Assalamualaikum, lama rasanya tak bercerita dalam blog. 2 Jun yang lalu kita buat sedikit jamuan sempena Ulangtahun Perkahwinan ayah & mak yang ke 55 tahun....alhamdulillah. Saya amatlah bersyukur walapun di usia saya sendiri sedang menghampiri usia emas juga tapi masih mempunyai kedua ibu bapa. Adik saya Norafiza yang balik bercuti sempena cuti sekolah dengan waktu yang terbatas dengan pelbagai program, kesempatan meraikan kedua mak & ayah menyambut ulangtahun perkahwinan memang kita tunggu. Di antara lauknya, nasi minyak (kegemaran ayah), daging lembu masak hitam (antara dish favourite orang Sarawak), ayam masak kari, satay dll.
Semoga mak & ayah sentiasa sihat & dilindungi & dijaga oleh Allah s.w.t. serta dijauhi daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Untuk tatapan teman2, dalam keseronokan ada juga berita sedihnya....mak kena ragut seminggu selepas tu. Alhamdulillah jiran kami yang ada bersama ketika itu sempat juga membantu melawan ckit2 tapi apakan daya tenaga wanita.....keduanya wargaemas. Alhamdulillah, kedua2nya tidak cedera. pelbagai hidangan...meriah juga...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete