Sunday, October 21, 2012

JUADAH MINUM PETANG

KEK MENTEGA TRADISI
 kek yang dah masak
sliced cake
Sebenarnya pelbagai kek mentega telah dicuba & di antaranya resipi ini menarik perhatian saya untuk mencubanya semenjak 2007 lagi.  Saya dapat resipi ni dari majalah Rasa keluaran September 2007 & kali pertama mencubanya pada tahun lepas untuk makan-makan sahaja bersama keluarga suami.  Kek ini beratnya lebih kurang 1.5 kg & very moist.  Sebenarnya saya kurang minat dengan kek yang terlalu lembab, sederhana je......anyway kena try dulu kalo nak tahu tekstur kek ni. 
BAHAN-BAHAN:
280 gm mentega
200 gm marjerin
40 gm krimwell
(jarang ada bahan ni dalam kek mentega)
15 gm susu tepung
280 gm gula kastor
8 biji telur gred A
380 gm tepung kek / superfine
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
CARA MEMBUATNYA:
1.  Masukkan gula, mentega, marjerin & krimwell & garam, pukul kembang.
2.  Masuk telur satu persatu & pukul lagi hingga kembang.
3.  Masuk tepung & susu tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga sebati.
4. Masuk dalam loyang, bakar 170 C 35-40 minit @ sehingga masak.

Thursday, October 18, 2012

KEK HARIJADI ANAK

KEK KEJU COKLAT DINGIN

Kek ini khas untuk satu-satunya puteri saya Qurratu'aini Majdah yang menyambut harijadinya yang ke9 26 Julai lalu.  Memandangkan hari tersebut dalam bulan Ramadhan saya buat lewat sikit......belated birthday.  Kek ini pilihannya sendiri dari buku resipi Kompilasi Hidangan Kek tulisan Puan Noraini Zakaria (http://resipinoraini.blogspot.com).  Jadi, kita bentangkan  juga resipinya sekiranya ada sesiapa yang ingin mencuba.  The cake was marvellous......
BAHAN KEK SPAN COKLAT:
200 gm tepung kek (saya guna tepung Hong Kong)
200 gm gula kastor
110 gm mentega cair/minyak masak (saya guna minyak masak)
100 gm air
40 gm serbuk koko
20 gm ovalette
6 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat
CARA MEMBUAT:
1. Griskan acuan bulat berukuran 9 inci.  Lapik dengan kertas serap minyak.  Panaskan ketuhar pada suhu 180 C.
2.  Satukan gula kastor, ovalette, tepung kek, serbuk penaik & telur dalam mangkuk adunan.  Pukul hingga pekat & gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
3.  Perlahankan kelajuan & masukkan air, emulco coklat & serbuk koko.  Pukul lagi selama 5 minit.
4.  Tuangkan mentega cair & gaulkan dengan senduk kayu hingga sebati.
5.  Tuang adunan ke dalam acuan.  Bakar selama 45 minit.
BAHAN INTI KEJU:
250 gm krim keju
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - dicairkan
250 gm krim putar (dairy whipping cream)
50 gm air
15 gm gelatin halal
CARA MEMBUAT:
1. Krim putar dipukul sehingga kembang & gebu.  Simpan di dalam peti sejuk.
2.  Pukul krim keju & gula kastor hingga berkrim.  Masukkan krim putar & coklat masakan yang telah dicairkan.  Pukul sebati adunan tersebut.
3.  Gelatin dicampurkan dengan air & panaskan secara double boiler hingga cair & hancur.
4.  Tuangkan gelatin ke dalam adunan keju tadi & pukul hingga sebati.
5.  Kek span coklat dihiris dua.  Masukkan satu bahagian ke dalam acuan springfoam bulat berukuran 8 inci.  Tuangkan adunan keju.  Dinginbekukan selama 4 jam @ semalaman.


