Selamat datang ke laman Kek Warisan Bonda. Keinginan untuk mempelajari seni pembuatan kek telah lama terpendam. Harapan dari pelancaran laman ini dapatlah kita berkongsi resipi, idea untuk memperkembangkan kemahiran dunia masakan terutama seni pembuatan kek. Bersedia untuk menerima tempahan Kek Lapis Sarawak, kek buah, kek cheese, kek coklat dan yang akan menyusul kemudian. Untuk menempah hubungi saya di talian 014-5841869 atau email neenahapiza@yahoo.com.
Saturday, May 11, 2013
Tempahan-Chocolate Moist Cake
Tempahan dari sepupu, Hartini Zaidi
Tempahan dari Azie, Melaka
Assalamualaikum & salam bahagia,
Alhamdulillah, kek ini sentiasa menjadi kek diminati oleh pelanggan lama & terbaru dari Azie yang tinggal di Melaka. Kek tempahan pertama beliau berbentuk Love khas ditempah untuk seorang teman istimewa, katanya yang tinggal di Kuching, Sarawak. Thank you Azie. Looking forward for your next order in future.
Monday, May 6, 2013
Kelas Kek Continental
Red Velvet Cake
Butterscotch Cheese Cake
Indulgence Chocolate Cake
Alhamdulillah, 9 Februari 2013 lalu, sekali lagi saya hadir ke kelas Chef Rashid Hassan untuk belajar Kek Continental. Dah lama sangat nak belajar kek ni, ramai di kalangan rakan2 blogger & fb kata kek ni sedap & tentunya saya tak nak ketinggalan.....tq Chef di atas tunjuk ajar anda. Ketiga-tiga kek memang yummy.......my favourite of course Indulgence Chocolate Cake. So this year, bertambahlah resipi kek untuk birthday anak-anak. Saya puas hati sangat, mudah-mudahan boleh menjana pendapatan di masa hadapan.
Saturday, May 4, 2013
TAT NENAS GULUNG
ready untuk dihantar kepada pelanggan
Assalamualaikum & salam bahagia,
gambar ni dah lama kita upload dalam facebook, alhamdulillah baru nak paparkan dalam blog bersama dengan resipinya. Sumber resipi dari buku Citarasa Biskut Popular tulisan Puan Hajjah Noraini Zakaria (http://resipinoraini.blogspot.com). Untuk makluman inilah antara biskut paling popular sempena Raya 2012 & insyaa Allah masih lagi sehingga kini. Tat Nenas dalam gambar di atas ditempah oleh rakan adik ipar, terima kasih. Kita teruskan dengan resipinya ya....
BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
300 gm tepung gandum
50 gm tepung kastad
20 gm susu tepung
30 gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
1 cawan jem nenas
UNTUK GLIS:
1 biji kuning telur
1 sudu kecil air
sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMBUATNYA:
1. Mentega, gula & garam dipukul hingga kembang. Masukkan telur & esen vanila & pukul sebati.
2. Tepung gandum diayak bersama tepung kastad, serbuk penaik & susu tepung.
3. Gaulkan campuran tepung bersama adunan mentega hingga menjadi adunan yang lembut (agak lembik).
4. Sediakan acuan semperit. Masukkan adunan ke dalam acuan & tekan di atas sehelai plastik. Pastikan corak yang berjalur terletak di bahagian bawah.
5. Potong sepanjang 2 inci-3 inci. Bulatkan jem nenas & letakkan di bahagian pangkal. Gulung adunan tersebut. Susun atas dulang pembakar. Buatlah cara yang sama sehingga semua adunan habis.
6. Untuk menyapu glis pada biskut, ambil satu biji kuning telur & campurkan dengan 1 sudu kecil air & pewarna kuning telur.
7. Dengan menggunakan berus pastri, sapukan pada permukaan biskut. Sapu perlahan-lahan supaya corak jalur tidak terjejas.
8. Bakar selama 20 minit @ sehingga masak mengikut oven masing2. Sejukkan sebelum disimpan.
Thursday, April 25, 2013
CHOCOLATE MOIST CUPCAKES
Assalamualaikum & salam bahagia,
kebiasaannya tempahan untuk Chocolate Moist Cupcake adalah jenis kukus tapi kali ni yang baked punya. Sumber resipi kali ni dari sifu Nina Mahdar pada tahun 2010 yang lalu. Tq so much sifu. Sapa nak mencuba, silakan ya.
BAHAN-BAHAN:
1 cawan butter (250 gm)
2 cawan gula (360 gm )
4 biji telur grade B
2 cawan tepung gandum (320 gm)
1 sudu teh baking powder
PASTE:
3/4 cawan air suam
1 cawan serbuk koko (80 gm-100 gm)
Nescafe - optional ( saya guna 1 sudu teh je)
CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul butter & gula hingga kembang. Masuk telur sebiji demi sebiji.
2. Masukkan tepung & bahan kering lain. Tuang paste & putar hingga sebati.
3. Masuk dalam cawan & bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 20-25 minit @ sehingga masak, ikut oven masing2.
4. Hias ikut kreativiti masing2.
Nota : Resipi ini bole juga untuk 1 kek besar ukuran 8"x8", cuma bezanya sukatan air kita gunakan 1 cawan.
SELAMAT MENCUBA.
Sunday, April 21, 2013
Happy Birthday Muhammad Haziq
Soft Japanese Cotton Cheesecake
- dihias dengan freshcream, blueberry filling & buah pic.
Ha....anak bujangku yang ke4- Muhammad Haziq Jahran
rupanya setelah dingap....
Gambar2 kek harijadi anak kelima Muhammad Haziq di atas dah lama simpan tapi tertinggal untuk diupdate dalam blog. Hari tu kita buat Soft Japanese Cotton Cheesecake untuk harijadinya yang ke 11 tahun. Walaupun belated tapi will not be missed.
Friday, April 19, 2013
Harijadi Muhammad Hamzah
my youngest dah 7 tahun (08.01.2013)
senyumanmu menyejukkan hati umi.......
sliced cake....belum perfect lagi
Alhamdulillah pejam celik anak bongsuku dah 7 tahun januari lepas. Anak minta kek sebiji seperti kek anniversary umi & abahnya. Umi buat Sponge Almond Cake sebab takda stok ground hazelnut......yg ada serbuk almond. As a mom, kita rasa seronok sangat bila anak tersenyum2 je bila dapat kek & hadiah. Senyuman anak bole menyejukkan hati walaupun dalam apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah he's very happy.....
Subscribe to:
Posts (Atom)