Friday, June 3, 2011

Tempahan Kek Harijadi & Hari Ibu

Walaupun Hari Ibu jatuhnya 8 Mei 2011 lalu, ada beberapa tempahan yang belum sempat diupload bulan lepas...hanya bole kita tayangkan hari ni....takpe yang penting hasil air tangan dapat diketengahkan untuk ditayangkan & same time dapat mempertajamkan kemahiran pada setiap waktu, alhamdulillah.

Sponge Blueberry Cheese Cake

- kek ni kita hadiahkan sempena hari jadi adik ipar Nurain. One of my favourite cake since dapat ilmu dari Chef Rashid. Toppingnya cream cheese frosting & dihias dengan coklat. Ain....suka tak?
Kek Cream Cheese (2kg)
- tempahan dari rakan facebook Gee Av, kek harijadi untuk anak lelakinya Akim, 3 tahun pada 8 Mei 2011. Gee minta kek ni dihias menggunakan kek span untuk base yang ditabur dengan blueberry filling, toppingnya fresh cream dengan coklat ganache & ditabur dengan parutan cheddar cheese. Tahun ni saya rasa sungguh seronok kerana dapat tempahan dari rakan2 facebook dari Kuching, Sarawak. Bila balik Sarawak last year, saya agak ragu2 whether hasil air tangan boleh "reach out" dgn sapa2 je warga Kuching. Alhamdulillah, pesanan dari Nomie Cakes (http://keklapis.com) amat berkesan di hati bilamana beliau menasihatkan bahawa rezeki tu di mana2 ada kak....Alhamdulillah saya mempunyai rakan siber yang teramat baik....Mudahan Allah sentiasa memberi kejayaan & rezeki kepada beliau.

Chocolate Moist Cake

-tempahan dari Gee jugak sempena Hari Ibu, kek dihias dengan coklat ganache & buttercream pada bordernya.

Sponge Coffee Cake

- tempahan dari Gee sempena hari ibu, kek dihias dengan buttercream. Gee, harapan kak agar beliau berpuashati dengan 3 biji kek yang ditempah di atas. Terima kasih ya....

No comments:

Post a Comment