Tuesday, August 24, 2010

KOLEKSI KEK LAPIS LAGI.....

Sudah lama tak update story Kek Lapis terkini dari Koleksi Neena - Kek Warisan Bonda.
KEK LAPIS CREAM-O
Resipi asal (dari sifu Nina - http://sweetlillykitchen.blogspot.com/) mengguna biskut Oreo, tapi saya ganti dengan Cream-O. Di samping bahan asas, adunan kek menggunakan horlicks, susu pekat, santan ditambah seri dengan taburan biskut Cream-O. Suami dan anak2 minat sungguh kek ni. Bila dihidang..sekejap ada....sekejap takda....

Nak ode....

RM80.00 (9" x 9")
RM42.00 (4.5" x 9")
RM27.00 (3" x 9")


KEK LAPIS CHOCOLATE PEPPERMINT

- kek ini telah ditempah oleh Jason Siman dari Kudat minggu lepas. Tak puas hati kerana tak sempat ambil gambar, buat sekali lagi minggu ni. Rasa peppermint dan chocolate menggunakan tepung koko menambah rasa sedapnya kek. Not too sweet but mouth watery bila memakannya. Resipi boleh diperolehi dari brother Rozzan (http://rozzan.blogspot.com)
RM55.00 (7" x 7" / 8" x 8")
RM28.oo (separuh loyang)




KEK LAPIS STRAWBERRY CHOCOLATE RICE

- sentuhan terbaru diceduk dari buku kek lapis terlaris di Malaysia, siapa lagi kalau tak Puan Rabiah Amit Jilid 3. Tak tau mana silapnya agak keras sedikit, not moist...bila check thro' resipi rupanya ada tertinggal oleh penulis agaknyalah...., susu pekat manis. Hanya dalam cara membuat kek ditulis kehadiran susu. Anyway good lesson for me, to be very careful when browsing thro' resipi2...he..he maaf ye Puan Rabiah.
RM70.00 (8" x 8")
RM37.00 (4" x 8")

KEK LAPIS AIS KRIM SODA
- perisa utama susu pekat manis, horlicks, jem raspberry (saya gantikan dengan jem strawberry kerana masih ada stok) dan tambahan esen ais krim soda.
RM55.00 (7" x 7" / 8" x 8")
RM28.00 (separuh loyang)

Wednesday, August 18, 2010

TERIMA KASIH ATAS PEMBELIAN

Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas pembelian

OVEN KEK LAPIS SARAWAK (KECIL)
1. PUAN ROZITA BT AIYOB (KLANG, SELANGOR) - 04.08.2010

Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki OVEN KEK LAPIS SARAWAK (SAIZ KECIL) stok masih ada. Anda boleh hubungi saya 016-5790871 atau emel neenahapiza@yahoo.com, untuk maklumat lanjut.

KEK LAPIS SARAWAK

1. LAPIS PRUNE (1 LOYANG) - PUAN SAPNAH (RANAU, SABAH) - 15.08.2010

TEMPAHAN UNTUK KEK LAPIS SARAWAK DAN PELBAGAI KEK LAIN MASIH DIBUKA SEHINGGA DIBERITAHU KEMUDIAN.

Saturday, August 14, 2010

TEMPAHAN KEK

Very, very long time blog tido....bengang computer breakdown since June...kena petir. I am sure ramai fans kat sana miss me (perasan sendiri), but most of all I really miss dunia blogging ni a lot. What's new? Mulai Julai buka stall kuih & nasi lemak depan rumah. Indeed it was a new experience being a "usahawan senyap". Tough & so much challenge. It was a total change as banyak jadual dalam pengurusan rumahtangga kena berubah....indeed saya salut kat pengusaha stall di luar sana di atas ketahanan mereka waking up so..so early in the morning to get everything ready tip top atas meja jualan...

Well, what's next? Get back to baking life....TEMPAHAN KEK UNTUK BULAN RAMADHAN & SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI.....

Tempahan dah bermula....berita baik untuk warga yang duduk di Sabah. Ini adalah peluang baik untuk anda menikmati HOMEMADE CAKES dari saya.....

KEK LAPIS SARAWAK
KEK KUKUS LIMA BINTANG
- Kek Hati Pari & Kek Lumut
KEK COKLAT (STEAMED, BAKED & CHILLED)
KEK CHEESE (STEAMED, BAKED & CHILLED)
KEK BUAH WARISAN BONDA

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya 016-5790871 atau emel neenahapiza@yahoo.com.

HOMEMADE CAKES JUST FOR YOU.
MAKE SURE TEMPAH AWAL YA...
YANG TINGGAL DI LUAR KAWASAN KOTA KINABALU NOT TO WORRY BOLEH ODE ONLINE JUGA...KITA AKAN POSKAN "RIGHT AT YOUR DOORSTEP".
CEPAT...CEPAT....CEPAT!!!!!!!!
JANGAN TUNGGU HINGGA SAAT AKHIR.....

