Showing posts with label Kek Cheese. Show all posts
Showing posts with label Kek Cheese. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

Kelas Kek Cheese bersama Chef Rashid Hassan

Sekali lagi hadir ke kelas bersama Chef Rashid Hassan pada 9 April 2011. Sebenarnya saya teruja sangat nak belajar kek Cheese kerana banyak peluang terlepas sebelum ini semasa duduk di Sabah. Chef telah demo 4 kek cheese iaitu Kek Cheese Tiramisu, Kek Cheese Span Blueberry, Kek Cheese Oreo & Kek Cheese Durian. Selain itu, dapat beberapa resipi bonus dari Chef.....Cuma yang sedihnya lupa nak bawa kamera...

So, dalam dua minggu cuba buat sendiri & inilah hasilnya......tq chef. Dah boleh ambil tempahan le....sapa2 nak ode bole colling2 ya 016-5790871.


Kek Keju Tiramisu Kek yang telah dipotong....utk juadah minum petang famili. Anak2 & suami amat menyukai kek ni kerana ada rasa blueberry cheese & yang istimewanya rasa cuppicino yg telah direnjis atas lapisan kek span tu.


Kek Keju Tiramisu - belum dipotong. Kek Cheese Span Blueberry Toppingnya menggunakan cream cheese frosting & cheddar cheese yang telah diparut. Tengah kek menggunakan blueberry filling + sebahagian cream cheese frosting..... 2 lagi kek akan diupload kemudian...tunggu...