Friday, January 28, 2011

Kek Mentega

Inilah koleksi buku terbaru saya tahun ini, ditulis oleh Puan Amaruszati Noor Rahim. First time nampak kat kedai terus grab & no regrets buying that book. Indeed, banyak ilmu dapat dicedok darinya especially for those beginners I really suggest you have one because you are given the basics of cake decorating. Mulanya saya attend kelas dengan sifu Nina, saya masih belum lagi memahami asas buat deko kek & pembuatan kek itu sendiri. Datang2 je terus deco tanpa belajar bagaimana nak bancuh cupcake & kek span. Rasa upset jugalah kerana tidak puas dengan ilmu diperolehi, anyway melalui buku ini if you are a beginner you know where to start, if you are a teacher you must know your student's background of cake baking, a must question for sifu.....Buku ini menjawab hampir semua dari what I want to know about cake decoration. Worth buying......

KEK MENTEGA

Inilah percubaan pertama untuk buat Kek Mentega. Resipi diperolehi dari buku Panduan Asas Menghias Kek Zati D'hati. Hakcipta terpelihara, jadi tak bole publish kat sini, kena hormati hak penulisnya kan? Kek mentega untuk juadah minum petang, satu hari je dah habis....walaupun texture kek belum lembut seperti diinginkan, kena cuba lagi dapatkan texture lebih lembut dari ini. Agaknya kalo guna tepung superfine boleh dapatkan kek sedemikian kot.....

Wednesday, January 26, 2011

Lawatan ke Serikin

Inilah pertama kali saya buat lawatan ke Serikin, sempadan di antara Indonesia & Sarawak khas untuk meninjau oven serikin pada akhir bulan Disember 2010 lalu, baru dapat update gambar dalam blog. Walaupun dah tinggal kat Sarawak lebih 40 tahun, balik je dari Sabah tahun lepas barulah ada kesempatan untuk ke sana. The first thing dalam fikiran, oven kek lapis yang sering disebut-sebut oleh pembuat kek lapis di seluruh Sarawak khasnya & Malaysia amnya. Yang kita jumpa hari tu oven warna hijau & stainless steel. Sesiapa yang ingin memiliki oven ini bolehlah hubungi saya 016-5790871.

Terima kasih kepada yang telah membeli oven seperti berikut :

1. Encik Wan Ismail Wan Nawang (Kelantan)

2. Dayang Tiana (Selangor)

Monday, January 24, 2011

Juadah minum petang

Sponge Cheese Cake
Sponge Cheese Cake ni dah banyak kali buat tapi baru ada kesempatan untuk publish dalam blog. Ni salah satu kek favorite anak & suami. Kali ni buat untuk mak mertua bawa untuk ke program bacaan Yaasin beramai-ramai di rumah guru Al-Quran beliau. Ada komen memberangsangkan, alhamdulillah. Sesiapa nak cuba, dipersembahkan resipi seperti berikut:
Bahan-bahannya:
Kek Span (sumber : dari internet, tak ingat dari mana)
280 gm tepung sponge mix
5 biji telur (grade A)
60 gm air
80 gm mentega cair / minyak masak (saya guna minyak jagung)
1 sudu teh vanilla
Cara membuatnya:
1. Pukul tepung sponge mix dan telur ke dalam mangkuk pengadun.
2. Pukul speed perlahan untuk sebatikan telur dan tepung. Kemudian tukar speed maksima dan pukul 5 minit hingga kembang.
3. Masukkan air dan vanilla & pukul lagi speed maksima selama 5 minit lagi hingga pekat & gebu.
4. Masukkan minyak @ mentega cair & gaul perlahan2 dgn senduk @ whisk.
5. Griskan tin pembakar 9" bulat @ 8" square & alas dgn kertas minyak & tuangkan adunan de dalamnya.
6. Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan kepada suhu 180 darjah celcius & bakar selama 50 minit hingga masak.
7. Setelah masak segera keluar dari loyang & tanggalkan kertas minyak.
Cream cheese topping-resipi dari (http://salamdariborneo.blogspot.com/):
Putar hingga sebati
65 gm philadelphia cream cheese (yang lain pun bole juga)
125 gm susu pekat
1 sudu besar susu cair (optional)
Hiasan:
65 gm cheddar cheese (diparut halus)
Last but not least, bila kek sejuk, curahkan cream cheese topping ke atas kek, ratakan & hiaskan dengan cheddar cheese yang telah diparut halus tadi.
Selamat mencuba....