Friday, October 12, 2012

TEMPAHAN

Tempahan2 lepas yang belum diupdate untuk tatapan. 
 Chocolate Moist Cake
-ditempah oleh Nurulfarahin, pelanggan baru.  Katanya kek ini khas untuk sahabat baiknya Niesa yang menyambut harijadi ke 26 tahun.
 Talam Tokyo
- kuih talam yang pernah dipelajari dari sifu Kak As yang tinggal di Sabah.
- kali pertama menerima tempahan dari rakan fb Fanny juga merupakan rakan sekolah adik, seorang cikgu dari Sekolah Chung Hua, Tabuan.
Sponge Cheese Cake
- ditempah oleh Puan Nurul Huda bertugas di Kem Penrissen Batu 8, Kuching. Tq.
- tempahan kali kedua dari beliau, alhamdulillah.
- biasanya kek ni dihias dengan cream cheese frosting & ditabur cheddar cheese tapi ada tambahan parutan coklat atas permintaan beliau.


Sunday, October 7, 2012

BISKUT

BISKUT COKLAT WALNUT
Sumber  :  Citarasa Biskut Popular
Puan Noraini Zakaria
 
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Tahun ni merupakan tahun kedua biskut keluaran NeenaKekSarawak dipasarkan di bandaraya Kuching khasnya untuk perayaan2 yang disambut oleh orang Sarawak.  Walaupun masih baru tetapi sambutannya amat......amat menggalakkan sehinggakan tidak menang tangan untuk mengambil lebih daripada yang mampu dibuat.  Sebelum itu juga, ribuan maaf tidak terhingga kepada yang tidak sempat kita buat disebabkan perkara2 yang tidak sangka boleh berlaku sehingga menyebabkan ramai juga kecewa kerana kesuntukan masa.....maaf ya di atas kesilapan saya.  Insya Allah pada tahun2 akan datang pengurusan akan ditingkatkan supaya semua hajat dapat dipenuhi.  Terima kasih juga kepada pelanggan yang banyak memberi sokongan & dorongan untuk meneruskan perniagaan ini, alhamdulillah.
 
Beralih kepada biskut di atas, sekali lagi resipi Puan Noraini menjadi pilihan kerana tidak pernah mengecewakan penghasilannya.  Walaupun resipi ini dibukukan 2010 tapi masih menjadi pilihan setiap kali hari lebaran tiba.  Nak mencubanya......silakan. Tq Puan Noraini for the best recipe ever.....http://resipinoraini.blogspot.com.
 
Bahan A:
250 gm mentega
100 gm gula kastor
100 gm gula perang
1 biji telur B
1/2 sudu teh emulco coklat
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
 
Bahan B:
350 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh penaik
1/2 sudu teh emplex
 
100 gm kacang walnut dicincang
100 gm coklat cip
 
Cara Membuatnya:
1.  Panaskan ketuhar kepada 180 C selama 15 minit.
2.  Putar mentega, gula kastor, gula perang & garam hingga kembang & putih lebih kurang 7 minit.
3.  Masukkan telur, emulco coklat & esen vanilla & pukul lagi hingga sebati.
4.  Ayak bahan B & gaulkan bersama kacang walnut & cip coklat.
5.  Gaulkan bahan B bersama dengan bahan A hingga menjadi doh yang lembut.
6.  Ambil sejemput adunan & letakkan dalam dulang pembakar yang telah digriskan dengan sedikit majerin atau shortening.  Ulangi proses yang sama hingga habis.
7.  Bakar selama 25 minit hingga masak.  Sejukkan sebelum disimpan.


Saturday, October 6, 2012

TEMPAHAN KEK HARIJADI

 CHOCOLATE MOIST CAKE - ANGRY BIRD
- dihias dengan coklat ganache, buttercream
SOFT JAPANESE COTTON CHEESECAKE
- decoration :  fresh cream 

Terima kasih kepada kak Salmah dari OBYU Holdings yang telah menempah kek2 harijadi Chocolate Moist & Soft Japanese Cheesecake untuk anak perempuannya.  Inilah kali pertama buat deco angry bird, tak berapa menjadi sangat, kebetulan bila nak deco hari tu pewarna merah takda dlm stok pulak, kerana kesuntukan masa guna warna pink.  Mudah-mudahan tidak mengecewakan ya.....practice makes perfect, selepas ni kena sentiasa berlatih, berlatih untuk mendapat kek yang lebih cantik, insya Allah.

