Sunday, October 7, 2012

BISKUT

BISKUT COKLAT WALNUT
Sumber  :  Citarasa Biskut Popular
Puan Noraini Zakaria
 
Assalamualaikum & selamat sejahtera,
Tahun ni merupakan tahun kedua biskut keluaran NeenaKekSarawak dipasarkan di bandaraya Kuching khasnya untuk perayaan2 yang disambut oleh orang Sarawak.  Walaupun masih baru tetapi sambutannya amat......amat menggalakkan sehinggakan tidak menang tangan untuk mengambil lebih daripada yang mampu dibuat.  Sebelum itu juga, ribuan maaf tidak terhingga kepada yang tidak sempat kita buat disebabkan perkara2 yang tidak sangka boleh berlaku sehingga menyebabkan ramai juga kecewa kerana kesuntukan masa.....maaf ya di atas kesilapan saya.  Insya Allah pada tahun2 akan datang pengurusan akan ditingkatkan supaya semua hajat dapat dipenuhi.  Terima kasih juga kepada pelanggan yang banyak memberi sokongan & dorongan untuk meneruskan perniagaan ini, alhamdulillah.
 
Beralih kepada biskut di atas, sekali lagi resipi Puan Noraini menjadi pilihan kerana tidak pernah mengecewakan penghasilannya.  Walaupun resipi ini dibukukan 2010 tapi masih menjadi pilihan setiap kali hari lebaran tiba.  Nak mencubanya......silakan. Tq Puan Noraini for the best recipe ever.....http://resipinoraini.blogspot.com.
 
Bahan A:
250 gm mentega
100 gm gula kastor
100 gm gula perang
1 biji telur B
1/2 sudu teh emulco coklat
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
 
Bahan B:
350 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh penaik
1/2 sudu teh emplex
 
100 gm kacang walnut dicincang
100 gm coklat cip
 
Cara Membuatnya:
1.  Panaskan ketuhar kepada 180 C selama 15 minit.
2.  Putar mentega, gula kastor, gula perang & garam hingga kembang & putih lebih kurang 7 minit.
3.  Masukkan telur, emulco coklat & esen vanilla & pukul lagi hingga sebati.
4.  Ayak bahan B & gaulkan bersama kacang walnut & cip coklat.
5.  Gaulkan bahan B bersama dengan bahan A hingga menjadi doh yang lembut.
6.  Ambil sejemput adunan & letakkan dalam dulang pembakar yang telah digriskan dengan sedikit majerin atau shortening.  Ulangi proses yang sama hingga habis.
7.  Bakar selama 25 minit hingga masak.  Sejukkan sebelum disimpan.


No comments:

Post a Comment