Tuesday, October 11, 2011

Kek Chiffon Coklat

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Seminggu lalu anak sulung saya menduduki ujian PMR & sementara menunggu beliau di rumah, rasa teringin pulak mencuba resipi yang baru untuk hidangan minum petang bersama suami dan anak-anak. Selain Kek Span Pandan yang telah diketengahkan sebelum ini, sambil membelek2 buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Puan Amaruszati Noor Rahim, Kek Sifon Coklat yang ada dalam buku tu mendapat perhatian saya untuk mencubanya. Resipinya akan kita sertakan sebentar lagi..........sebelum tu terima kasih kepada penulis kerana telah memberi keizinannya untuk share resipi di sini & saya amat berbesar hati. Sesiapa yang baru menceburi bidang baking2 ni atau nak tambah koleksi, amat digalakkan untuk memilikinya kerana banyak ilmu & manfaat boleh dipelajari darinya.

Kek Sifon Coklat
....nah inilah bukunya in case nak tau ye.......tq Puan Amaruszati

KEK SIFON COKLAT
Bahan A:
4o gm koko
40ml air panas (bancuh koko dengan air panas dulu, baru tambah susu segar)
80 ml susu segar (saya guna susu cair ditambah sedikit air)
4 kuning telur
100 gm gula kastor
120 gm tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bicarbonat
60 gm minyak jagung
1 sudu kecil vanila
Bahan B:
4 biji putih telur
50 gm gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar
Kaedah Membuat:
1. Panaskan oven 170 darjah celcius.
2. Pukul bahan A sehingga sebati.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur & cream of tartar sampai berbuih.
4. Masukkan gula & pukul sehingga menjadi meringue.
5. Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaul perlahan.
6. Masukkan ke dalam loyang 9"
7. Bakar selamat 40 minit @ ikut suhu oven masing.
8. Apabila masak, terus telangkupkan atas redai.

No comments:

Post a Comment