Friday, May 27, 2011

Kelas Pastry I

Alhamdulillah, semenjak berpindah ke Kuching, Sarawak semenjak November tahun lepas Allah izin berjumpa tempat yang boleh saya mendalami ilmu bidang baking2 ni. Saya telah mendaftar diri di Pusat Giat Mara pada April 2011 untuk mengikuti Program Latihan 1 Malaysia (kursus bukan sepenuh masa) untuk Produk Pastri yang bermula pada 7 Mei - 17 Mei 2011 & kebetulan pulak dikendalikan oleh Chef Rashid Hassan, salah seorang tenaga pengajar di sana. Yang penting bagi saya kursus ini boleh meningkatkan ilmu & kemahiran untuk memperkembangkan lagi perniagaan dari rumah khas especially untuk suri rumah sepenuh masa seperti saya ni.......

HARI PERTAMA

- kami didedahkan kepada Choux Pastri, Cream Puff & 4 jenis tart TART
TART CREAM PUFF

CREAM PUFF

CREAM PUFF

Tuesday, May 24, 2011

Cupcake & Bingka Cheese

Dah lama teringin sangat nak buat cupcake.....akhirnya dengan izin Allah sampai juga hajat. Cupcake dibuat ni selain untuk juadah minum petang kita hadiah sedikit untuk staf Tadika Satria Jaya just untuk makan2 sahaja. Resipi kita ceduk dari buku Lynn Hassan bertajuk Kek Cawan. Tentu ramai rakan2 blogger & usahawan telah membelinya......"superb recipes" telah diketengahkan. Saya pun tak nak ketinggalan dan mencuba 2 daripadanya iaitu Kek Cawan Devil's Food & Kek Cawan Lobak Merah.

Kek Cawan Devil's Food

(dihias hanya dengan coklat ganache)
Kek Cawan Lobak Merah
(dihias dengan cream cheese frosting & blueberry filling)

......gift untuk rakan d Tadika Satria Jaya

Kek Cawan Devil's Food

Bingka Cheese

Rakan saya Hjh Siti Hatizah yang berkerja di Kompleks Kebajikan Laila Taib tempah Bingka Cheese untuk harijadi anak saudaranya pada 22 April 2011. Ni tempahan kali ke4.....tq Siti. Katanya maklumbalas tetamu amat memberangsangkan......alhamdulillah. Mudahan Allah permudahkan segala urusan urusniaga....amin.

Saturday, May 21, 2011

KEK HANTARAN PERTUNANGAN

Kek Lapis Oreo

Kek Lapis Oreo sebagai hantaran pertunangan ini ditempah oleh adik ipar abang saya Bibi dari Bandar Sri Aman, Sarawak untuk dihadiahkan kepada sepupunya pada 29 April 2011 yang lalu. Alhamdulillah bertambah lagi pengalaman untuk membuat kek khas untuk hantaran pertunangan. Resipi ini saya dapat dari sifu Nina dari Sweetlilly Kitchen tahun lepas semasa mengikuti kelas Kek Lapisnya.....semasa Raya tahun lepas ramai juga yang membuat tempahan untuk kek ni........untuk mengelak kek terlalu manis cream biskut ditiadakan....kalo tak......ngilu gigi. Sapa2 teringin nak tempah silakan ya.....

Thursday, May 19, 2011

Kelas Cupcake

Kerana terlalu ingin belajar cupcake hiasan fondant, tercapai juga hajat mempelajarinya dari Chef Rashid Hassan di Akademi Ria, Matang pada 23 April 2011. Alhamdulillah, Chef banyak beri tunjuk ajar & tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Pada permulaan kelas, chef buat demo mengadun kek cawan red velvet & seterusnya mengadun fondan mengguna tangan.

.......corak bunga lili
.......corak bunga ros......tak berapa menjadi ni...

.....corak bunga ros digulung

...corak bunga ros

.....kek cawan red velvet dihias cream cheese frosting

Tuesday, May 10, 2011

KEK LAPIS UNTUK HANTARAN PERTUNANGAN

Kek Lapis Masam Manis

Assalamualaikum, lama tak update cerita dalam blog. Sepatutnya dah update dalam bulan April tapi hanya sempat masuk dalam fb sahaja. Walaupun begitu, saya amat teruja kerana kali pertama diamanahkan untuk buat kek lapis khas untuk hantaran pertunangan adik ipar kepada adik saya yang tinggal di Kuala Lumpur sekarang ni. Pertunangan berlangsung pada 23 April 2011 yang lepas di Bandar Sri Aman, Sarawak......apa-apapun selamat bertunang Dr. Hajijah....


Alhamdulillah........saya amat berterima kasih kepada adik saya Norafiza yang telah menempah kek ini yang saya rasakan merupakan kenaikan satu tahap lagi dalam bidang yang diceburi ini...kena banyak belajar lagi dari yang lebih pakar. Ilmu menghias ni Insya Allah perlu juga diterokai untuk lebih maju lagi.

....menggunakan kotak ready made yang telah dibeli dari kedai perhiasan
.....penutup kotak hiasan

Semoga Dr. Hajijah berpuas hati dengan kek yang telah dihias dengan aksesori.......tq Za.