Tuesday, May 10, 2011

KEK LAPIS UNTUK HANTARAN PERTUNANGAN

Kek Lapis Masam Manis

Assalamualaikum, lama tak update cerita dalam blog. Sepatutnya dah update dalam bulan April tapi hanya sempat masuk dalam fb sahaja. Walaupun begitu, saya amat teruja kerana kali pertama diamanahkan untuk buat kek lapis khas untuk hantaran pertunangan adik ipar kepada adik saya yang tinggal di Kuala Lumpur sekarang ni. Pertunangan berlangsung pada 23 April 2011 yang lepas di Bandar Sri Aman, Sarawak......apa-apapun selamat bertunang Dr. Hajijah....


Alhamdulillah........saya amat berterima kasih kepada adik saya Norafiza yang telah menempah kek ini yang saya rasakan merupakan kenaikan satu tahap lagi dalam bidang yang diceburi ini...kena banyak belajar lagi dari yang lebih pakar. Ilmu menghias ni Insya Allah perlu juga diterokai untuk lebih maju lagi.

....menggunakan kotak ready made yang telah dibeli dari kedai perhiasan
.....penutup kotak hiasan

Semoga Dr. Hajijah berpuas hati dengan kek yang telah dihias dengan aksesori.......tq Za.

No comments:

Post a Comment