Sunday, November 24, 2013

VANILLA CUPCAKES

 baru keluar oven
 dihias dengan buttercream sahaja
Assalamualaikum, salam bahagia & selamat bersua kembali melalui laman yang banyak memberi makna dalam kehidupan saya sejak mengenali alam siber ini.......
Alhamdulillah, walaupun hampir setengah tahun laman ini bersawang.......ianya tidak menjadi batu penghalang untuk terus berkarya melalui laman blog yang amat2 dirindui.....tiada alasan yang teramat serius untuk menyepi diri, hanyalah tiada "disiplin" yang menjadi penyebab utama......I need to change my attitude to be a better person to myself, family & most of all to Allah s.w.t.  Mudah-mudahan Allah s.w.t. sentiasa memberi ruang & peluang untuk saya menjadi hamba yang lebih baik untuk redhaNya di dunia & akhirat.....amin. 
Apa yang ada untuk hari ini......untuk peminat blog saya....just a very simple Vanilla cupcake recipe.... Mungkin rakan2 baker dah jauh ke depan, anyway just untuk memanaskan oven kali ini, here it goes......

VANILLA CUPCAKE
Sumber : dari internet (maaf lupa buat catatan)

Bahan-bahannya:
180 gm gula kastor
185 tepung superfine
6 biji telur
1 sudu besar ovalet
40 gm minyak jagung
1 sudu besar esen vanilla

Cara membuatnya: 
1.  Pukul telur, ovalet & gula hingga betul2 kembang & pekat.
2.  Masuk tepung, esen, pukul lagi sehingga sebati.  
3.  Akhir sekali, masuk minyak jagung & kuar guna spatula @ senduk, kaup balikkan adunan sehingga sebati.
4.  Tuang dalam cawan, bakar selama lebih kurang 15 minit @ sehingga masak, ikut oven masing2 ya....pada suhu 170C.
5.  Bila dah masak, hias ikut kreativiti masing2.
Nota:  cupcake di atas adalah tempahan dari adik ipar abang saya Bibi Aisyah Rabaie untuk program Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri lalu.  Tq ya.  Jangan serik.... 

Tuesday, June 18, 2013

BINGKA CHEESE


Assalamualaikum, 
Ramai yang melayari blog bertanyakan tentang resipi Bingka Cheese yang menjadi bingka 'hot' di beberapa tempat di Sarawak satu ketika dulu.  Resipi ni very special kerana bingka pertama saya buat & menjadi pulak tu, alhamdulillah, tq once again to my sifu on phone Ayudi. Di sini saya bentangkan resipi dari rakan blog http://sue-hasue.blogspot.com.

 Bingka Cheese Sarawak

Bahan A:
1 peket agar2 cap ros (13g)
3 cawan air
1 cawan gula pasir

Bahan B

250g mentega
250 cream cheese Philadelphia
½ tin susu pekat manis(jika ingin kurang manis,guna krimmer pekat pun ok) saiz medium
1 ½ cawan tepung hong kong - saya guna tepung gandum
3 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla/jus lemon (saya omit ni)

Cara membuatnya:

1. Bahan A dimasak sehingga mendidih dan ketepikan buat seketika. (saya buat step ni paling last)
2. Pukul telur ayam sehingga kembang.
3. Masukkan mentega dan susu pekat manis. Pukul rata
4. Masukkan tepung,cream cheese,esen vanila dan pukul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan agar-agar (yang masih panas) sambil dipukul laju.
6. Tapis adunan ke dalam loyang dan bakar didalam oven yg sudah dipanaskan pada suhu 175c selama satu jam atau sehingga masak(bergantung pada jenis oven). 


Note  :  Saya bakar cara "steam-bath" 150 C selama 1 jam 15 minit guna api atas & bawah.  Lima minit terakhir guna api atas sahaja.
Sebelum memotong, masuk peti sejuk dahulu beberapa jam ya.




SELAMAT MENCUBA..... 

