Al-Fatihah.
Assalamualaikum, sengaja saya menulis malam ini untuk memperingati pemergian ayah tercinta untuk selama-lamanya pada 26 Februari 2012 yang lalu. Hari ini 1 Jun adalah hari yang sepatutnya saya mengucapkan "Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 57" tetapi Allah s.w.t. lebih mengetahui bahawa ayah akan pergi selamanya sebelum waktu itu tiba. Tahun lepas adalah tahun pertama saya meraikan ulangtahun perkahwinan ayah & mak & itulah kali pertama & terakhir kek ulangtahun disediakan.......teramat pilu untuk mengenangkannya. Ayah, pemergianmu telah ditakdirkan & pada saat ini aku amat, amat merinduimu. Banyak kenangan kita lalui bersama, kasih sayangmu & didikan yang telah ayah berikan akan ku jadikan pedoman untuk selamanya. Kadang-kadang rasanya banyak lagi bakti yang tidak sempat ku taburkan kepadamu, malah banyak kali juga ku melukai & mengguriskan perasaan sama ada dalam keadaan sedar maupun tidak. Walaupun demikian anakmu akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu di alam barzakh & semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atasmu, ayah......amin.
AL-FATIHAH.
No comments:
Post a Comment