Thursday, April 28, 2011

Tempahan.....

Alhamdulillah, walaupun kecil tapi berhasil. Itulah kata2 yang saya petik dari buku Chef Li yang banyak memberi motivasi & membakar semangat untuk saya agar tidak cepat mengalah, berputus asa malah terus berusaha...berusaha biarpun kecil tapi berhasil. Doa mak & ayah juga banyak membantu dalam rangka mencari pendapatan melalui bidang yang amat diminati ini. Menjaga kedua mak & ayah bukannya mudah tapi kalau dilakukan dengan ikhlas, apa saja yang kita lalui dalam kehidupan Allah akan permudahkan.....


Balik kepada beberapa tempahan yang saya terima dua minggu lalu, baru hari ni dapat upload gambarnya. Kek Cream Cheese

- deko fresh cream untuk topping serta bunga-bunga buttercream di sekeliling.

Ditempah oleh sepupu, Nornie yang telah menetap di Kuala Lumpur. Kek ni sempena harijadi ibunya pada 17 April & bapanya 21 April 2011. Ini kali pertama saya buat kek seberat 3 kg....... menggunakan loyang bulat 12". Alhamdulillah, feedback amat memberangsangkan.....Tq Nornie.

Kek Cream Cheese - belum makeover lagi


Moist Chocolate Cake

Moist Chocolate Cake, resipi dari Mylla ni telah banyak menambat hati peminat kek coklat. Ni ditempah oleh rakan sekerja suami, Nadia dari Kuala Lumpur juga. Sebelum tu kita mintalah suami bawa kat pejabat just untuk makan2 saja. Kebetulan musim election....ramailah yang bertandang ke Sarawak termasuk Cik Nadia ni. Selain itu beliau tidak ketinggalan untuk menempah Kek Buah Campuran untuk dibawa sebagai ole2 ke Kelantan. Kedua2 kek ini kita serahkan kat airport 17 April tu, yang bestnya terserempak pulak dengan bos suami yang on the way balik ke KL. Melihat anak buahnya bawa kek, beliau pun tempah juga tapi kena hantar kat KL bila suami ada mesyuarat kat sana....alhamdulillah.

Kek Buah Campuran


Kek Buah, ditempah oleh Cik Nadia. Selain itu yang satu lagi dihadiahkan kepada bekas rakan sepejabat suami dari Kota Kinabalu, Puan Rahimah untuk ole2 selepas berada di Kuching selama 2 minggu sempena election....gara2 election dapat juga rezeki ya.

2 comments:

  1. Alhamdulillah Sari, kak sungguh seronok setiap kali ada tempahan....walaupun tak banyak. Dari sini org akan kenal & ingin mencuba kan?

    ReplyDelete