Alhamdulillah, walaupun dah setahun belajar buat kek ni dari sifu Kak As di Sabah baru kali rasa rajin yang tidak terhingga untuk mencubanya setelah ada tempahan dari rakan lama di UITM sempena untuk hari jadi anaknya pada 3 November lepas. Mau tak mau memang Allah telah mengizinkan kek ni menjadi & harapan akan disukai oleh beliau dan keluarganya. Alhamdulillah saya mendapat maklumbalas yang amat2 menggalakkan.....saya menerima tempahan kedua & ketiga pada 6 & 7 November lepas. Di samping itu beliau tidak ketinggalan untuk tempah 1 biji kek Cream Cheese sebagai tambahan kek untuk Hari Raya Aidil Adha . Selain itu kita buatkan juga untuk anak2 & nampaknya kek ini amat diminati.......Ada juga rakan facebook tempah Kek Lumut tapi sayangnya bateri kamera dah weak & tak kesampaianlah nak tangkap gambarnya. Takpe, yang penting homemade cakes saya telah mendapat tempat di hati rakan lama, rakan fb & semoga sentiasa mendapat tempahan lagi di masa-masa akan datang.......amin. Selepas ni nak praktis buat tart & roti bun.....bila?......tak tau lagi, insya Allah.
No comments:
Post a Comment