Wednesday, May 26, 2010

Kelas Kek Lapis Sarawak

Sebenarnya semasa giat aktif dalam bidang baking ni terutama sekali Kek Lapis Sarawak, tak pernah terfikir untuk memanjangkan lagi bidang ini kepada mengajar pulak. Atas permintaan rakan facebook & jiran, maka dengan rendah diri buat juga mengikut kemampuan...alhamdulillah semua dengan izin Allah, semoga ilmu sedikit ini dapat berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh yang mengikutinya. Sekiranya ada kekurangan, akan diperbaiki & ditambah di masa akan datang.

22.05.2010 (Sabtu)

Telah diadakan di rumah Janira Abu Bakar (tiada dalam gambar). Dihadiri seramai 3 orang, Janira (surirumah buat biz kek dari rumah), Sue (guru) & Farrah (bakal graduan UMS Oktober ni). Oleh kerana julung kali diadakan, banyak aksi terlupa untuk ambil, tapi alhamdulillah Kek Lapis Aiskrim Blueberry yang diajar dapat siap.
Kek Lapis Aiskrim Blueberry - hasil Janira, Sue & Farrah
Sue-khusyuk melapis
Farrah-khusyuk menimbang adunan
23.05.2010 (Ahad)
Hari berikutnya di rumah jiran Linda dan Ros. Sebenarnya Linda dah lama minta saya ajar kek lapis, alhamdulillah Ahad lepas, hajatnya kesampaian. Dengar cerita dah buat lagi hari seterusnya untuk adik beliau bawa balik Terengganu.

seronoknya kek dah siap
Ros..seorang guru
Linda - jiran
Kek Lapis Aiskrim Blueberry-hasil Ros & Linda

Monday, May 24, 2010

Lagi...kek untuk juadah minum petang

CHOCOLATE MOIST CAKE

Semasa belajar kek bersama sifu Milla, kami dihidangkan Chocolate Moist Cake, yang sangat sedap. Selapas makan teringat2 macam orang gila bola. Tak tahan hati, sms sifu minta resipi. Sifu yang amat baik hati tak keberatan, pakai sms je resipi tu...oleh kerana demam buat kek menjadi2 ni...buat juga..hasilnya.....

Tq Milla, menjadi kek akak ni...seronok betul!!!! Hasil hari tu untuk minum petang & juga untuk Hari Guru...Anak-anak & guru pun happy dapat sama-sama merasakannya. sebahagian kek chocolate moist ini untuk anak bagi kat guru sempena Hari guru

Kek sebelum dituang topping coklat & taburan coklat rice

CHOCOLATE MOIST CAKE
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
3 biji telur (gred A)
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak jagung (boleh gunakan marjerin / butter dicairkan-lebih enak lagi)
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
Cara membuatnya:
1. Hancurkan gula dengan air panas atas api kecil sampai hancur.
2. Masukkan minyak, koko, susu pekat, gaul hingga sebati.
3. Bancuh telur dalam mangkuk berasingan hingga berbuih, tak payah guna mixer, sudu sudah memadai. Kemudian masukkan dalam adunan gula tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tepung, soda bicarbonate, baking powder sedikit demi sedikit, gaul sebati.
5. Masukkan dalam loyang & tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus pada air mendidih dengan api perlahan...selama 1 jam 30 minit.
RESIPI DARI BAKE WITH MILLA (Tq izinkan kak publish cni)

Saturday, May 22, 2010

Juadah Minum Petang

Ini adalah Kek Span dari resipi Noraini (http://resipinoraini.blogspot.com/) berperisa Yam. Tahun ini adalah paling sibuk mencuba pelbagai resipi span dari internet dan buku. At least buat sesuatu yang baru untuk peningkatan diri dalam bidang pembuatan kek & yang paling penting suami & anak2 gembira makan dari air tangan sendiri..alhamdulillah

Simple Banana Cake menjadi pilihan sekali kerana mudah & tak banyak kerenah, taburan Walnut menjadikan kek pisang lebih sedap lagi untuk dimakan.

Sapa ni? Permata hatiku...
Selingan kejap...si comel ingin posing pakai topi buatan kulit kayu

Wednesday, May 19, 2010

KELAS BAKE WITH MILLA

KELAS KEK DECO STEAM BUTTERCREAM

Terlalu ingin sangat nak pandai buat kek deco ini, kelas kali ini adalah bersama sifu Milla (http://bakewithmilla.blogspot.com/). Yang paling menyeronokkan & banyak cabaran membuat bunga rose yang banyak kali tak menjadi. Harap sifu tak pening kepala ajar anak murid yang agak lambat ni. Milla, kak kagum dengan awak, seorang yang sangat gigih, tak henti-henti beri tunjuk ajar sampai kak dapat buat. Thank you so much, moga sifu Milla sukses & dilimpah rezeki berpanjangan & melimpah ruah...amin.

Akhirnya...kek idaman hamba
Kek Span Vanilla yang belum kena "touch up"
bunga sudah siap...lebih 2 jam ni..tapi belum ada border

proud to present... my Steam Buttercream Cake..happynya..
Tengah (sifu Milla - masih muda & very energetic lady,
yang pakai tudung merah jambu - Puan Maimon, sama geng belajar)
2 happy moms with their finished product
dah kena nyum...nyum dengan peminat kat rumah