Saturday, September 22, 2012

Doorgifts

Doorgifts 
 

Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Alhamdulillah, barulah ada kelapangan untuk update blog hari ni.  Pada Mei 2012, tak ingat dah tarikhnya pertama kali mendapat tempahan doorgifts sebanyak 650 biji cupcake Chocolate Moist (kukus) dari Encik Yahya yang melangsungkan perkahwinannya di Dewan Telekom. Mulanya tak jadi, pengantin nak guna gula2 je.  Bagi saya kalo tak jadi pun takpe kerana bukan rezeki.  Tapi, selepas tu bonda beliau minta sample & dalam waktu yang singkat alhamdulillah semuanya siap untuk delivery.  Seronok juga buat cupcake ni tapi agak tertekan juga kerana kesuntukan masa yang diberi.  Walaubagaimanapun yang bestnya ekoran dari tempahan ini, sehingga sekarang ramai dari rakan sekerja Encik Yahya tidak putus2 membuat tempahan Chocolate Moist Cake. 
Untuk tempahan Chocolate Moist Cake:
Cupcake - RM1.50 sebiji (minimum 24 biji)
300 gm - RM10.00
550 gm - RM17.00
1.2 kg - RM33.00
Hubungi saya 016-5790871 / 014-5841869


No comments:

Post a Comment