Tuesday, August 24, 2010

KOLEKSI KEK LAPIS LAGI.....

Sudah lama tak update story Kek Lapis terkini dari Koleksi Neena - Kek Warisan Bonda.
KEK LAPIS CREAM-O
Resipi asal (dari sifu Nina - http://sweetlillykitchen.blogspot.com/) mengguna biskut Oreo, tapi saya ganti dengan Cream-O. Di samping bahan asas, adunan kek menggunakan horlicks, susu pekat, santan ditambah seri dengan taburan biskut Cream-O. Suami dan anak2 minat sungguh kek ni. Bila dihidang..sekejap ada....sekejap takda....

Nak ode....

RM80.00 (9" x 9")
RM42.00 (4.5" x 9")
RM27.00 (3" x 9")


KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT

- kek ini telah ditempah oleh Jason Siman dari Kudat minggu lepas. Tak puas hati kerana tak sempat ambil gambar, buat sekali lagi minggu ni. Rasa peppermint dan chocolate menggunakan tepung koko menambah rasa sedapnya kek. Not too sweet but mouth watery bila memakannya. Resipi boleh diperolehi dari brother Rozzan (http://rozzan.blogspot.com)
RM55.00 (7" x 7" / 8" x 8")
RM28.oo (separuh loyang)




KEK LAPIS STRAWBERRY CHOCOLATE RICE

- sentuhan terbaru diceduk dari buku kek lapis terlaris di Malaysia, siapa lagi kalau tak Puan Rabiah Amit Jilid 3. Tak tau mana silapnya agak keras sedikit, not moist...bila check thro' resipi rupanya ada tertinggal oleh penulis agaknyalah...., susu pekat manis. Hanya dalam cara membuat kek ditulis kehadiran susu. Anyway good lesson for me, to be very careful when browsing thro' resipi2...he..he maaf ye Puan Rabiah.
RM70.00 (8" x 8")
RM37.00 (4" x 8")

KEK LAPIS AIS KRIM SODA
- perisa utama susu pekat manis, horlicks, jem raspberry (saya gantikan dengan jem strawberry kerana masih ada stok) dan tambahan esen ais krim soda.
RM55.00 (7" x 7" / 8" x 8")
RM28.00 (separuh loyang)

No comments:

Post a Comment