Moist Chocolate Cake (Kukus)
Inilah tempahan pertama untuk 2o11, ditempah oleh adik ipar untuk anaknya Adib, 2 tahun, 15 Januari 2011. Seperti biasa resipi Mylla (bakewithmilla.blogspot.com) menjadi pilihan kerana rasa keknya yang lembab & sedap. Thanks again Mylla. Kek dihias dengan chocolate ganache, resipi dari buku Panduan Asas Menghias Kek tulisan Amaruszati Noor Rahim (http://zatidhaticakes2u.com/) & dihias dengan buttercream, ditabur coklat rice, coloured rice & chocolate chip. Mulanya risau juga kerana di Kuching kita belum tahu sambutan terhadap kek sedemikian. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar sepanjang majlis harijadi anak saudara suami & ada di antara tetamu bertanyakan maklumat tentang kek & pembuatnya.......something interesting & insya Allah ada lagi semoga ada sambutan seterusnya. Mylla, once again kak doakan anda sentiasa dikurniakan rezeki yang tidak putus2.
You are a good sifu....
No comments:
Post a Comment