Thursday, January 20, 2011

Kek Harijadi Anak

Happy Birthday to Muhammad Hamzah
5 years, 8 Januari 2011
Inilah kek harijadi pertama untuk tahun 2011 untuk anak. Kek Span Coklat, resipinya boleh diperoleh dari buku sifu Noraini Zakaria.
Kek Span Coklat yang menunggu untuk deko
Ini dia, buah hatiku....seronok dgn keknya. Kek sepatutnya guna fresh cream coklat, malangnya tersalah beli, terpaksa guna apa je yang ada, jadilah kek dihias dengan whipping cream yang telah dibeat tapi cair (tak bole bentuk) + coklat ganache pekat. Di tepi kek tabur sedikit coklat rice dan coklat cadbury perisa strawberry yogurt. Alhamdulillah......jadi jugak tapi anak masih nak umi dia buat kek ada gambar cicakman....tunggu umi tak busy ya nak...
......bersama kakaknya Qurratu'aini Majdah

.....kek yang telah dipotong...macamana, okay tak gambar saya ambil ni? Alhamdulillah, at least nampak juga hasil air tangan umi ya....

Thursday, January 6, 2011

Oven Serikin (Oven Kek Lapis)

Promosi Oven Serikin

Oven ini banyak istimewanya terutama kepada pembuat kek lapis di mana sahaja.
* Boleh muat 2 atau 4 loyang bergantung kepada saiz oven
* Menggunakan gas sebagai bahan bakar (lebih jimat)
* Jimat masa (satu2 masa boleh bakar 2 atau 4 kek lapis sekaligus)
Lain-lain:
* Tingkat atas boleh kita bakar kek, biskut dll.
Sekiranya ingin memperkembangkan business atau hanya untuk kegunaan sendiri, boleh pertimbangkan untuk dapatkan sebuah. Boleh didapati dalam 2 saiz
KECIL
Panjang - 24", Lebar - 17", Tinggi - 22"
BESAR
Panjang - 28", Lebar - 22", Tinggi - 24"
Tempahan adalah terbuka kepada "serious buyer" sahaja.
Penghantaran adalah melalui pos berdaftar atau poslaju mengikut pilihan pelanggan selepas pembayaran dibuat.
Penghantaran akan dibuat dalam masa 1 - 2 minggu.
Untuk maklumat harga boleh sms @ call
016-5790871, 082-610720 atau emel saya neenahapiza@yahoo.com
Pembayaran adalah 100% tunai melalui akaun bank saya yang akan saya sms kepada bakal pembeli nanti.

Saturday, January 1, 2011

Kek Ulangtahun Perkahwinan

Kek Lobak Merah Walnut (Cream Cheese Frosting)

cream cheese frosting diberi 2 warna, oren & warna asal

Inilah kali pertama buat kek anniversary perkahwinan untuk diri sendiri selepas 14 tahun ye...alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan kami berdua, sentiasa harmoni dalam melayari bahtera rumahtangga hingga akhir hayat, dikurniakan anak2 yang soleh solehhah, sentiasa dikurniakan kesihatan & rezeki yang berpanjangan...amin. Balik pada kek,nilah 1st time buat walnut carrot cake with cream cheese frosting, resipinya boleh jenguk link sahabat yg pernah tinggal sama di Putatan, Maria namanya (http://salamdariborneo.blogspot.com). Menurut Maria, kek ni adalah sangat popular di kalangan rakannya. Ya......memang sedap. Resipinya akan disiarkan kemudian setelah mendapat kebenaran tuanpunya ya. Thank you Maria.
Walaupun belum mahir lagi buat kek ni, saya amat gembira that my husband & children teramatlah suka dengan rasanya yang sedap. Sekurang2nya saya amat bersyukur dapat buat sesuatu untuk anniversary kami, alhamdulillah.

Friday, December 31, 2010

Kelas Deko Barbie Doll Cake

Kelas Deco Barbie Doll Cake adalah kelas terakhir saya bersama sifu Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com/) sebelum berangkat ke Kuching, Sarawak 27 November lepas. Sebelum ini memang teringin sangat nak pandai buat deco barbie doll. Alhamdulillah tercapai juga hajat. Keknya adalah chocolate moist cake dihiasi dgn buttercream. Once again thank you Milla for being a very good teacher. Seminggu sebelum belajar deco ni, sempat juga saya belajar Talam Tokyo & Custard Layered Cake bersama dengan sifu Kak As yang tinggal di apartment universiti tapi since tak bawa kamera tak dapatlah publish dlm ni. Anyway once dapat gambar dari Kak As, belated je lah. Pengalaman bersama Kak As was so wonderful too, dihidangnya kuih kosoi, makan tengahari yg istimewa sangat. Thank you so much Kak As, you are really so kind hearted. Tak tahu bila lagi akan berjumpa Milla & Kak As ya...I will miss Sabah so much.


