Dah lama benar teringin mencuba resipi Soft Cotton Japanese Cheesecake, alhamdulillah selama 2 minggu berturut-turut mengambil tempahan sempena Hari Bapa & untuk harijadi. Alhamdulillah diizinkan menjadi, teksturnya lembut seperti namanya & tidak banyak kerenah membuatnya. Resipi ni adalah resipi bonus dari Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com) semasa mengikuti kelas deko barbie doll tahun lepas. Thank you Milla, semoga diluaskan & murah rezeki.
Selamat datang ke laman Kek Warisan Bonda. Keinginan untuk mempelajari seni pembuatan kek telah lama terpendam. Harapan dari pelancaran laman ini dapatlah kita berkongsi resipi, idea untuk memperkembangkan kemahiran dunia masakan terutama seni pembuatan kek. Bersedia untuk menerima tempahan Kek Lapis Sarawak, kek buah, kek cheese, kek coklat dan yang akan menyusul kemudian. Untuk menempah hubungi saya di talian 014-5841869 atau email neenahapiza@yahoo.com.
Saturday, July 30, 2011
Monday, July 25, 2011
Kelas Biskut
Sambungan dari 18 Jun 2011, keesokan harinya diteruskan dengan kelas biskut bersama Chef Hassan lagi. Ramainya datang ke kelas ni, maklumlah bila diberitahu resipi terbaru biskut untuk 2011. Alhamdulillah, kami diajar 4 resipi & 1 resipi bonus. Biskut Dolphin
Biskut Ice Nestum-resipi bonus
Biskut yang paling popular dibuat chef tahun lepas & masih juga untuk tahun ni. Melts in the mouth. Saya juga tidak ketinggalan telah menerima banyak tempahan untuk biskut ni tahun ni, insya Allah. Nak tempah bole kontek saya 016-5790871.
Harganya : 80 keping / RM35
Biskut Winter Sonata
Biskut Ice Nestum-resipi bonus
Biskut yang paling popular dibuat chef tahun lepas & masih juga untuk tahun ni. Melts in the mouth. Saya juga tidak ketinggalan telah menerima banyak tempahan untuk biskut ni tahun ni, insya Allah. Nak tempah bole kontek saya 016-5790871.
Harganya : 80 keping / RM35
Biskut Winter Sonata
Tuesday, July 19, 2011
Kelas bersama Chef Rashid lagi....
Alhamdulillah, tahun ini belum sampai setahun balik ke Sarawak, saya amat bersyukur kerana Allah izinkan saya dapat mengikuti banyak kursus baking & sekali lagi bersama dengan Chef Rashid Hassan pada 18 Jun 2011 di Akademi Ria, Matang. Hajat hati untuk belajar frozen food tercapai juga.....sebanyak 5 jenis frozen food telah diajar pada hari tersebut iaitu Donut, Sardin Roll, Karipap Pusing, Pai Daging & Spring Roll / Samosa. Mudah-mudahan Allah permudahkan saya untuk dapat meluaskan rezeki dengan ilmu yang diperolehi pada hari tersebut.
Sunday, July 17, 2011
Kek Ulangtahun Perkahwinan
Assalamualaikum, lama rasanya tak bercerita dalam blog. 2 Jun yang lalu kita buat sedikit jamuan sempena Ulangtahun Perkahwinan ayah & mak yang ke 55 tahun....alhamdulillah. Saya amatlah bersyukur walapun di usia saya sendiri sedang menghampiri usia emas juga tapi masih mempunyai kedua ibu bapa. Adik saya Norafiza yang balik bercuti sempena cuti sekolah dengan waktu yang terbatas dengan pelbagai program, kesempatan meraikan kedua mak & ayah menyambut ulangtahun perkahwinan memang kita tunggu. Di antara lauknya, nasi minyak (kegemaran ayah), daging lembu masak hitam (antara dish favourite orang Sarawak), ayam masak kari, satay dll.
Semoga mak & ayah sentiasa sihat & dilindungi & dijaga oleh Allah s.w.t. serta dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk tatapan teman2, dalam keseronokan ada juga berita sedihnya....mak kena ragut seminggu selepas tu. Alhamdulillah jiran kami yang ada bersama ketika itu sempat juga membantu melawan ckit2 tapi apakan daya tenaga wanita.....keduanya wargaemas. Alhamdulillah, kedua2nya tidak cedera. pelbagai hidangan...meriah juga...
Subscribe to:
Posts (Atom)