Saturday, January 22, 2011

Kek Harijadi

Moist Chocolate Cake (Kukus)
Inilah tempahan pertama untuk 2o11, ditempah oleh adik ipar untuk anaknya Adib, 2 tahun, 15 Januari 2011. Seperti biasa resipi Mylla (bakewithmilla.blogspot.com) menjadi pilihan kerana rasa keknya yang lembab & sedap. Thanks again Mylla. Kek dihias dengan chocolate ganache, resipi dari buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Amaruszati Noor Rahim (http://zatidhaticakes2u.com/) & dihias dengan buttercream, ditabur coklat rice, coloured rice & chocolate chip. Mulanya risau juga kerana di Kuching kita belum tahu sambutan terhadap kek sedemikian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang majlis harijadi anak saudara suami & ada di antara tetamu bertanyakan maklumat tentang kek & pembuatnya.......something interesting & insya Allah ada lagi semoga ada sambutan seterusnya. Mylla, once again kak doakan anda sentiasa dikurniakan rezeki yang tidak putus2.
You are a good sifu....

Thursday, January 20, 2011

Kek Harijadi Anak

Happy Birthday to Muhammad Hamzah
5 years, 8 Januari 2011
Inilah kek harijadi pertama untuk tahun 2011 untuk anak. Kek Span Coklat, resipinya boleh diperoleh dari buku sifu Noraini Zakaria.
Kek Span Coklat yang menunggu untuk deko
Ini dia, buah hatiku....seronok dgn keknya. Kek sepatutnya guna fresh cream coklat, malangnya tersalah beli, terpaksa guna apa je yang ada, jadilah kek dihias dengan whipping cream yang telah dibeat tapi cair (tak bole bentuk) + coklat ganache pekat. Di tepi kek tabur sedikit coklat rice dan coklat cadbury perisa strawberry yogurt. Alhamdulillah......jadi jugak tapi anak masih nak umi dia buat kek ada gambar cicakman....tunggu umi tak busy ya nak...
......bersama kakaknya Qurratu'aini Majdah

.....kek yang telah dipotong...macamana, okay tak gambar saya ambil ni? Alhamdulillah, at least nampak juga hasil air tangan umi ya....

Thursday, January 6, 2011

Oven Serikin (Oven Kek Lapis)

Promosi Oven Serikin

Oven ini banyak istimewanya terutama kepada pembuat kek lapis di mana sahaja.
* Boleh muat 2 atau 4 loyang bergantung kepada saiz oven
* Menggunakan gas sebagai bahan bakar (lebih jimat)
* Jimat masa (satu2 masa boleh bakar 2 atau 4 kek lapis sekaligus)
Lain-lain:
* Tingkat atas boleh kita bakar kek, biskut dll.
Sekiranya ingin memperkembangkan business atau hanya untuk kegunaan sendiri, boleh pertimbangkan untuk dapatkan sebuah. Boleh didapati dalam 2 saiz
KECIL
Panjang - 24", Lebar - 17", Tinggi - 22"
BESAR
Panjang - 28", Lebar - 22", Tinggi - 24"
Tempahan adalah terbuka kepada "serious buyer" sahaja.
Penghantaran adalah melalui pos berdaftar atau poslaju mengikut pilihan pelanggan selepas pembayaran dibuat.
Penghantaran akan dibuat dalam masa 1 - 2 minggu.
Untuk maklumat harga boleh sms @ call
016-5790871, 082-610720 atau emel saya neenahapiza@yahoo.com
Pembayaran adalah 100% tunai melalui akaun bank saya yang akan saya sms kepada bakal pembeli nanti.

Saturday, January 1, 2011

Kek Ulangtahun Perkahwinan

Kek Lobak Merah Walnut (Cream Cheese Frosting)

cream cheese frosting diberi 2 warna, oren & warna asal

Inilah kali pertama buat kek anniversary perkahwinan untuk diri sendiri selepas 14 tahun ye...alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa menjaga hubungan kami berdua, sentiasa harmoni dalam melayari bahtera rumahtangga hingga akhir hayat, dikurniakan anak2 yang soleh solehhah, sentiasa dikurniakan kesihatan & rezeki yang berpanjangan...amin. Balik pada kek,nilah 1st time buat walnut carrot cake with cream cheese frosting, resipinya boleh jenguk link sahabat yg pernah tinggal sama di Putatan, Maria namanya (http://salamdariborneo.blogspot.com). Menurut Maria, kek ni adalah sangat popular di kalangan rakannya. Ya......memang sedap. Resipinya akan disiarkan kemudian setelah mendapat kebenaran tuanpunya ya. Thank you Maria.
Walaupun belum mahir lagi buat kek ni, saya amat gembira that my husband & children teramatlah suka dengan rasanya yang sedap. Sekurang2nya saya amat bersyukur dapat buat sesuatu untuk anniversary kami, alhamdulillah.