Kelas Roti Bun Lagi...........bersama chef Rashid Hassan
Assalamualaikum & salam bahagia,
Sudah terlalu lama tidak mengupdate blog tentang perkembangan NeenaKekSarawak, hanya melalui Facebook sahaja banyak menceritakan aktiviti terkini & perkembangan "working from home mom". Walaupun perjalanan masih lagi baru, 3 tahun untuk lebih tepat lagi, dengan perkembangan facebook, blog Kek Warisan Bonda......neenakeksarawak.blogspot.com masih lagi relevan & memberi seribu inspirasi, motivasi untuk bergerak lebih ke hadapan demi memajukan diri & keluarga. Kita harus sentiasa berada satu langkah lebih tinggi dari sebelumnya & seharusnya lebih mematangkan setiap tindakan yang diambil. Alhamdulillah, sejak akhir2 ini sudah ada sedikit perubahan dari ilmu yang telah diperolehi & ada yang telah memberi penghargaan kepada hasil yang diketengahkan. Pada masa yang sama perjalanan ini telah memberi saya lebih ramai kenalan & sepatutnya menjadikan saya lebih menghargai masa yang sedikit Allah berikan di dunia ini.
Back to cerita kita, ada kelas tahun lepas yang belum sempat diketengahkan untuk kepada rakan-rakan yang sentiasa tidak jemu2 menziarahi blog saya. Inilah kelas terakhir tahun 2011 bersama chef Rashid sebelum kesibukan akhir tahun menjaga ayahanda yang sakit (walaupun tidak sepenuhnya). Roti bun menjadi pilihan kerana sebagai ibu yang mempunyai bilangan anak yang ramai semestinya kita ingin agar masakan air tangan seorang ibu sentiasa menjadi pilihan anak-anaknya.......mudah-mudahan anakku, ya Allah menjadi anak yang berakhlak mulia & diredhai Allah s.w.t......amin.
Roti Bun Cinnamon
Roti Bun Mayonis Cheese (Belum masak)_
Roti Bun Mayonis Cheese (telah masak)
Roti Bun Cremelo
Roti Bun (dah out of my memori track) - tanda ilmu tak praktis
Roti Bun Potato (dipaip dgn cream custard atasnya)
Roti Bun Potato (dipaip dgn blueberry filling atasnya)
No comments:
Post a Comment