Wednesday, March 3, 2010

PROMOSI KEK LAPIS SARAWAK

Lantaran minat yang mendalam untuk lebih mahir dalam membuat kek khususnya Kek Lapis Sarawak bulan Mac ini tercetuslah keinginan untuk memperkembangkan bakat membuat Kek Lapis Sarawak dan membuat promosi kecilan di kalangan rakan pejabat suami di Kota Kinabalu, cikgu-cikgu dan rakan-rakan sekitar Putatan, Sabah. Walaupun masih baru dalam bidang ini, tetapi kita kena bermula dengan langkah pertama dan melihat bagaimana sambutan dan komen peminat Kek Lapis Sarawak kemudian. Dari situ, harapan agar Kek Lapis Sarawak diterima ramai dan langkah perkembangan seterusnya berlaku.

(1) KEK LAPIS MASAM MANIS
Menggunakan resipi Rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

sebelum dan selepas dipotong



(2) KEK LAPIS EVERGREEN

Kek ni amat bermakna kerana dapat resipi daripada orang lama di Kuching, Sarawak semasa balik cuti tahun lepas. Namanya makcik Lily, jiran yang tinggal di Kampung Malaysia Jaya, Petra Jaya semenjak 1978. She's a wonderful and nice lady. Terima kasih, makcik, you're such an inspiration! Kali pertama buat ikut resipi beliau. Seronok jugak kerana kek walaupun dibakar menggunakan oven letrik, ianya tidak menghampakan, tetap moist and soft.

sebelum dan selepas dipotong


(3) KEK LAPIS MILO DAN HORLICKS
menggunakan resipi dalam blog rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

Kek ni kali kedua dibuat tahun ni. Ist time untuk Kak Aisyah pada 24 Februari yang lalu khas untuk sambutan harijadi orang tersayang, cuma kek tak ada deko dan tak sempat tangkap gambar. Selepas dapat noozle dari cifu NINA (http://sweetlillykitchen.blogspot.com/), akan cuba buat kek lapis with deco. I think it would be a good try, see if it works later on. Anak-anak saya suka sangat kek ni, mungkin rasa milo dan horlicks kot. Budak-budak kan suka manis!

sebelum dan selepas dipotong


(4) KEK LAPIS ICE CREAM SODA

menggunakan resipi rozzan (http://rozzan.blogspot.com/)

Lebihan rasa esen ice cream soda menjadikan kek ini menjadi pilihan anak-anak dan sesiapa saja yang meminati pelbagai warna dalam adunan lapisan kek. Saya masih lagi dalam proses belajar dan diharapkan kek yang seterusnya akan lebih cantik lagi.


No comments:

Post a Comment