Tuesday, June 21, 2011

Kek Harijadi & Biskut utk perayaan

Red Velvet Cake


- ditempah oleh rakan blogger Kedai Ummie (http://kedaiummie.blogspot.com) untuk harijadi anak beliau. First time buat untuk ditempah, feedbacknya alhamdulillah, semoga Kedai Ummie sentiasa maju dalam perniagaan ya. Seronok juga dapat jumpa beliau, sempat juga dijamu buah kurma yang dibawa dari Mekah oleh mertuanya yang baru balik dari mengerjakan umrah. Terima kasih ya.Biskut Fancy Mushroom, Biskut Coklat Cadbury & Moist Chocolate Cake


- ditempah oleh rakan fb Dylinda (kalo tak silap), untuk perayaan Gawai tahun ni....Terima kasih ya. Biskut ni adalah di antara biskut terbaru tahun ini yang boleh ditempah oleh sapa2 sahaja terutama sekali dari sekitar Bandaraya Kuching, Kota Sentosa.

Friday, June 17, 2011

Tempahan - lewat update

Ini kali kedua rakan facebook Gee menempah Kek Cream Cheese sebanyak 2 biji untuk harijadi anak saudaranya & untuk makan2 je katanya...Hiasan cuma guna fresh cream & diparut coklat & cheddar cheese sahaja. Satu kek lagi beliau nak ditabur chocolate rice sekeliling kek. Kita ikut je apa pelanggan nak, walaupun lewat update saja nak tayang juga untuk tatapan sendiri & siapa-siapa saja yang datang ziarah sini. Terima kasih Gee...jangan serik ya.


Wednesday, June 15, 2011

Kelas Pastry (Hari Terakhir)

17 Mei lalu, hari terakhir untuk Kelas Pastry anjuran Pusat Giat Mara untuk Program 1Malaysia. Alhamdulillah semua kami amat gembira kerana dapat menghadiri program seumpama ini & hopefully there will another one coming soon untuk program lanjutan. Tak sabar lagi nak hadir kelas lagi ni. Chef Rashid, terima kasih sekali ya.....

Biskut Coklat Cadbury - so sedap.....
Mexican Bun

Bun......enaknya

Traditional Sponge Cake

Kek Coklat Extragavanza

Monday, June 6, 2011

Kelas Pastry I (Hari Kedua)

Sambungan dari Kelas Pastry bersama Chef Rashid anjuran Pusat Giat Mara, modul kelas hari kedua menggabungkan 2 kelas sekaligus & sebanyak 3 jenis biskut & 1 kek lapis bercorak telah dipelajari. Alhamdulillah walaupun ianya merupakan ulangan bagi saya tapi ada je sesuatu ilmu dipelajari pada hari tersebut. Lebih2 lagi sentiasa ada je resipi baru dikongsi oleh chef kepada pelajarnya.......mudahan murah & luas rezeki chef kerana tak lokek ilmu... Biskut Ice Nestum- my favourite, crunchy & melts in the mouth...
Kek Lapis Pucuk Rebung.....hanya sempat rakam gambar kek disusun dalam loyang. Pas ni kena buat, otherwise lupa.....Biskut Cheese Fingers - belum dibakar lagi

Biskut Almond London
- hanya ditabur manik2 warna je. Nampak tak coklatnya belum beku lagi......takpe, penting dapat tangkap gambar untuk rujukan.

Friday, June 3, 2011

Tempahan Kek Harijadi & Hari Ibu

Walaupun Hari Ibu jatuhnya 8 Mei 2011 lalu, ada beberapa tempahan yang belum sempat diupload bulan lepas...hanya bole kita tayangkan hari ni....takpe yang penting hasil air tangan dapat diketengahkan untuk ditayangkan & same time dapat mempertajamkan kemahiran pada setiap waktu, alhamdulillah.

Sponge Blueberry Cheese Cake

- kek ni kita hadiahkan sempena hari jadi adik ipar Nurain. One of my favourite cake since dapat ilmu dari Chef Rashid. Toppingnya cream cheese frosting & dihias dengan coklat. Ain....suka tak?
Kek Cream Cheese (2kg)
- tempahan dari rakan facebook Gee Av, kek harijadi untuk anak lelakinya Akim, 3 tahun pada 8 Mei 2011. Gee minta kek ni dihias menggunakan kek span untuk base yang ditabur dengan blueberry filling, toppingnya fresh cream dengan coklat ganache & ditabur dengan parutan cheddar cheese. Tahun ni saya rasa sungguh seronok kerana dapat tempahan dari rakan2 facebook dari Kuching, Sarawak. Bila balik Sarawak last year, saya agak ragu2 whether hasil air tangan boleh "reach out" dgn sapa2 je warga Kuching. Alhamdulillah, pesanan dari Nomie Cakes (http://keklapis.com) amat berkesan di hati bilamana beliau menasihatkan bahawa rezeki tu di mana2 ada kak....Alhamdulillah saya mempunyai rakan siber yang teramat baik....Mudahan Allah sentiasa memberi kejayaan & rezeki kepada beliau.

Chocolate Moist Cake

-tempahan dari Gee jugak sempena Hari Ibu, kek dihias dengan coklat ganache & buttercream pada bordernya.

Sponge Coffee Cake

- tempahan dari Gee sempena hari ibu, kek dihias dengan buttercream. Gee, harapan kak agar beliau berpuashati dengan 3 biji kek yang ditempah di atas. Terima kasih ya....