Staying kat Sabah really banyak mengajar erti persahabatan, I really make a lot of friends through baking classes, observe perserverence people working hard to support their family (foreigners) & paling ketara budaya yang mereka adopt. Saya akan rindu Putatan, pantainya, Giant & Survey tempat shopping tiap bulan, pelanggan yang banyak beri dorongan & keyakinan yang saya boleh juga berjaya dalam bidang baking ni.



Insya Allah untuk masa-masa akan datang sekiranya warga Sabah teringin nak buat tempahan Kek Lapis Sarawak bolehlah buat on line ya. Just call 016-5790871 atau 082-610720. Kosnya akan bertambah sedikit kerana semua tempahan akan diposlajukan.



Kepada sesiapa nak buat tempahan oven harga baru akan diberitahu paling lewat pertengahan Januari 2011.

Friday, November 19, 2010

MENITI USIA SETAHUN

Bukanlah satu perkara yang mudah apabila melahirkan seorang bayi yang memerlukan penjagaan yang rapi, teliti dan sebagainya. Apabila suami diarah berpindah ke Kota Kinabalu Sabah pelbagai perasaan yang timbul seumpama seekor rama-rama yang keluar dari kepompongnya untuk menjalani satu kehidupan yang serba baru. Tak pernah terlintas di hati akan berjauhan dengan ayahbonda, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan sekerja. Walaubagaimanapun satu keputusan telah dibuat untuk bersama suami di mana sahaja beliau berada & memberi sokongan dalam bidang pekerjaan sekarang. No more working mom, but stay at home mom, full time housewife.


Bukan mudah untuk memulakan satu perkara yang baru setelah 18 tahun bekerja. For nearly 2 years tak buat apa-apa, finally tahun lepas timbul keinginan untuk buat sesuatu yang dah lama ditinggalkan iaitu buat KEK.......Sebelum itu, saya suka sangat beli majalah RASA, I think I became a strong fan of RASA but never try any of the recipes. I just love the food pictures being taken in it....amazing!!! 2009 is the beginning of a journey to the world of baking plus the the birth of http://neenakeksarawak.blogspot.com/. Disember 2009 a month to remember, class with Mrs Lim from Mrs Lim School of Baking & Cooking class for a 3 days course of Kek Lapis Kukus (9 recipes). Sangat teruja but....the funny thing is belum mencuba any of her recipes.....pelik kan? Next year....ini akan masuk dalam "wish list" because all of her recipes sedap & mudah.


From Kek Lapis to cakes decoration with sifu Nina (http://sweetlilly.blogspot.com/). Sebagai newcomer, it was not as expected dek kerana ramai student belajar that day, I'm a little bit lost & my decoration was not as expected. Pegang noozle pun takut, it's all so new to me.

Anyway, it does not stop me attending more classes after that. Tiada noktahnya mencari ilmu & memperkembangkan bakat. What I need now is to awaken the giant within to explore more of my potential in future. There's no limit to it. Just take action.....just do it!!!!!!!!

Thursday, October 7, 2010

Kek Lapis & Chocolate Moist Cake


Chocolate Moist Cake Chocolate Moist Cake ini menjadi pilihan adik saya Siti Mariam untuk anaknya Muhammad Hakim untuk harijadi ke 5 tahun. Selain topping coklat, atasnya ditabur coklat cadbury dairy milk yang diparut dan chocolate rice di tepi. Alhamdulillah, tahun ni semenjak mendapat resipi dari Mylla (http://bakewithmilla.blogspot.com/) telah menjadi kek pilihan keluarga saya & beberapa pelanggan setia di daerah Putatan. I love the taste, everytime masuk mulut pasti nak...nak lagi. Pendek kata, tak jemu buat & makan. Once again, thank you Mylla, semoga rezeki tak putus2.



KEK LAPIS PUDINA CHOCATE CHIP Resipi ini saya dapat dari buku Dayang Kek Sarawak, Asas Kek Lapis. Selain dari adunan asas, kek ini ditambah dengan perisa peppermint untuk lapisan warna hijau & biru, manakala yang plain ditabur chocolate chip. Saya suka rasa mintnya & chocolate chip. Kek ini adalah untuk rumah terbuka adik saya Siti Mariam pada 1 Oktober 2010 lalu.

Monday, October 4, 2010

Kek Harijadi Lagi untuk Anak....

Pandan Kaya Cake

MUHAMMAD HAZIQ - 9 TAHUN (28.09.2010)
Tahun ini salah satu wish list telah terlaksana, buat birthday cake untuk anak....alhamdulillah. Kali ni anak ke 4, Muhammad Haziq, beliau teringin sangat ada deco orang main bola, jadi Kek Pandan ini menjadi pilihan, cuma "fudge topping" sedikit keras. Kita belajar dari kesilapan, next time kena buat bagus lagi, insya Allah.