Sunday, June 16, 2013

Biskut Night Dome

Assalamualaikum,
Kita sekarang di ambang bulan Ramadhan kurang dari sebulan lagi & sana sini dalam fb diiklankan  perniagaan biskut & kek dari usahawan2 yang dah lama dalam pasaran & tidak lupa yang masih baru lagi setahun jagung seperti saya ini.  Alhamdulillah Jumaat lepas, puasa sudah diqada'kan selama 5 hari berturut2.   
Tidak dapat dinafikan persaingan perniagaan biskut di Sarawak amat sihat, menggalakkan & sejak 2 tahun lepas sentiasa ada resipi baru untuk diterokai termasuk resipi Biskut Night Dome ni.....agak ganjil namanya, bahan2 tidak jauh dari Biskut Snow Almond yang diketengahkan sebelum ini.  Memang tak jauh beza ya, bila dimakan je baru tau beza rasanya je.....Tq kepada Kak As untuk resipi ni.
Sumber resipi  :  Kak As (sifu dari Sabah)
Sumber asal  :  Sham's Homemade Cakes & Cookies

BAHAN-BAHAN: 
250 gm butter
100 gm gula perang 
350 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm tepung kastad
1 biji telur
1 sudu teh orange paste/lemon paste
HIASAN  :  Coklat masakan, breadcrumbs kuning & putih (asal putih je)

CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul butter, gula, kuning telur, orange paste sekadar rata sahaja.
2.  Masukkan tepung gandum, tepung jagung & tepung kastad sekadar rata sahaja, terap dengan acuan pilihan (saya guna yg square je) & bakar.
3.  Bila dah sejuk, celup dalam coklat masakan & golek cepat2 dalam breadcrumbs.  Bila dah keras, simpan dalam bekas air tight.
TIP:  1.  Biskut jangan gaul lama, nanti jadi terlalu rapuh.
2.  Pukul 2-3 minit, uli dengan tangan jadikan doh.

SELAMAT MENCUBA

Friday, June 14, 2013

TEMPAHAN

 CHOCOLATE MOIST CAKE
- hiasan  :  buttercream
- ditempah oleh Azie dari Melaka
KEK LAPIS INDIA (COKLAT CADBURY)
- ditempah oleh Bok Sah utk anak saudaranya

Monday, June 10, 2013

Biskut Snow Almond

Assalamualaikum & salam bahagia,
Musim perayaan dah tiba.....selain memikirkan melakukan ibadah dengan jayanya bermulalah iklan sana sini mempromosikan pelbagai barangan untuk mencari pendapatan lebih termasuklah yang berniaga kek & biskut.   Just untuk share dengan teman2, biskut ni sebenarnya satu ketika dulu amat popular di Semenanjung tapi belum lagi mendapat tempat di Sarawak.  Last year kita buat market test, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan sehingga ada yang agak keciwa kerana dah kesuntukan masa untuk menyiapkannya.  Sumber resipi dari Kak Asmah, sifu yang tinggal di Sabah.

BAHAN-BAHAN:
250 gm butter
100 gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh pasta oren
30 gm tepung kastad 
60 gm tepung jagung
350 gm tepung gandum
100 gm serbuk badam
1/2 sudu teh emplex
HIASAN  :  Cooking chocolate & kelapa kering

CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul butter, gula, kuning telur, pasta oren sekadar rata.
2.  Masukkan tepung kastad, tepung jagung, emplex & tepung gandum.  Gaul sekadar rata @ sebati.
3.  Terap guna acuan square @ rectangular @ ikut citarasa masing2 bakar hingga masak ikut oven masing2.
4.  Bila dah masak, celup dalam cooking chocolate & golekkan dalam kelapa kering.  Simpanlah dalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA......

Wednesday, June 5, 2013

Biskut baru 2013

 Biskut Mellow Brownies
 Biskut Luscious Hazelnut Oat
  Biskut Frambozen Kenari
  Tapau.....

Assalamualaikum & salam bahagia
3 biskut terbaru yang dipelajari dari kelas anjuran Akademi Ria Matang bersama chef Rashid Hassan.  Semua biskut ni sedap......yummy......Kalo ada nak tempah untuk Raya ni, bole buat demikian, sila sms @ just call me 014-5841869.

Saturday, June 1, 2013

Tat Telur


 Setelah sekian lama barulah ada kekuatan untuk mengambil tempahan Tat Telur buat pertama kalinya untuk  sahabat lama Kamariah. 

