Tuesday, October 4, 2011

Resipi Red Velvet Cake

Sliced Red Velvet Cake
Kek yang telah masak
Alhamdulillah, dengan izin Allah kita kembali ke ruangan ini just to share resipi yang kita dapat dari http://myhappyoven.blogspot.com dengan izin beliau. Kek ni yang agak popular satu ketika dalam tahun ni jugak turut mendapat perhatian saya untuk mencubanya pada Mac lepas sempena harijadi suami & juga telah ditempah oleh rakan blogger Kedai Ummie untuk harijadi anaknya.
BAHAN A:
2 1/2 cawan tepung superfine (all purpose flour)
1 1/2 cawan gula castor
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk koko (saya guna 1 sudu besar)
BAHAN B:
1 1/2 cawan minyak sayur @ mana2 minyak makan pun bole
*1 cawan buttermilk
2 biji telur (gred A)
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil esen vanilla
CARA MEMBUATNYA:

1. Ayak Bahan A bersama, ketepikan sebentar.

2. Satukan dalam mangkuk lain Bahan B, lepas itu sebatikan guna whisk.

3. Tuangkan Bahan A ke dalam Bahan B, gunakan mixer dengan medium speed, gaulkan hingga sebati.

4. Selepas tu, tuang dalam 2 loyang 9" bulat @ 1 loyang sahaja, ikut mana2 yang anda rasa mudah.

5. Oven hendaklah dipanaskan dahulu 175 darjah celcius selama 10-15 minit & barulah bakar adunan tadi pada suhu sama selama 30-35 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing. Bila dah masak, keluarkan dari oven & biarkan sejuk sebelum kita hias cream cheese frosting atasnya.

BUTTERMILK

1 cawan susu + 1 sudu makan cuka, biar 10 minit.

CREAM CHEESE FROSTING

250 gm cream cheese

1 cawan gula aising

1 1/2 cawan butter

Satukan guna mixer medium speed sampai kembang 1x ganda.

################SELAMAT MENCOBA#####################

Sunday, October 2, 2011

Tempahan......

Chocolate Moist Cake

- telah ditempah Puan Lily, jiran mertua dari Kampung Sourabaya Indah. Kek ini sempena harijadi anak & suami tercinta. Beliau minta simple je dekonya, jadi hanya dihias dengan chocolate ganache ditabur chocolate rice & kelilingnya dipaip buttercream sahaja. Mudahan kek menepati citarasa beliau. Terima kasih Puan Lily.
Sponge Cheese Cake
- ditempah oleh rakan fb Afiza Hamdan sempena harijadi ibunya yang ke 44 tahun. Beliau minta cream cheese frosting ke atas seluruh kek & ditabur dengan cheddar cheese parut. Tq Afiza.

Friday, September 30, 2011

Kek harijadi anak (Julai-September 2011)

Sebelum bermulanya lembaran baru bulan Oktober 2011, kita layan je gambar2 anak2ku bersama kek harijadi mereka dari bulan Julai hingga September 2011. Alhamdulillah, kesemua kek harijadi anak adalah hasil air tangan sendiri, takde lah Taka Bakery @ Mita Cake House @ pa2 je bakery di sekitar bandaraya Kuching ni. Walaupun banyak lagi perlu dipelajari & diperbaiki dalam bidang bakery ni, syukur ke hadrat Allah kerana mengurniakan kemahiran yang sedikit ini untuk menggembirakan hati anak-anak. Mudahan mereka semua menjadi anak2 yang soleh & solehhah & sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t.

Muhammad Haziq - 10 tahun (28.09.2011)

Kek Sponge duoberry cheese cake with cream cheese frosting untuk toppingnya
Muhammad Abdullah Firdaus - 15 tahun (14.09.2011)
Soft Cotton Cheesecake - dihias freshcream saja.

Muhammad Luqman - 13 tahun (13.08.2011)

Soft Cotton Japanese Cheesecake-dihias dengan freshcream juga

Qurratu'aini Majdah-8 tahun (25.07.2011)

- the only girl minta Sponge Cake - deco freshcream & buttercream pink roses

Sebenarnya inilah kek pertama yang berbunga ros selepas berguru dengan Milla tahun lepas, walaupun tidak halus kita kena make the attempt untuk meningkatkan kemahiran. Insya Allah, masa2 akan datang diharapkan lebih baik & cantik lagi.

