Sekali lagi hadir ke kelas bersama Chef Rashid Hassan pada 9 April 2011. Sebenarnya saya teruja sangat nak belajar kek Cheese kerana banyak peluang terlepas sebelum ini semasa duduk di Sabah. Chef telah demo 4 kek cheese iaitu Kek Cheese Tiramisu, Kek Cheese Span Blueberry, Kek Cheese Oreo & Kek Cheese Durian. Selain itu, dapat beberapa resipi bonus dari Chef.....Cuma yang sedihnya lupa nak bawa kamera...
So, dalam dua minggu cuba buat sendiri & inilah hasilnya......tq chef. Dah boleh ambil tempahan le....sapa2 nak ode bole colling2 ya 016-5790871.
Kek Keju Tiramisu Kek yang telah dipotong....utk juadah minum petang famili. Anak2 & suami amat menyukai kek ni kerana ada rasa blueberry cheese & yang istimewanya rasa cuppicino yg telah direnjis atas lapisan kek span tu.
sedap. bahagianya pandai buat kek .
ReplyDeleteAlhamdulillah, masih dlm proses belajar lagi ni....mudahan bertambah mahir setiap hari...
ReplyDelete