Sumber resipi : pastrinya dari buku Puan Hajjah Noraini, filling dari sifu Nina Mahdar.  Next kita akan ketengahkan resipi Tat Cheese Bluberry pulak, insyaa Allah.

Bahan-pastri:

450 gm tepung gandum

250 gm mentega

100 gm gula kastor

1 biji telur

2 sudu teh air

1 sudu teh vanilla

Cara membuat:

1.  Putar mentega, gula & esen vanilla hingga kembang.  Masukkan telur & air. Putar lagi hingga adunan berkrim.

2.  Kemudian masukkan tepung gandum & kacau rata hingga menjadi doh.

3.  Tekan sedikit doh dalam acuan tat & bakar selama 20 minit sehingga masak.

Inti telur

200 gm fresh milk / susu cair

4 biji telur (grade B)

140 gula kastor

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu makan tepung jagung

Pewarna kuning

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan & pukul guna whisk, tapis.  Masukkan dalam acuan tat,bakar selama 10 minit pada suhu 170 darjah celcius @ sehingga masak.

SELAMAT MENCUBA.....

Saturday, May 11, 2013

Tempahan-Chocolate Moist Cake

 Tempahan dari sepupu, Hartini Zaidi
Tempahan dari Azie, Melaka

Assalamualaikum & salam bahagia,
Alhamdulillah, kek ini sentiasa menjadi kek diminati oleh pelanggan lama & terbaru dari Azie yang tinggal di Melaka.  Kek tempahan pertama beliau berbentuk Love khas ditempah untuk seorang teman istimewa, katanya yang tinggal di Kuching, Sarawak.  Thank you Azie.  Looking forward for your next order in future.

Monday, May 6, 2013

Kelas Kek Continental

 Red Velvet Cake
 Butterscotch Cheese Cake
Indulgence Chocolate Cake
Alhamdulillah, 9 Februari 2013 lalu, sekali lagi saya hadir ke kelas Chef Rashid Hassan untuk belajar Kek Continental. Dah lama sangat nak belajar kek ni, ramai di kalangan rakan2 blogger & fb kata kek ni sedap & tentunya saya tak nak ketinggalan.....tq Chef di atas tunjuk ajar anda.  Ketiga-tiga kek memang yummy.......my favourite of course Indulgence Chocolate Cake.  So this year, bertambahlah resipi kek untuk birthday anak-anak.  Saya puas hati sangat, mudah-mudahan boleh menjana pendapatan di masa hadapan. 

Saturday, May 4, 2013

TAT NENAS GULUNG

 ready untuk dihantar kepada pelanggan
Assalamualaikum & salam bahagia,
gambar ni dah lama kita upload dalam facebook, alhamdulillah baru nak paparkan dalam blog bersama dengan resipinya.  Sumber resipi dari buku Citarasa Biskut Popular tulisan Puan Hajjah Noraini Zakaria (http://resipinoraini.blogspot.com).  Untuk makluman inilah antara biskut paling popular sempena Raya 2012 & insyaa Allah masih lagi sehingga kini.  Tat Nenas dalam gambar di atas ditempah oleh rakan adik ipar, terima kasih.  Kita teruskan dengan resipinya ya....
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastad
20 gm susu tepung
30 gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem nenas

UNTUK GLIS:
1 biji kuning telur
1 sudu kecil air
sedikit pewarna kuning telur

CARA MEMBUATNYA:
1.  Mentega, gula & garam dipukul hingga kembang.  Masukkan telur & esen vanila & pukul sebati.
2.  Tepung gandum diayak bersama tepung kastad, serbuk penaik & susu tepung.
3.  Gaulkan campuran tepung bersama adunan mentega hingga menjadi adunan yang lembut (agak lembik).
4. Sediakan acuan semperit.  Masukkan adunan ke dalam acuan & tekan di atas sehelai plastik.  Pastikan corak yang berjalur terletak di bahagian bawah.
5.  Potong sepanjang 2 inci-3 inci.  Bulatkan jem nenas & letakkan di bahagian pangkal.  Gulung adunan tersebut.  Susun atas dulang pembakar.  Buatlah cara yang sama sehingga semua adunan habis.
6.  Untuk menyapu glis pada biskut, ambil satu biji kuning telur & campurkan dengan 1 sudu kecil air & pewarna kuning telur.
7.  Dengan menggunakan berus pastri, sapukan pada permukaan biskut.  Sapu perlahan-lahan supaya corak jalur tidak terjejas.
8.  Bakar selama 20 minit @ sehingga masak mengikut oven masing2.  Sejukkan sebelum disimpan.

