam Manis dari Sue Anne (http://travelborneotours.com/) untuk kenalannya pelancong dari luar negera untuk majlis Hari Jadi. Saya tak dapat nak ambil gambar kerana tiada kamera tapi rupanya.....sebiji seperti gambar di atas. Di atas permintaan kenalan Sue Anne kek tu tak ada deco kerana beliau mahu yang original...

Anyway untuk info, resipi ni saya ceduk dari saudara Rozzan (http://rozzan.blogspot.com/), tapi sedikit je perubahan kerana masih ada stok bahannya. Next, mungkin saya akan tambah tepung ais krim untuk rasa lebih lemaknya. Tak rugi mencuba sesuatu yang beza kan?... So, here's the resipi for you.


KEK LAPIS MASAM MANIS
10 biji telur
130 gm gula halus
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis (kecil)
50 gm jem raspberry (saya gunakan strawberry)
250 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
Secukup Haw Flakes (49 keping setiap lapisan merah)

CARA:

1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji2, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah, saja untuk ratakan bahannya atau boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masuk tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan rendah) atau dikacau hingga sebati.

4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna.

(a) Merah (saya guna merah jambu)
(b) Hijau (saya guna apple green)
(c) Kuning (saya biarkan plain saja)

5. Loyang 8" x 8" telah digunakan. Kalau nak kurang tebal boleh gunakan 9" x 9". Bakar berlapis-lapis plain, hijau, dan begitulah seterusnya sehingga habis. Susun haw flakes pada setiap lapisan merah atau mengikut kreativiti masing-masing.

"SELAMAT MENCUBA"

7 comments:

  1. sungguh sodap kek lapis sarawak tokk, ;-)

    salamm,

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, kena baca doa dulu & banyakkan selawat bila buat kek ni, advise sifu mood mesti baik punya bila buat kek utk client, mesti aura yg positif, I believe they'll come back for more..tq 4 d compliment..do give it a try, just call or sms 016-5790871.

    ReplyDelete
  3. kak neena, nanti nomie nak cuba resipi kek lapis ni..selama ni buat yang sponge cake method je..thanks for the recipe.

    ReplyDelete
  4. Nomie, kek ni byk versi. Kak ada satu rspi ada tmbhn tepung aiskrim, agaknya mesti sedap ya..kak belum cuba lg. Versi mak saya lain lg..nanti kak publish dlm blog. Kak buat dulu, kemudian Nomie boleh komen..

    ReplyDelete
  5. Assalam sis..mau tanya tepung hong kong tu mcm mana ya? Bleh gantikan dengan tepung lain tak?

    ReplyDelete
  6. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...1st time wat guna resepi nie, menjadi..... minta halal dunia akhirat ye...dh buat br nak minta izin...

    ReplyDelete