Wednesday, October 3, 2012

KEK HARIJADI

NAPOELIAN CHEESE CAKE
 Muhammad Siddiq Uthman - seronok sangat bila nak potong kek
 dihias dengan freshcream, coklat ganache & blueberry filling
sliced cake - kita boleh nampak 3 lapis
 
13 Jun lepas, anak ketiga saya Muhammad Siddiq Uthman menyambut hari lahirnya yang ke 12.  Tahun lepas Oreo Cheesecake menjadi pilihan, tahun ni pulak Napoelian Cheese Cake, dah ada taste sendiri sejak uminya dah ada sedikit peningkatan dalam bidang baking2 ni.  Resipi kek kali ini diperolehi dari  kelas Chef Rashid Hassan di Akademi Ria Matang, Kuching.  Seperti biasa resipinya tidak mengecewakan & sedap.............kek 3 lapis ini amat sesuai untuk apa-apa je majlis.  Siapa nak cuba kek ni silakan ya......
 
BAHAN KEK SPAN (UNTUK BASE)
300 gm tepung sponge mix / optima
3 biji telur
80 gm air
100 gm minyak masak / butter dicairkan
sedikit vanilla (optional)
 
CARA MEMBUAT:
Pukul tepung sponge mix, telur & air hingga kembang.  Lepas itu masukkan minyak, gaul rata. Masukkan ke dalam acuan & bakar dengan suhu 150 C selama 45 minit.
 
BAHAN CHEESE:
500 gm cream cheese
110 gm gula halus(kastor)
5 biji kuning telur (dipukul kembang)
5 biji putih telur (dipukul berasingan)
200 gm fresh cream
4 sudu makan tepung jagung
50 gm almond serbuk
50 gm tepung ais krim vanilla
40 gm coklat cip
20 gm serbuk coklat / serbuk koko
 
CARA MEMBUAT:
1.  Pukul cream cheese & gula sehingga sebati. 
2.  Masukkan kuning telur, fresh cream, coklat cip & tepung jagung & serbuk almond.
3.  Akhir sekali masukkan putih telur yang telah dipukul berasingan hingga kembang. 
4.  Gaul rata & bahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian dicampur serbuk coklat & satu lagi dibiar plain sahaja.
5.  Tuang bahagian coklat atas kek span yang telah masak tadi & tabur coklat cip, bakar secara steam bath selama 30 minit dengan suhu 130 - 140 C.
6.  Lepas itu tuang adunan plain & bakar lag selamat 30 minit cara sama dengan suhu 130 C-140 C.
7.  Setelah masak, biarkan sejuk dahulu & hiaslah ikut citarasa, simpan dalam peti sejuk.
 
NOTA:
1.  Saya guna loyang 9" x  9"
2.  Boleh guna resipi span lain. Yang ni agak tebal sedikit.
3.  Selain kek span sebagai base, bole guna base lain ya.

SELAMAT MENCUBA.......

Monday, October 1, 2012

TEMPAHAN

Semenjak ayahanda kembali ke rahmatullah pada 26 Februari 2012 aktiviti baking2 langsung tidak berjalan kerana nak bantu ibu yang dalam kesedihan. Maklumlah setelah hidup berumahtangga selama 56 tahun, lebih setengah abad pasti banyak kenangan terpahat dalam hati & sukar dilupakan.  Anyway,  sejak bulan Mei, business start to pick up & alhamdulillah sedikit2 mendapat tempat di hati pelanggan baru di sekitar bandaraya Kuching & juga dari daerah Bau, Kuching.  Rezeki Allah amat luas & kita sebagai hambanya harus berusaha mencari dengan hati yang penuh ikhlas & menyerah sepenuh harapan kepadaNya.  Berkat doa ibu juga rezeki tidak pernah putus2.....alhamdulillah.  Hari ni baru sempat kita upload dalam blog untuk tatapan.  Di antara tempahan berulang seperti berikut:
 
 
Chocolate Moist Cake - potong
 Chocolate Moist Cake & Sponge Cheese Cake (potong)
 Chocolate Moist Cake
 Oreo Cheesecake - baked
 Tiramisu Cheese Cake
 Chocolate Moist Cake & Sponge Cheese Cake (potong)
Walnut Carrot Cake