Monday, September 26, 2011

Bingka Cheese

Sebelum bulan Ramadhan lepas, ex-colleague dari Kompleks Kebajikan Laila Taib, Siti Hatizah sekali lagi menempah Bingka Cheese with blueberry filling dihias atas kek sempena harijadi anak kesayangannya Aini yang berumur 8 tahun. Cik Siti banyak kali dah menempah Bingka Cheese untuk makan2 saja & untuk tujuan harijadi....Raya lepas beliau sempat menempah sebiji juga tapi tak sempat nak ambil gambarnya......terlalu sibuk buat biskut....Anyway, alhamdulillah Bingka Cheese amat diminati oleh beberapa orang pelanggan baru sempena Raya ni jugak.

Saturday, September 24, 2011

Tempahan biskut Hari Raya Aidil Fitri (Top 5)

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua walaupun pertama kali mengambil tempahan biskut sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2011 ianya adalah di luar jangkaan sama sekali. Saya tidak menyangka bahawa niat di hati hanya untuk memperkenalkan diri dan sedikit produk telah mendapat sambutan yang amat.....amat menggalakkan sehingga ada yang tidak kesampaian untuk membuat tempahan. Pelanggan kali ini kebanyakan terdiri dari kalangan rakan-rakan sepengajian & paling banyak juga dari rakan-rakan baru facebook. Insya Allah untuk masa-masa akan datang kita akan membuat persiapan yang lebih rapi & teratur. Pengalaman ini banyak membawa pengajaran dari sudut pengurusan masa & hubungan sesama manusia. Kepada pelanggan sekitar Kuching, Sibu & Bintulu terima kasih di atas sokongan anda. Sekiranya ada kekurangan mohon dimaafkan, akan diperbaiki di masa depan. Di antara biskut paling banyak ditempah:

Biskut Ice Nestum
Biskut Fancy Mushroom

Biskut Cornflakes Susu

Biskut Almond London

Biskut Cheese Coklat Cadbury

Friday, September 23, 2011

Resipi Cotton Soft Japanese Cheesecake

Dah lama tak masukkan resipi dalam blog, kali ini Cotton Soft Japanese Cheesecake menjadi pilihan kerana selain sponge cake & cheesecake yang ditempah oleh rakan2, alhamdulillah kek ni mendapat sambutan juga pada tahun ini. Pertama kali buat, saya teramatlah suka dengan rasanya, teksturnya. Yang bestnya, tekstur kek lebih lembut lagi dari sponge cake & mouth watery bila dimakan. Lebih2 lagi bila dihias dengan fresh cream atau just letak blueberry filling atasnya. Penggunaan jus lemon menambahkan lagi kesedapan kek ni. Resipi ni diperolehi dari Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com/). Katanya sumber resipi ni dari yang bernama ALMA.




BAHAN A:

250 gm cream cheese

50 gm butter

100 ml susu segar

(kalo takde bole guna susu cair yg telah ditambah sedikit air)

6 biji kuning telur

1 sudu besar jus lemon

1/4 sudu kecil garam

60 gm tepung kek / tepung superfine

20 gm tepung jagung

BAHAN B:

140 gm gula (granulated sugar)

6 biji putih telur

3/4 sudu kecil jus lemon

CARA MEMBUATNYA:


1. Adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dengan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon. Gaul sebati dgn spatula @ senduk kayu saja.




2. Adunan B: Dalam bekas yang lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih (foamy). Lepas tu tambahkan gula & pukul sampai bertanduk (soft peak).




3. Campurkan adunan B yang dah gebu tu ke dalam adunan A & gaul hingga sebati. Sediakan loyang bulat 8" (saya guna 9"), griskan bawahnya & tepi disalut dgn kertas baking.




4. Bakar dalam kira2 sejam 160 darjah celcius menggunakan cara double boiler @ bain-marie (steam bath).




SELAMAT MENCUBA.....

Tuesday, September 20, 2011

Mini Oven Serikin (Produk terbaru)

Inilah produk terbaru yang nak diketengahkan kepada sesiapa saja especially yang baru berjinak-jinak dalam bidang baking ni & lebih2 lagi meminati untuk membuat kek lapis sendiri atau tujuan perniagaan. Oven ni comel je....... Ukuran oven :


15" (Lebar) x 15" (Panjang) x 19" (Tinggi)


- boleh muat 2 loyang 6"x6"

- paling besar boleh muat loyang 11" x 11"

- oven ini tidak dibekalkan kakinya...sekiranya anda mengajar membuat kek lapis bole dibawa ke mana-mana. - pandangan dari tepi


Jadi, sekiranya anda ingin memiliki oven ini, maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghantar emel neenahapiza@yahoo.com atau sms / call Neena 016-5790871.