Thursday, April 25, 2013

CHOCOLATE MOIST CUPCAKES



Assalamualaikum & salam bahagia,
kebiasaannya  tempahan untuk Chocolate Moist Cupcake adalah jenis kukus tapi kali ni yang baked punya.  Sumber resipi kali ni dari sifu Nina Mahdar pada tahun 2010 yang lalu. Tq so much sifu.  Sapa nak mencuba, silakan ya.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan butter (250 gm)
2 cawan gula (360 gm )
4 biji telur grade B
2 cawan tepung gandum (320 gm)
1 sudu teh baking powder
PASTE:
3/4 cawan air suam
1 cawan serbuk koko (80 gm-100 gm)
Nescafe - optional ( saya guna 1 sudu teh je)
CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul butter & gula hingga kembang.  Masuk telur sebiji demi sebiji.
2.  Masukkan tepung & bahan kering lain.  Tuang paste & putar hingga sebati.
3.  Masuk dalam cawan & bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 20-25 minit @ sehingga masak, ikut oven masing2.
4.  Hias ikut kreativiti masing2.
Nota :  Resipi ini bole juga untuk 1 kek besar ukuran 8"x8", cuma bezanya sukatan air kita gunakan 1 cawan.

SELAMAT MENCUBA.

Sunday, April 21, 2013

Happy Birthday Muhammad Haziq

 Soft Japanese Cotton Cheesecake
- dihias dengan freshcream, blueberry filling & buah pic.
 Ha....anak bujangku yang ke4- Muhammad Haziq Jahran
 rupanya setelah dingap....
Gambar2 kek harijadi anak kelima Muhammad Haziq di atas dah lama simpan tapi tertinggal untuk diupdate dalam blog.  Hari tu kita buat Soft Japanese Cotton Cheesecake untuk harijadinya yang ke 11 tahun.  Walaupun belated tapi will not be missed.  

Friday, April 19, 2013

Harijadi Muhammad Hamzah

my youngest dah 7 tahun (08.01.2013)
 senyumanmu menyejukkan hati umi.......
sliced cake....belum perfect lagi
Alhamdulillah pejam celik anak bongsuku dah 7 tahun januari lepas.  Anak minta kek sebiji seperti kek anniversary umi & abahnya. Umi buat Sponge Almond Cake sebab takda stok ground hazelnut......yg ada serbuk almond. As a mom, kita rasa seronok sangat bila anak tersenyum2 je bila dapat kek & hadiah. Senyuman anak bole menyejukkan hati walaupun dalam apa keadaan sekalipun.  Alhamdulillah he's very happy.....

Friday, March 8, 2013

KELAS WESTERN FOOD

Assalamualaikum & salam bahagia,
Inilah saja kelas yang dihadiri pada tahun lepas bersama Chef Rashid Hassan, Kelas Western Food.  Dah lama nak ikut kelas ni memandangkan anak2 suka sangat makan Western Food di Pizza Hut, cuma uminya saja belum lagi mencubanya.  Alhamdulillah, kelas ni banyak manfaatnya kerana ada juga rakan2 telah menempah untuk "small party".  Thank you ya....  Mudah-mudahan dengan pertambahan ilmu akan memberi lebih manfaat untuk meningkatkan pendapatan keluarga, insya Allah.
 Shepherd Pie
 Garlic Bread-menunggu utk dibakar
 Shepherd Pie
 Garlic bread - dah masak
Beef Lasagna
 Beef Lasagna - dipotong
Garlic Bread - dipotong & disapu mentega 
& ditabur daun parsley.  Memang sedap.... 
Yang termiss gambar Mushroom soup

Tuesday, March 5, 2013

HAZELNUT CAKE

Assalamualaikum & salam bahagia,
Alhamdulillah, 31 Disember 2012 yang lalu genaplah 17 tahun usia perkahwinan kami.  Kalo ikut kalendar Islam adalah pada 9 Syaaban......anyway syukur ke hadrat Illahi kerana telah mengurniakan kami 6 cahayamata berumur antara 7 - 17 tahun.  Mudah-mudahan perkahwinan kami sentiasa diberkati, dirahmati & mendapat keredhaan Allah s.w.t.....Amin.  Pilihan kek kami pada tahun ini ialah HAZELNUT CAKE (dihias dengan fresh cream ditambah strawberry paste & pewarna pink).  Resipinya saya dapat dari Mrs. Nancy Lim School of Cooking & Baking pada tahun 2010 di Sabah.  Setelah 2 tahun belajar barulah ada kesempatan mencubanya.....
 .....dah potong.......
 ............full picture..........
......at a different angle......
Bahan A:
6 biji kuning telur
5 oz tepung Sponge Mix @ Optima Mix
3 oz Tepung kek
1 oz tepung jagung
4 oz minyak jagung
4 oz air
4 oz ground Hazelnut
1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B:
6 biji telur putih
1/2 sudu teh cream of tartar
3 oz gula kastor

CARA MEMBUATNYA:
1.  Campurkan bahan A, guna spatula @ senduk kayu sahaja.  Gaul rata & sebati.
2.  Dalam mangkuk yang lain, pukul putih telur bersama cream of tartar selama lebih kurang 1 minit.  Kemudian masukkan gula, pukul lagi sehingga stiff peak.
3.   Kemudian campurkan kedua2 adunan A & B secara kaup balik, masukkan dalam loyang bulat 11" & bakar selama 45-50 minit ikut oven masing-masing, suhunya 150 darjah celcius.
4.  Hias ikut kreativiti masing2.  Saya guna fresh cream dicampur dengan strawberry paste & sedikit warna kalas (pink).
SELAMAT MENCUBA.....

Sunday, February 24, 2013

Kek Cream Cheese

Assalamualaikum & salam bahagia,
Apabila mula memasuki dunia baking, Kek Cream Cheese  adalah kek cheese kedua dipelajari melalui mulut sahaja melalui seorang rakan yang tinggal di Kuala Lumpur, bukannya attend kelas gitu. Belajar cara begini kita akan melalui proses trial & error kerana kita tak tahu hasilnya bagaimana.  Alhamdulillah walaupun masih banyak yang perlu dipelajari, ada jugak yang telah menempahnya.  Terima kasih ya.
 Dari E'in-untuk birthday husband katanya
- base menggunakan roti marie, mentega cair & almond nib
- bahan2 untuk kek cheese: cream cheese, mentega, gula & telur (agak ringkas, kan?)
- dibakar secara steam bath 
- dihias dengan blueberry filling, fresh cream & buah strawberi

Monday, February 11, 2013

Tempahan Nov - Dis 2012

Assalamualaikum & selamat sejahtera.  Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan bangsa Cina.  Dah masuk Februari ni, barulah dapat update, disebabkan line telefon yang baru pulih setelah sekian lama mengalami kerosakan.   Anyway, kali ni kita cuma nak update beberapa kek yang telah ditempah oleh sepanjang November - Disember 2012.  Sponge Cheese Cake &  Chocolate Moist Cake masih lagi menjadi pilihan, alhamdulillah.  Tq semua.
 Chocolate Moist Cake 
 Chocolate Moist Cake - dihias dgn edible image
-ditempah oleh bekas rakan sepejabat Zahira Zainal untuk harijadi anaknya Firwan.
 Kek Lapis Cheese
-ditempah oleh Ustaz Salleh, kata beliau untuk dihadiahkan kepada tetamu
yang mengunjungi rumah anak yatim, Kuching Sarawak
 Kek Lapis Evergreen
-ditempah oleh Ustaz Salleh
 Bingka Cheese
Chocolate Moist Cake
- ditempah oleh Puan Ratna, salah seorang pelanggan setia saya. Tq.